Kejora

Pertemuan pada malam itu mengubah segalanya. Niatnya hanya ingin memberikan detik-detik terakhir terindah dalam hidup seorang asing yang dia jumpa di hutan hati itu. Namun kala dicelikkan mata, baru dia sedar.. Bahawa dunia lebih berwarna warni dari sebelumnya. Suara hati dia berbisik, sedang selama ini hanya suara fikiran songsangnya yang kedengaran.

Hanya sekali dalam satu abad, hujan bintang itu turun mengenai bumi. Pada malam yang indah pada purnama yang membangkitkan ghairah pandangan yang memandang. Jatuhnya pada malam yang kesembilan genap sembilan bulan, kala bulan itu ditutupi dek awan nan kegersangan.


Cuma sekali dalam satu dekad, pokok itu menerbitkan bau yang mengasyikkan. Sesiapa menghidunya tidak akan jatuh tidak juga akan hidup. Halusinasi ditusuk duri sembilu meracuni seiring dengan bau yang mewangi. Dia yang ditakuti, bahkan digeruni juga terpaksa tunduk cuak pada sang pokok yang merajai. Pokok yang terbit dalam tempoh dasawarsa, hanya untuk tatapan wangsa terpersona.

Dia takkan sesekali berpijak di situ lagi. Permintaan terakhir dari jasad seorang insani melumpuhkan langkahnya. Saban hari, hidupnya hanya merenung jeriji besi. Tidak keluar mencuri masa tidak juga keluar mencari mangsa. Hatinya dinoda, dia terseksa, jiwa dan raga.

39 comments:

Aqilah Azmi said...

bestnyaa kalau boleh jadi poetry :(
nak gakkkkk

HeNRieTTa JoSe said...

Puitis.....tpi rietta pling suka picta tu...bgaikan bnar hujan sedang turun...

Unknown said...

wahh hihi penulisan yg baikk :)

Kamsiah yusoff said...

salam kenal jugak..:)

Akupenghibur.com said...

entri yang menarik ..aru berkali-kali baru fahammm ^_^ maksudnya mendalam

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi sesiapa pon boleh qila.. hahaha.. (:

Gee Lion said...

@HeNRieTTa JoSe banyak cari kat weheartit.com

semua picta comel2 tau.. (:

Gee Lion said...

@Iris Jasmine ye ke cik Iris? hehe.. maceh (:

Gee Lion said...

@❤Kamsiah❤ terima kasih sudi ke mari. besok2 datang lagi.. hihi ^^

Gee Lion said...

@Aku Penghibur ada rahsia di sebalik entri ni.. (:

Anonymous said...

Tiga tahun dulu,akak ada create satu fb yg tiada identiti,masa tu akak blom kenal dunia blog..di situ akak menulis apa yg akak ingin tulis...ada seribu lebih rkn fb je,kebanyakannya lelalki..bbrapa org rkn wanita yg setia...ampir 400 org yg inbox akak,di setiap post,beratus komen dan hampir ratusan like...di situlah akak berkenalan dgn amir dn raja....sejak akak kenal kedua2nya..hati akak berbunga rian,sejak tu akak dh tkde idea utk menulis.....sampai sekarang...agaknya kalau akak kecewa tentu akak blh menulis semula....amir bawa akak ke dunia blog sbb dia nak akak menulis di blog yg dia bina utk akak...tp akak tk blh buat dah...hahahaha.....

Fi said...

Tersirat maksud dia .. Pandainyaa buat ni

Anonymous said...

hana pown ada jiwa macam awak. minat pada ayat yang puitis. kadang dengan hanya sepotong ayat sahaja menggambarkan hati yang sarat dengan rasa. :')

sobri yaacob said...

gee stiap kali kamu menulis entry sbgini..saya baca bkali2 cuba memahami..walaupun x paham.. i thing in not very good baca2 bahasa sastera.. but boleh la paham sikit:P

tapi u have talent.. teruskan.. keep growing..u have uniq talent :)

Mizz Aiza said...

boleh jadi cerpen macam ni.. menarik.. :D

Gee Lion said...

