Lelah

Dia lelah dengan semua ini. Lelah dengan permainan manusia yang tak berkesudahan. Penat. Kenapa dia harus menjadi salah seorang pelakonnya? Tidak bolehkah dia hanya menjadi penonton, memerhatikan sinetron sambil mengunyah pop corn? Atau dialah pengarahnya, yang mungkin jika dia tahu kesudahan begini, maka akan diubah mengikut citarasanya sendiri?

Kau memberati langkahmu, kerana kau tahu dia akan sentiasa di situ. Dia beralah kerana dia fikir usia ini sudah terlalu dewasa untuk bertingkah. Kau memperlecehkan janjimu kerana kau rasa terjamin dengan kehadirannya tanpa jemu menemanimu. Dan dia setia kerana sebelah jiwanya telah terpadu janji untuk bersama.


Kerapkali dia bertanya pada diri sendiri, bersediakah dia untuk lari dari semua ini? Pengorbanan bukan ditagih balasan, bukan juga tuba yang layak diberi setelah madu menjadi galang ganti. Mungkinkah dia tidak layak untuk bahagia? Bayangan kisah silam dirinya makin kerap menerpa. Adakah ini hukuman? Suara hatinya semakin perlahan, lelah diasak persoalan demi persoalan.

Payah untuk diluah..
Apa yang dia tahu, dia sudah cukup lelah..

63 comments:

Mizz Aiza said...

setiap orang berhak mendapat kebahagian.. apa yang penting jangan pernah penat untuk terus berusaha mencari sinar kebahagiaan itu..

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

kena banyak bersabar...

Azlan Strider said...

owh...ingatkan dia ada penyakit lelah yang physical tadi..hehe

Regards,
-Strider-

licha said...

sabor banyak2 ye cik gee :)
lumrah.. awak mesti akan jumpa orang cenggitu, cepat atau lambat je.
tapi semua tu warna kehidupan. kalau kaler pensil LUNA xkuarkan hitam pon tak best jugak kan? cenggitu lah

Anonymous said...

yang membaca ni pun dah lelah sama hehehe

Unknown said...

Lelah dlm meniti cabaran2 kehidupan . Apa y diperlukan adalah tabah dan teruskan melangkah . Semangat! yeah! ehe.. =)

Unknown said...

It's not that bad, if an actor made a mistake they can always cut the scene and start rolling back the camera.

CD said...

setiap manusia ada pentas lakonannya sendiri. bersabarlah.. suatu hari nanti, "dia" akan menonton sambil mengunyah pop corn.

Unknown said...

saya pun lelah nie.. entry yang di post x update di feed.. hari2 update blog tapi x keluar dalam feed blogger lain.. dah macam blog terbiar dah...hiiii

dear anies said...

berhentilah memeikirkan org lain. fikirkan utk diri sendiri. barulah bahagia boleh muncul

Nurulhidayah said...

Terasa lelah juga habis membaca entry Gee ni.. :)
*Lelah akan semakin terasa lelah bila kita melayan perasaan lelah tersebut..

Akupenghibur.com said...

semoga Allah permudahkan urusan soal hati.. manusia hanya pandai menghukum.. Dia takpernah,, maka berdoa padanya

Unknown said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

sobri yaacob said...

erm.. diam terkelu utk bkata :0
be strong,...

Jejari Menaip said...

lelah memikirkan kehidupan..:(

puteri kasih said...

semua orang layak menikmati bahagia..kalau bukan semalam atau hari ini..jangan lelah untuk mencarinya esok

anamizu said...

dia tu sbnrnye selalunya refleksi.
kena kuat.
apa pon yg dtg, hadap.
InshaAllah boleh punya ;)

Pwincess said...

everythgs happen for a reason. ummmm T___T

Sally Samsaiman said...

cuba lari tapi penat...jad elakkan...jgn paksa diri

Suria Amanda said...

Allah turunkan dugaan buat insan terpilih...untuk dia melihat sekuat manakah insan itu meleraikan segala permasalahan yang dihadapi...sabar..tawakal...

aizamia3 said...

Apa yang berlaku jadikan pengajaran dalam mematangkan fikiran.. jangan terlampau memikirkan kisah silam sehingga memberati keadaan semasa..

Pha Is said...

mendalam sangat maksud tu.. x tercapai akal saya.. hehe

Gee Lion said...

yups... definitely..

Gee Lion said...

saya rasa itu yg dia cuba buat kot..

Gee Lion said...

inshaa Allah...

