Dunia

Kadang-kadang dia rasa, hidupnya bukan di sini. Seolah rohnya dan jasadnya adalah kepunyaan tempat lain. Usah bicara soal kehidupan selepas kematian, kerana dia cukup maklum akan itu. Apa yang dia bayangkan adalah suatu takdir yang cukup berbeza, seakan ada sesuatu yang lebih besar atau lebih kecil daripada semua ini.

Kadang-kadang, dia tak dapat rasa kehidupannya itu semacam apa. Ia berlalu tiap-tiap hari dan hatinya.. Hatinya.. Arghh.. Kebas! Dia tak tahu di mana dia berpijak!

https://weheartit.com/entry/66977087

Kadang-kadang dia rasa, keberadaan dia di sini seperti tiada erti. Seolah dia hidup dalam dimensi dan ruang orang lain. Bukan dia. Bukan dia sepatutnya. Dia.. hilang jejak dalam ramai. Dia tak pasti, dia tak tahu.. Mana hujungnya dan di mana pangkalnya..

8 comments:

Adriannasyaz said...

"Kuhilang dlm ramai dikala hujan renyai..tangisku tahankan berderai..'' :')

Gee Lion said...

@adrianna

Menyanyi pulak dia... 'Hujan hujan'...'Banjir' plak blog nih.. Hehehe..

Anonymous said...

Bolehkah kita mendahului takdirNYA....?

Gee Lion said...

@Wirda Amir mungkin takdirNya kali ini berbeza? atau kita lari dari satu takdir kepada takdir yg lainnya?

Affy Afiqah said...

pernah juga rasa hilang diri sendiri...dan pernah juga rasa tak patut ada di sini :)

Gee Lion said...

@Affy Afiqah Mungkin semua pernah rasa yg sama kot.. Awak, saya, dia, mereka.. (:

Nurulhidayah said...

urmm.. pernah juga merasa keadaan sebegitu.. ingin pergi jauh dari semua tapi dimana ya? kat bawah katil je la.. :p

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah kat bawah meja pon boleh.. :p