@Wirda Amir Kak Wir, adakah itu bermaksud yg.. saya mungkin tak boleh menulis jika hati saya berbunga riang?

ahahaha..

sape Amir & Raja? apa khabar dorang sekarang? Wah, persis drama (:
Facebook tu masih wujud lagi tak?

saya tak de FB dah sekarang, saya rasa lebih nikmat bila menulis dlm blog. Dan, saya pon lari dari seseorg kat sana..

Amir yg bina blog akak sekarang?

Gee Lion said...

@Afiqah Adzan tersirat & menyelirat.. hehe :p

Gee Lion said...

@asha hana cara tu lebih menenangkan drpd beritahu orang cara straight kan? (:

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob pada waktu saya memilih utk tulis sebegini, saya pon ada expectation & saya faham kalau ada orang yg tak faham (:

inshaAllah, selagi ada ilham & hidayah, saya menulis. kalau tak, saya hiatus je la. (:

terima kasih ye en.Sobri.. ^^ hiiii..

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) ini kesimpulan dari kisah sambadi.. (:

Anonymous said...

Akak dh jwb pertanyaan adk di atas,kalau komen akak tk lekat..nnti bgtau akak ye,akak tulis lain....line x ok kat sini...

Akak tertinggal satu perenggan,akak jwb di sini..akak juga lari dr seseorg di fb akak sebelum fb wirda dimana akak bertemu amir dn raja tu....dia seorg pensyarah yg bertugas di sebuah universiti yg terkenal di selatan tanah air..sampai sekarang akak masih lari dr dia,amir dn raja tau pasal pensyarah ni....kisah akak,pensyarah tu,amir dn raja bl jd sebuah novel tau bkn drama sj tp drama bersiri 100 episod...hehehe

Izzati Amira said...

very talented!! nice. ingatkan betul2 kalau ada hujan bintang tadi... asyik betul!! hahah (:

Mime MF said...

sedap je baca..walaupun tak dpt nak digest mksdnya tp mantap ayat2 awak! hehe:D

Gee Lion said...

@Izzati Amira haha, saya cilok picha tu dari weheartit.com :)

Gee Lion said...

@Mime MF Heee.. maceh.. :)

sobri yaacob said...

@Gee Lion

he..he.. x pe..tapi masih ramai yg paham dari x pham.. ya sbab banyak blogger suka tulis entry jenis poem ini..daripada mula2 x paham..tapi lpas baca komen yg dbrikan mulah paham dgn stiap peom atau luahan hati yg ditulis :) blajar jugak2 la sikit..

OKje said...

Wah jiwang memalam ni Gee baca entri ni...sebab okje dtg mlm hehe...tp sepatah pun okje tak faham...

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob ye betul tuh! di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! ada kena mengena an? hahah :p

rasanyer ramai blogger kat malaysia puitis2 orangnyer kot.. (:

Gee Lion said...

@hainom OKje takpe kak okje. kak okje baca je. faham tak faham belakang punya cerita.. hehe.. :p

Adriannasyaz said...

Mmg puitis ni..sgt kena dgn gambar..sgt best okkk.....i like..so so much... ^_^

Ae Aeyya said...

cik gee ssuai jdi pnulis novel..hehe

Gee Lion said...

@Puteri Syazwani haha.. malas nak taip citer pepanjang! :p

Gee Lion said...

@adrianna syaz tenkiu awak <3

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Bestnya....thanks kerana sudi lawat blog...insyallah akan saya balas...semoga hubungan kita erat.

Gee Lion said...

@Muhammad Khairuddin Lim InshaAllah en.Khairuddin.. Terima kasih sudi ke sini.. esok2 datang lagi.. :p

Anak IbuAyah said...

Bahase dia! Wahhh hebat ni~

Gee Lion said...

alhamdulillah cik Nur,
masih dikurnai ilham oleh Allah utk menulis.. (:

Cik nadya said...

alahaii suka baca ayat2 puitis gini :)

Gee Lion said...

Trimas cik Nad.
Alhamdulillah masih dikurniakan ilham dari Allah utk menulis ^_^