Mr.Teksi 2

Jumaat, HWC 4*25
Color Oren : Mr.Taxi
Color Green : Aku

Adik tahu ka semalam itu ada kes bom kat Bukit Bintang?

Err.. yeke? Tak tahu pulak. Biar betul?

Aiyo madam, where are you come from? London? Iran?

Aku tersenyum sipu. Malu pula rasa kerana tak ambil tahu perkembangan semasa. Manakan tidak, semalam sebaik saja sampai rumah aku tidak lagi menge'on' line. Terus saja aku uruskan hal seharianku dan masuk tidur.

You masuk itu internet, google. Takkanlah facebook pun you takda? Aiyo ini orang, negara sendiri pun tadak tau..

Sekali lagi, aku tersenyum. Lantas, aku membuka perisian internet menggunakan telefon Samsengku yang bila-bila masa saja bakal menamatkan riwayatnya lantaran kegagalan dicas sebelum keluar rumah.

Eh, a'ah lah. Tak sangkanya benda macam ni boleh berlaku di KL.

Kan? Negara ini sudah tidak aman. Sekejap masa saja lagi, apa pula bakal berlaku..

Macam kat Thailand pula main bom-bom macam ini.

Adik, itu Thailand lain cerita. Mereka bergaduh kerana sana Buddhist tidak suka sama Muslim. Mereka berperang kerana agama. Kat sini?

Macam itu perang di Sri Lanka
(beliau pun bercerita kepada saya mengenai perbalahan antara tentera Islam Sri Lanka & tentera Tamil), kenapa bila sudah merdeka masih berperang? Dulu kata lain lepas tu jadi lain.

Tapi sini ada ka itu macam?

Ada adik tengok Cina tak suka Melayu terus pergi serang macam tu? India tak suka Cina terus perang macam tu? Ada?

Adik tahu tak apa punca kejadian macam ini?

Itu semua punca orang luar punya pasal.

Mereka datang sini fikir pasal duit saja.
Mereka tak peduli tentang hal negara kita mahu aman atau tidak.
Orang mana you tahu selalu buat hal?
Orang **a*
Memang selalu orang **a* banyak bawa masalah.
Samalah macam kalau kita ni sangkut jem, mereka sikit punya gangster boleh redah macam tu je.

Itu kerajaan haa.. banyak pelik. Kenapa perlu bagi PR pada orang luar ni? Adik fikir, masa kita nak merdeka dulu ada mereka itu datang sekali perang sama kita? Itu Tun Rahman, Tun Sambathan pergi sana itu British minta merdeka. Untuk tiga bangsa saja. Ada untuk mereka? Ada? Mereka ada bersamakah waktu merdeka itu? Ada? Sekarang mahu senang-senang saja mau kasi itu PR.

Maaf cakaplah adik, itu orang duduk atas banyak jual kita punya maruah.
Orang yang pegang kerajaan itu, maaflah saya cakap macam ini, itu ramai orang Melayu juga duduk.
Sebab apa?
Itu duit punya pasal.
Berapa banyak itu harta mereka punya saja?

Sekarang umur saya 38 tahun, umur adik berapa?
Nanti adik dah sampai umur macam saya, adik yang kena tadah tangan kat mereka.

Lagi mahu cakap pasal aman.


Sebelum aku membuka pintu teksi dan melangkah keluar, aku sempat mengatakan sesuatu pada encik teksi tersebut.

Bukan semua orang setuju dengan cara kerajaan.


Selalu kan.. Selalu sangat bila kita sentuh mengenai isu kerajaan & kepimpinan ni, orang akan marah kita. Herdik kita. Orang kata kita tak bersyukur. Orang kata kita tak ikhlas. Sedar tak sedar, itulah puncanya mengapa Tanah Melayu selama lebih beratus tahun hidup terjajah di bawah kongkongan British. Kita selesa. Kita bahagia. Kita ketepikan mereka yang berjuang untuk agama & negara. Kita buang mereka yang betul-betul peduli tentang kesenangan bangsa.

Kalian boleh fikir apa saja, tapi pada aku adalah teramat bodoh apabila pemimpin dan raja menaiki kereta mewah, berpangkat-pangkat, beristana indah nian tapi ada rakyatnya terpaksa mengira-ngira duit dalam dompet untuk kelangsungan hidup. Lagi, ada pula rakyat yang terperosok jauh bawah jambatan hanya demi mencari sebuah tempat perlindungan.