Gee Lion said...

haha.. itu pun lebih kurang jugak.. =)

Gee Lion said...

erkk.. .saya maksudkan dia.. =)

Gee Lion said...

haha.. ada2 je KA ni.. =)

Gee Lion said...

inshaaAllah sis.. =)

Gee Lion said...

stay still lah nampaknya... :)

Gee Lion said...

certain people just can't let it go.. =)

Gee Lion said...

takpe takpe.. heeee...

Gee Lion said...

inshaaAllah!! yeahhh!!

Gee Lion said...

the negatives still there. (:

Gee Lion said...

harapnya begitulah.. (:

Gee Lion said...

tak dapat nak tolong cik naniey.. mungkin boleh check kat bahagian settings > other > site feed > allow blog feed > costum > choose Full for the first option.

mungkin berhasil kot..
kot.. kot ajer laaaa...

Gee Lion said...

tak mcm pentingkan diri sendiri ke cik anies?

Gee Lion said...

so the conclusion is, jangan layan... heee...

Gee Lion said...

alhamdulillah acik.. begitulah nampaknya. =)

Gee Lion said...

(:

Gee Lion said...

i think she does.. (:

Gee Lion said...

sudah... jangan ikut jejak langkah dia.. lelah memikirkan amalan takpe.. (:

Gee Lion said...

keep fighting right?

(:

Gee Lion said...

benarin cik anamizu.. (:

Kamsiah yusoff said...

akak pun lelah...lelah melayan perangai manusia yg makin pelik dan jelik...

Pha Is said...

hanya penulisnya dan Allah sahaja yang tahu.. hehehe

Anonymous said...

Salam gee...

Rindunya nk baca coretan gee di blog ni....apa yg nk dikatakan ye...nasib manusia itu tk sama dn cara mereka menghadapi hidup ini adalah bergantung pd imannya...jgn ada keluh kesah......

Yana Yani said...

dia lelah, akak semput baca cerita kau ni...hehe
pandai sungguh ko ni bermain dengan kata-kata
kagum akak

Mime MF said...

jangan biarkan kisah silam menghalang kita dari mengejar kebahagiaan kini..hehe

sobri yaacob said...

ya :P

OKje said...

kita tak boleh puaskan hati semua orang Gee
sebab tulah kita cepat lelah...sebab kita nak sempurnakan misi kita nak puashatikan mereka semua

Nurulhidayah said...

haha..yup! betol :D

Gee Lion said...

ragam manusia..
macam-macam kan kak.. (':

Gee Lion said...

InshaaAllah Kak Wir..
Moga kita dijauhkan dri sifat yg keluh kesah.
Sebaliknya banyak bertawakal kpd Allah..
Lama tak dengar khabar Kak Wir..

(':

Gee Lion said...

Alhamdulillah kak Yana.. (:

Gee Lion said...

Betul tu, bak kata Yusri KRU.
" Don't ruin your future by bring your past to your present."
Lebih kurang macam tu lah bunyinyer.. Hehe..

Gee Lion said...

Jadi kesimpulannya kak Okje..

Buat yg terdaya. Yang selebihnya tu serahkan pada Yang Esa..
Jangan cari kepuasan manusia, asalkan Allah tahu niat kita..
Eh gitu..
Hehe.. (:

Anonymous said...

Alhamdulillah...akak sihat he Gee,hrp Geepun begitu juga...

Gee,jgn lelah dgn kerenah manusia krn kitapun adalah manusia juga,mak selalu pesan,jaga diri sendiri supaya hubungan kita dgn org lain juga terpelihara...

Vee said...

When things hit us one by one, memang kita akan lelah, lelah dengan semuanya. Sometimes itu cara Tuhan utk memberitahu kita bahawa our life is not our own, and we have to walk with Him. Mungkin hati kita berkeras utk sesuatu yg kita inginkan tp ditentang Dia, so perjalanan kita mesti sakit because tidak 'dipersetujui' yg Maha Esa. What we do is, correct ourselves and get closer to Him, walk with Him. Cheers! xo

Unknown said...

Smile is always the best medicine :)

Anonymous said...

lelah. ya sangat lelah. dan kesudahannya payah. puas di kikis rasa sakit tapi kini dia mengalah. dia ikutkan sahaja rentak si pencipta pentas lakonan. akhirnya yang dia dpat cumaaa. silam yang semakin kerap mengejar tanpa belas. sedangkan dia lari pun kerana silamnya yang dia cuba utk lupakan. kejamkan si pencipta permainan?

Pha Is said...

lama benar menyepi kali ni.. hehehe

Qaseh Vee said...

fikir utk kebaikan sendiri . sampai bila mahu menjaga yg lainnya ...