Dan hari ini, Tuhan dah mula jarakkan kita. Laluan hidup kita dah mula menunjukkan arah yang berbeza. Aku ke kiri dan kau ke kanan. Tanpa sedar, laluan kita kini dah tak sama. Secara tiba-tiba, jalan itu ada pusingannya. Kita tak dapat nak elak, tak juga dapat teruskan. Kerana di depan apa yang ada hanyalah securam gaungan. Mahu atau tidak, kita harus kekal memandu di landasan dan mengikutnya ke mana saja ia bawa kita pergi.
Namun percayalah, di sepanjang laluan baru itu kita akan berjumpa perkara lain yang akan mengambil giliran meronai hidup kita. Percayalah, hidup ini takkan terhenti. Kita yang memilih untuk teruskan atau hanya terus berpijak di landas masa yang sama. Kita bukan lagi macam semalam. Bumi berputar pada paksinya, setiap yang wujud di dunia ini beredar dalam orbitnya sendiri.
Jalan kita mungkin akan bertemu kembali, suatu masa nanti. Namun sehingga masa itu tiba, hargailah apa yang telah sedia ada. Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita.." Kerana mungkin saja, apa yang telah kita ada sebenarnya lebih bermakna tanpa kita sendiri menyedarinya.
48 comments:
inilah kehidupan kan..kdg2 kita senang, kdg2 tuhan berikan kita dugaan..tp dugaan itu yg mematangkn kita..
nice words..
yup..hargailah apa yg kita ada..tp manusia ni..bila kehilangan baru la sedar yg menda dia hilang tu sebenarnye penting sedangkan selama ni dia xhargai menda tu bila dia ada...
Dalam maknanya tu...
cherish the good thing yang ade depan kita sekarang and hope for the best..hehehe
Regards,
-Strider-
betul tu apa yg terjadi sudah ditentukan allah swt kan !
never take things/people for granted kan sis...
cherish and make beautiful memories...
kalau jadi penulis novel mesti best neh..ulasan ayat penuh dramatik..berbunga2..hehe
hidup ni, kadang2 buntu apabila ada dua cabang perlu dipilih. dan sometimes, kita perlu toleh ke belakang untuk menilai mana yang perlu kita pilih. :)
jangan sia-siakan setiap detik yg berlaku dlm hidup kita..kdg2 apa yang kita tak jangka atau takmau itulah yang jd detik terindah bt kita..:)
Assalamualaikum.
Macam berblog jugak..ada orbitnya sendiri..
Sedar2 je, 'jumpa' pemilik blog ni,hehe ^_^
Bila tgk mak jumpa balik kawan2 yg dah berpuluh tahun dia tak jumpa, mesti dlm hati terdetik, "cantik aturanNYA"
Kita tak tahu apa yg bakal kita lalui dan temui..yg pasti, setiap satu tu ada sebabnya..
Teringat kata2 si pensyarah..tadbir dan takdir...kena belajar tentang itu,akak tk faham apa yg dia maksudkan wpun memberi contoh penerangan yg agak panjang...tiga tahun akak simpan tentang tadbir dn takdir,akak dptnya dari ayah akak sendiri seminggu yg lalu....kisah dia atas tu...perlu ada tadbir sebelum menyerah pd takdir....selamat mencuba.....
eh....
;)
sangat meaningful kak gee :D
Thank u so much i love poetry things n stuffs aaa <333
hihihi.
Gif tu sangat sweet.
Qila ingat qila berangan rupa2nya that gif is moving ahahah
Dlm maknanya tu...
tak semua yg sedih tu akan berpanjangan...dalam masa yg sama mesti kita akan jumpe jugak sikit kebahagiaan :)
setiap orang pasti ada haluan hidup masing-masing kerana memang itulah telah ditetapkan sejak di azali.. setiap yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya.. namun kita masih mampu untuk berusaha dan berdoa agar ditunjukkan jalan yang terbaik..
Coretan2 Gee ni kan membuatkan Ida teringat dengan kak PC (Perdu Cinta) kata2 yang cantik dan penuh makna yang tersirat. Sungguh, Ida tak pandai mencipta kata2 macam ni ;)
menarik.
orbit, mcm kehidupan.. ada yg jauh landasannya.. ada yang pendek.. kadang2 seiring, kdg2 tidak.. hmm..
