Wasiat

Maafkan dia kerana keadaan hening di sini. Maaf dia beranjak dari kepingan harapan yang kau serakkan. Kau tahu, sepanjang masa ini, terlalu banyak kejadian yang terjadi. Dalam setiap hela nafas yang dia hembus, dalam setiap detik nadi yang berdenyut, menyesakkan dia untuk menanti hari-hari berlalu pergi.

Dia buntu memilih di antara persimpangan yang secara tiba-tiba muncul di antara impian, realiti dan khayalan. Jalan apa yang harus menjadi pilihan? Bisakah kau memimpin tangannya, memilih cahaya mana yang terang benderang agar tidak menyasarkannya lagi? Bisakah kau memandu langkah kaki, memilih jalan mana yang lurus agar dia tidak tersesat lagi?

Semangat dia pergi di kala jasadnya berjalan dalam metropolitan yang tidak pernah lekang dari kesunyian. Apa yang telah meragutnya?


Maka dia memilih berhenti di sini. Di sini di ruangan polos yang diharapkan dapat memberi dirinya cermin muhasabah diri. Mungkin kau akan tiba membawa dia pergi. Mungkin juga dia akan meneruskan langkahnya. Seperti selalu di waktu kebiasaan, bersendirian dan berkeseorangan.

Tiba masanya, dia akan kembali membawa 1001 ceritera untuk diluahkan di sini. Namun sehingga masa itu tiba, anggaplah apa yang sudah tercoret sebagai suatu kenangan metaforis antara kau dan dia. Andai sungkawa kau menjelma, jadikan ia semata sebagai penenang jiwa.

Itu wasiat dia, pada sebuah erti kehilangan yang harus kau relakan.

32 comments:

Aqilah Azmi said...

Kak gee where have u been...
<3

Cant wait for the upcoming entry :)

Jejari Menaip said...

welcome back....setelah sekian lama menyepi..:DD

Affy Afiqah said...

Pilih jalan yang telah pasti bahawa Dia redha :)

Afiqah said...

amboii :D hahaha ayat dahsyat

Chic Na said...

lama tak jenguk sini.. hai awakkk.. :)

Anonymous said...

rela. sememangnya dia sangat merelakan pemergian ini. setiap langkah dihayun ikut irama hati yang berkecimuk kencang dia menari dan merenang2 atas tangisan sepi ini. lalu antara khayalan dan impian mana harus dipilih? tersepit antara ruang waktu. :')

Sally Samsaiman said...

Don't go..please :')

Afiqah said...

hmm deep :)

Affy Afiqah said...

singgah sini, busy ke kak gee?

Unknown said...

sememangnya kita dinasihatkan selalu berwasiat pada ahli keluarga kerana mati itu kita tidak jangkakan bila.
yang jadi masalahnye.....MET ni harta pun tak ada, yang ada hanya kata-kata yang selalunya orang tak nak dengar pun bila MET berbicara....kesian ek??
Assalamualaikum.....

Mormor said...

sukaa kata-kata ni :)

dear anies said...

Sungkawa tu apa?

Unknown said...

Assalamualaikum...
Gee sihat tak????

Unknown said...

Gee,
Dah juma ke belum ???????

Unknown said...

assalamualaikum.....
Gee, selamat berhari minggu

Liza Aryanna Izaara said...

sukanyaaa baca hasil penulisan awk ni..buatlah novel hehe

Gee Lion said...

i'm in the middle of somewhere.. thank you so much cik qila.. miss you so much.. :')

Gee Lion said...

alhamdulillah, akan menyepi kembali.. :)

Gee Lion said...

alhamdulillah.. terima kasih cik afiqah.. (:

Gee Lion said...

itulah pasal.. tak dashat tak sah an.. hehe..

Gee Lion said...

hai awak juga.. (: tq masih sudi singgah ke mari.. :')

Gee Lion said...

khayalan membenihkan impian. namun belum tentu impian mampu membenihkan masa depan yang kita inginkan. inshaAllah, waktu akan menentukan segalanya.. cuma, berikan waktu.. sedikit waktu.. :')

Gee Lion said...

she has to.. :')

Gee Lion said...

hmmm indeed.. :')

Gee Lion said...

tak busy.. cuma, somehow we need to.. motivate ourselves alone..

Gee Lion said...

waalakumussalam..
tak salah takde harta..
bukankah 'harta' Rasulullah sendiri cuma Al-Quran dan Sunnah?
:')

Gee Lion said...

alhamdulillah.. :)

Gee Lion said...

Sungkawa ialah jeng jeng jeng..

" berdukacita atau; bersedih hati "

Gee Lion said...

hahaha.. Mak Ieteng ni kelakauuu laaa!!!
saya sihat jeee! masih di sini! cer lah cari! heheheh!

Gee Lion said...

alhamdulillah...
teringin jugak nak buat, tapi macam maleh lah pulak.. hahahaha..
kenapa kalau saya buat, cik liza nak beli ke?
jeng3..

Qaseh Vee said...

maksud yg dalam utk diperhalusi ...

nuyui a.k.a miss YUI said...

bukan smbrgn wasiat.