Paling sadis, bila rakyat dituduh merekalah punca nasib mereka jadi sedemikian rupa.

Mengapa perlu dipertahankan mereka yang menyebabkan maruah Islam dan Melayu dipandang rendah oleh bangsa lain?

Semaklah dan bacalah kepimpinan Islamiyah, di situ anda akan jumpa jawapannya.

Entri sebelumnya : Mr.Teksi 1

63 comments:

Kakcik Seroja said...

Kita mengais dan mengemis, mereka berpura-pura bermuka manis...

Kakzakie Purvit said...

Bayangkanlah Gee kalau pemandu teksi pun peka akan semua itu mustahil mereka yg duduk di atas tu tak sedar. Mereka tahu tapi hati dah beku. Mereka bukan tak percaya hari pembalasan. Tapi iman mereka dah terhakis. Mereka bukan tak pandai. Tpi kepandaian mereka telah diperbodohkan. Apa yg ada sekarang jelas di di depan mata kita, selagi mereka boleh senang mereka nak lebih senang. Org bawah hanya diperlukan bila tiba masa mengundi saja. Sayangnya masih ada yg masih boleh diperkotak-katikkan dgn habuan kain pelikat dan kain batik...

dear anies said...

Sedar tak sedar, itulah puncanya mengapa Tanah Melayu selama lebih beratus tahun hidup terjajah di bawah kongkongan British. Kita selesa. Kita bahagia. Kita ketepikan mereka yang berjuang untuk agama & negara. Kita buang mereka yang betul-betul peduli tentang kesenangan bangsa.

suka kata2 ni! thumbs up!

paridah said...

wah begitu yer...doakan yg terbaik utk kesejahteraan negara tercinta yg satu...

Yana Yani said...

terbaiklah uncle tu bercakap! cer tanya dia nak tak jadi politician?
kita buka parti politik sendiri, parti politik sedia ada buat rasa sesak napas!
baik BN mahupun PAKATAN, mereka semua ni tak gunakan hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
kadang yang bercakap seperti tengku adnan dan yang seangkatan adalah bodoh tahap dewa!

memandang hanya di sebelah pihak, sedangkan pihak yang tak makan dan tak minum
inilah yang menyanjung mereka, yang mengundi mereka
apa yang kita dapat? penindasan?

Yana Yani said...

oo pasal survey tu plak, bukan semua ada google+
agak tak berapa nak convenience sebenarnya

eMMe said...

Ok, entry ni akak baca sampai habis.. bagus juga en teksi tu bersembang.. boleh gak dpt idea nak tulis blog... tapi ape pun pendapat kite... kite mesti mau negara kite aman..harmoni..tanpa perang, tanpa konflik perkauman... kemana saja, rasa selamat... itu yg kite harapkan..btol tak? tidak seperti negara lain yg hidup sengsara... tapi ur idea cantik Gee~

Wak Lat said...

Salam jumaat. Hee.

OKje said...

Bab bab politik bab bab macam ni okje tak pandai nak menyampuk Gee....sebab kurang ilmu hehe....kalau cakap pasal hal rumahtangga bolehlah jugak nyampuk...tp tu pun tak semua... kalau bab masak lagilah out sebab kurang suka masak haha..... Entah bab apa agaknya yg reti....huhu

Anak IbuAyah said...

Bukan semua orang setuju dengan cara kerajaan. setuju

>> comment mcm skrg lagi senang..

Kamsiah yusoff said...

akak tak aktifkan google plus...:)

cEro said...

Keywordnya satu je :TAMAK
Bagi laa bangsa apa sekalipun, kalau dah tamak, mana nak nampak dah orang lain.
Kalau nak kaya, kaya sorang-sorang.
Kalau nak menang, jatuhkan orang lain.
Yg jadi pemimpin bukannya fikir orang yg patut dipimpin, tapi fikir tentang poket sendiri.
Yg jadi mangsa ialah orang2 bawah macam kita.

Pendek kata, letak laa siapa pun jadi pemimpin; kerajaan atau pembangkang, raja atau orang biasa, tapi kalau dah tamak, kesannya tetap sama.

Just my 2 sen.