:)
betul tu.. selalunya bila sesuatu tu dah takde baru kita nak menghargainya.. :)
urmm...things happen for a reason..
Morning Gee^^
salam Jumaat... baru dapat jalan sini he he ... hari Jumaat yang indah.. satu kawalan juga orbit ni.. agar tak tersasar langgar orbit lain tetapi tetap bebas didalam orbit sendiri... jgn pening dengan catatan akak yang pening ni...
Ooohh..orbit kita dah berbeza..huhu...redha je la...tak mngkin bertembung dah kut...:')
tetiba sedih pula.........ingt apa yg pernah terjadi...:') apa2 pun khidupan ttp kena teruskan hingga berjumpa noktahnya suatu hari nanti...
sangat setuju....jangan menoleh kebelakang...terus laa ke hadapan....hargai apa yang kita ada sekarang, dan pimpin mereka bersama kita menuju jalan yang lebih baik...
@Hafiza AizZawa that's so true cik Hafiza. and one more, it's not about what happens to us but how we react to it that matters. =3
@Pha Is thank you en.PhaIs.. ^^
@Cik Mun Manusia, memang sifatnya begitu kan cik Mun?
Kita cuma mampu berdoa moga-2 kita tak dimasukkan dalam golongan-2 seperti itu..
Hurm..
p/s : sebab tu kadang-kala dgn menghilang adalah perkara yg baik..
@HeNRieTTa JoSe masih belum cukup dalam ni rietta.. heeee.. ^^
@Azlan Strider that's exactly what I trying to do.. Hurmm..
@Kesuma Angsana yups, even kita cakap kita boleh ubah, sebenarnya itupon salah satu takdir yg telah ditulis oleh Allah utk kita.. ^^
@Rasp Yups, hargai apa yg telah diberi pd kita.
Sekarang, sesiapa dan apa jua yg ada pada kita.
^^
@Naniey Jemiey tanah masih belum cukup utk tanam bunga sepenuhnya cik Naniey.. heee.. ^^
@Nurul Farahizzati iye, kerana kadang-kala apa yg berlalu itu merupakan pengajaran dan menjadi panduan utk kita memilih masa depan.. ^^
@Mime MF iye, kena hargai. jangan sampai bila ia hilang, baru nak menyesal kan.. :')
@Tinta Lana sangat tepat.
setiap kejadian Allah tidak adakan dgn sia-sia.
Allah tak main-main dgn ciptaanNya.
setiap satu itu ada hikmah, ada pengajarannya.
Allah Maha Mengetahui.
Kita tidak.. (':
@Wirda Amir inshaAllah kak Wir.
kita tak menyerah pada takdir.
kita cuma bergerak dari satu takdir kpd takdir yg lainnya.
@Akeyla Azmi you are so much welcome cik qila.
alhamdulillah you like it! ngehehe!
nope, cik qila tak berangan..
banyak gif kat tumblr or weheartit.
they're adorable rite?
wish i can make one also for myself.
hurmmm..
@HeNRieTTa JoSe tak cukup dalam lagi ni rietta. :P
@Sally Samsaiman sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kemudahankan cik Sally.. hurm..
@Mizz Aiza (Dunia Kecil) setuju kak Aiza.
dan kalau sudah dijodohkan, pasti akan bertemu semula.
walau ketika itu, perasaan sudah pasti berbeza..
@Ida Scripters kata-kata kak PC lagi sedap dan cantik cik Ida. =3
@aisya dan kita berjumpa macam-macam dlm orbit kita sendiri kan.
hargainya.
=3
@Chic Na lumrah hidup manusia..
@Nurul Hidayah morning cik Nurul..
eh jap, sekarang dah tengah malamlah.. d:
@suka suka tak pening kak mar. sebab sy sendiri seorang yg pening. pening tak habis-2. sekarang pon tengah pening sebenarnya.
pening-2. =3
@adrianna syaz kalau ada jodoh, pasti bertembung balik.. =)
@ikhwan yusuff yg baik jadikan teladan,
yg buruk jadikan sempadan.. (':
@Affy Afiqah begitulah cik ika. inshaAllah, inshaAllah.. =3
Post a Comment