Kau rela sepi, sepi menjujurkan kau. Sepi membuatkan kau muhasabah diri. Sepi peneman yang setia saat kau merenung kelemahan sendiri. Sepi memberikan kau cermin, cermin yang takkan ada pantulan pada siapa-siapa, cuma pada kau seorang sahaja.
Sepi adalah bila kau keseorangan tapi masih ada orang lain peduli tentang kau. Sepi memberanakkan sunyi. Sunyi adalah bila kau dalam keriuhan tapi takda siapa pon kisah tentang kau. Kau bersendiri. Kau menyendiri. Bila kau keseorangan kau hanya mendengar dengungan suara kau seadanya, bergema di hujung gegendang telinga.
Dia tahu bahawa dia tidak lagi berada dalam fasa sepi. Dia kini semakin sunyi. Waktu dia jalan sendiri dan lihat sekeliling; di mana orang lainnya berjalan berdua dan bertiga, dan dia cakap pada diri sendiri "WHAT A LONELINESS I HAD. SHOULD NEVER END LIKE THIS."
Dia sanggup berkawan dengan sepi tapi dia tak sudi sunyi hadir menemani.