Cik nadya said...

dari tadi duk cari mane tmpt tgglkn comment. siap klik2 lg icon tepi ni.. x kuar2.. rupanya kt LEAVE NOTE.. hahahah

ok, sy pon xthu kejadian bom tuu.. alahaii..
setuju kata2 mr teksi nih.. :)
cara kerajaan sekarang susa nak ditafsirkan. mcm mcm mcm. arghh susa nak terangkan..

ok je nak guna Google+ comment ni.. tp kadang2 Google+ comment lambat skitt view nya..

Afiqah said...

eden hanya tersenyuum sajaa.
nak kata something tapi tak boleh.
tapi apa yg fiqa nak cakap
fiqa belajar pasal poli itik Malaysia
apa yg diorg jalankan lain drpd apa yg sepatutnya dijalankan ^^

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nice sharing

puteri kasih said...

suatu hari semua yang kita pernah nikmati boleh lenyap..jika orang luar terus diagungkan. Sedar atau tidak semakin hari semakin ramai yang membanjiri.

drshikinzainal @ ekin said...

"Kalian boleh fikir apa saja, tapi pada aku adalah teramat bodoh apabila pemimpin dan raja menaiki kereta mewah, berpangkat-pangkat, beristana indah nian tapi ada rakyatnya terpaksa mengira-ngira duit dalam dompet untuk kelangsungan hidup. Lagi, ada pula rakyat yang terperosok jauh bawah jambatan hanya demi mencari sebuah tempat perlindungan."
- Saya pun ada fikir macam ni.
Macamanalah orang lain hidup dok kira2 duit berapa tggal dalam dompet.
- Harap adik-adik yang baca ni boleh pikir. Belajar rajin2 ok. Jangan pikir nak enjoy ja!

Amelia said...

ye betul. saya x berminat nak cerita pasal benda2 ni juga. tapi kita rakyat ni memang banyak kali sangat ditindas. ada satu, someone pernah cakap.

kata buat majlis untuk meraikan anak yatim. tapi tengoklah majlisnya. orang kenamaan yang jadi VIP. orang kenamaan diberi keutamaan. yang anak-anak yatim ni sebenarnya sebagai bukti orang atasan ni nampak baik je.

saya minta maaf andai ada yang terasa. saya anak yatim. saya pernah pergi tempat macam ni. so saya tahu apa yang berlaku. saya tahu layanan dia mcam mana.

Amelia said...

sedangkan benda simple pun diorang buat macam tu, apatah lagi nak pegang Malaysia ni. hmm.. kalau nak kata susah, khalifah2 kita dulu boleh je jaga negara dengan aman.

saya sangat suka dengan ayat akak yang ni... >> Kita selesa. Kita bahagia. Kita ketepikan mereka yang berjuang untuk agama & negara. Kita buang mereka yang betul-betul peduli tentang kesenangan bangsa.

saya mnx maaf. kdang2 saya rasa saya komen kat sini macam x masuk akal -.-

Fidah Shah said...

Malaysia Boleh Gee...
Eerrrmmmmmmm

Cik Balqis said...

teringat cite menteri terpaksa ikat perut tu..sengal..rasa marah pn ade..ape punye menteri..huhu

Chic Na said...

betul betul.. saya setuju sangat dengan pendapat awak..

eh haiii.. lama tak datang sini.. ~waving~ ;)

Gee Lion said...

Bukan setakat bermuka, berjanji dan bermadah helah lagi..

Gee Lion said...

Pemandu teksi datangnya dari middle-class yang struggle nak meningkatkan taraf hidup. Pastinya mereka akan ambil tahu hal-hal dalam negara seperti ini. Ibarat kata Aristotle; The best political community is formed by citizens of the middle class.

Tinggi pangkat disandang seseorang, tinggi jugalah chip setan yg menjaganya. Beruntunglah bagi mereka yg berjaya melawan hasutan syaitan ini, rugi bagi mereka yang menurut saja. Yang menjadi mangsa.. adalah kita.. Huhu.. )':

Gee Lion said...

