Cerita

Selama ini hidupnya ceria dan penuh ketawa. Sudah separuh abad semenjak kelahirannya ke dunia ini. Diharunginya serba pantas dan penuh keyakinan. Dia bahagia dengan caranya. Padanya, hidup ini suatu keindahan, tiada cacat dan celanya.

Sehinggalah berita itu menimpa padanya. Terkesima, dan terpegun dia cuba menerima kenyataan cerita yang dibawa padanya. Mudah saja, mengapa mama dan papa tidak berterus-terang lebih awal? Mengapa sehingga ke saat ini baru ingin meriwayatkannya? Mengapa sekarang? Bukankah lebih bagus jika cerita itu diperapkan sahaja? Bukankah lebih bagus cerita itu dipendamkan saja? Apa gunanya berterus-terang jika kesakitan pada akhirnya yang harus dia terima?

Kerana ini kebenaran sayang, dan dia perlu tahu susur galur sejarah asal-usulnya justeru walaupun pahit bagai hempedu, semua ini harus ditelan hidup-hidup.


Borang dan sijil sudah dapat dijejaki. Sungguh dia tidak menyangka, di negara sejuk bersalju di mana dia dibesarkan bukan di situ asalnya dia. Bahkan agama yang dikenalinya selama ini yang cukup memusuhi Islam juga bukan agamanya. Bahkan agama tauhid itu jugalah agama asal ayah dan ibu kandungnya.

Mengapa? Begitu kusutkah keadaanmu ayah dan ibu sehingga sanggup menyerahkan aku pada tangan yang membunuh saudara-maramu? Begitu busukkah aku sehingga tidak layak mendapat pembelaan sewajarnya? Bahkan wajah ibu itu murung, dia enggan membuka pintu sebaik diaju soalan yang satu itu. Kata ibu, dunia kita tidak lagi ada kena mengena. Apa yang berlaku cukuplah menjadi sejarah yang terpatri padu.

Dia mula berkira-kira apa dan siapa sebenarnya punca dan bagaimana akhir cerita.
Apakah mama dan papa yang berbakti membelanya?
Yang memungkinkan untuk dia harus melupakan siapa dirinya yang sebenar?
Atau dia harus mencari lagi kebenaran, asal-usul, agama dan susur galur keluarganya di Malaysia sedang ayah dan ibu itu sudah tiada untuknya mengenali siapa mereka?


Inspired by : One of my friend's story.

39 comments:

Nurulhidayah said...

Mesti sedih sangat bila mendapat tahu kisah yang sebenar setelah sekian lamakan. urmm..penuh dengan tanda-tanya ni... menanti kelanjutan cerita dengan sabar.. :)

puteri kasih said...

seeloknya mencari kebenaran dan asal usul sendiri :)

dear anies said...

apalah dosanya ya...dia x minta dilahirkan sebegitu

Anonymous said...

dalam sungguh n3 ni yer !

Unknown said...

dah lama MET tak mengendap kat sini!

Kenyataan itu amat memedihkan...tetapi ada rahmat disebaliknya.

Assalamualaikum Gee..

Akupenghibur.com said...

seperti biasanya ayat kiasan yang cukup indah ..cuma entri kali ini acik kurang faham ..4 kali baca..

Atien said...

Menariknya,karya kreatif

Aqilah Azmi said...

why the truth always hurts? :(

licha said...

salam dearie. drop by sini :)
kadang2 islam nya seseorang itu tak ditentukan pada asal usul keturunan. Licha pun ada kawan yang bukan islam, tinggal kat oversea tapi boleh hafal quran. siap dengan terjemahan lagi. :)

sobri yaacob said...

puitis dan terkesikima bila membaca..tetiba :)

Azlan Strider said...

based on true story ker nie??macam best jer ceritanya...

Regards,
-Strider-

YatieOwner said...

Nice story..

Scha Nazri said...

Sambungan pleaseee!

Pwincess said...

bestnya cerita.
bila nak update lagi? hihi.

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah sambungannya tergantung..

Gee Lion said...

@puteri kasih rasanya dia tak kuat utk tu..

Gee Lion said...

@Khai♥Rin : anies that's the problem is..

Gee Lion said...

@Kesuma Angsana tak sedalam Laut China Selatan..

Gee Lion said...

@mak ieteng Waalaikumusalam MET, saya pon dah lama tak singgah blog MET. memang kenyataan tu menyakitkan kan MET.. =(

Gee Lion said...

@Aku Penghibur Kira baca kali ke-5 baru faham ea? Hehe..

Gee Lion said...

@atien zuraidah alhamdulillah.. biasa-2 je kak atien..

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi but some truth are not.

Gee Lion said...

@Liza Licha dan adakah itu semua berhasil membuka pintu hatinya utk memeluk Islam.. curious juga nak tahu..

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob terkesima takpe. jangan tersengguk sudah.. =)

Gee Lion said...

@Azlan Striderini kisah benar En.Azlan..

Gee Lion said...

@Puan Gojes alhamdulillah.. ^^

Gee Lion said...

@Scha Nazri in shaa Allah..

sobri yaacob said...

@Gee Lion

kah2..tersenguk lg ok dari tertido keh..keh :)

Jejari Menaip said...

kisah benar?????sambungan ok..:D

Dzureen Darwis said...

sangate menyedihkan :(

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob ooo.. maknanya betul lah ni pernah tersengguk? hahaha.. kantoi!

:p

Gee Lion said...

@Nurulee saya pon curious nak tahu tentang kesinambungan cerita ni.. =)

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff inshaaAllah en.Ikhwan.. =)

Gee Lion said...

@Dzureen Darwis jangan sedih2 cik Zue.. (':

Unknown said...

susah nye nak hadapi bnda mcm ni..tambah2 y kait2 dgn agama ni..keturunan pun..byk bnda effect tu..kena gali betol2 susur galur keturunan..

nice story..=)

Gee Lion said...

@Ai Syah true story, and I don't know whether she's strong to bear it enough. dari luar nampak kuat, hati siapa tahu kan.. :')

Nurulhidayah said...

@Gee Lion aah? tergantung? masih juga setia menunggu.. haha

Gee Lion said...

Hahaha.. nanti sy tanya perkembangannya bagaimana.. ;)

Anonymous said...

Ustaz selalu pesan...anak,isteri adalah ujian utk seorg suami,anak dn suami adalah ujian utk seorg isteri...lg berat ujian yg diterima,lagi besar ganarannya andainya kita redho dn bersabar...,