Kalau nak diikutkan, banyak sultan dan pak menteri zaman dulu yang tak sebulu dengan British dicampak/dibuang negeri ke luar Tanah Melayu. Sayang sekali, kita tak sempat merasai roh-roh perjuangan mereka.. ):

Gee Lion said...

aaminn kak PI..
thank you (:

Gee Lion said...

mungkin kerana dia tidak bernasib baik seperti yang lainnya. atau mungkin, dia takda kabel..

sayang bila soal kepimpinan dan kepolitikan diadun sehingga mengaburkan erti sebenar perjuangan membela nasib rakyat. secara tiba-tiba politik menjadi nombor satu, sehingga mengenepi hak-hak orang yang lainnya.. :(

saya tidak kuat utk buka parti politik sendiri kak yana, begitu juga mereka yang lainnya.
tapi saya pasti dalam serpihan kaca yg berselerakan ini, pasti akan timbul juga satu permata yg akan membawa cahaya baru dalam negara yg kita cintai ini.

cuma harus bersabar bab-bab kena smash dgn kerajaan dan macai ni.
miahahaha..

apa yang kita dapat adalah kenaikan harga barang, minyak, cukai.. blah blah blah..
banyak betul yg naik, dengan darah darah saya sekali rasa mcm nak naik ni kak yana.
hujan je yang rajin turun.
huhuhu..

Gee Lion said...

sekarang ni result dia 50-50 kak yana.. hurmmm..

Gee Lion said...

definisi aman, harmoni, perang dan konflik perkauman ini adakalanya berbeza pada setiap orang kak emme. kita boleh kata sekarang kita aman tanpa sebarang pergolakan kasar, tapi yang pasti kenaikan harga barang sehingga buat rakyat rasa marah, perang politik antara parti dan rakyat tidaklah termasuk dlm kategori aman & harmoni..

huhuhu..

iye itulah yg kita harapkan. sebuah negara yang mampu diduduki oleh bukan saja kita, tetapi juga anak, cucu, cicit, piut, miut dan generasi selepasnya. yg nyata, dunia ini tidak terhenti meskipun kita menghembuskan nafas yg terakhir..

terima kasih kak emme, alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis.. ^_^

Gee Lion said...

Waalaikumussalam Wak ^_^

Gee Lion said...

takpe kak, baca je pun dah okay.
biasalah pendapat darah muda seperti saya, banyak conggengnya..
hihi ^_^

Gee Lion said...

Dan tak semua cara kerajaan kita tak setuju. Ye dak? Heee.

thanks for the survey answer cik As.. ^_^

Gee Lion said...

aiseymen... :(

Gee Lion said...

dan mengapa wujud sifat tamak itu?
pulak tu bukan sebarang orang?
didikan apa yg mereka miss?
hukuman apa yg mereka tak tahu.
jeng jeng jeng..

Gee Lion said...

hehehe.. saja je twist sikit. malas nak letak ( 0 ) kosong. tak cantik angka tu.. miahaha..
itulah, tak sangka kejadian macam tu boleh berlaku kan. lagi tak sangka, boleh ketinggalan berita yg sehot macam ni. macam duduk dalam gua batu pulak. kita berdua serupa ke cik nad? huhuhu..

hanya kerajaan saja tahu mengapa mereka berbuat begitu. yang pasti Allah ada. Dia diam saja bukan bermakna takde perancangannya.. ada tu.. cuma kita tak tahu..

resultnya masih 50-50.. ^_^

Gee Lion said...

nampak tak permainannya di situ?
bukankah status negara demokrasi membolehkan kita untuk bersuara?
tapi kalau tak sebulu je, tiba-tiba suara kita jadi hareemmm.. haram betul.

banyak benda tak kena cik fiqa.. cuma kadang2 sesetengah orang tak mau ambil pot.
ape yg difikirkan pun kita tak tahu.. :(

Gee Lion said...

thanks.. ^_^

Gee Lion said...

mungkin kita perlu tiba ke arah itu, barulah tak perlukan bukti utk kita bersuara. secara tiba-tiba, bukti itu berbunyi dengan sendirinya..

Gee Lion said...

Entah, macam mana agaknya ada orang yang hidup kutip tin-tin minuman and kertas kitar semula boleh hidup. Pelik saya. Tabah & kuatnya mereka.. Tapi, sampai bila?
InshaAllah, adik2 yg baca ni mesti boleh fikir.. Hehehe.. ^_^

Gee Lion said...

Kita ni bukannya apa, kadang2 saya sendiri malas nak fikir benda2 macam ni. Saya rasa ia kritikal & memberatkan lagi otak saya yg dah sedia overload dek tugasan yg banyak. Tapi tak bermakna kita tak peduli kan cik amy? Cuma siapalah kita utk bersuara.. Salah suara kang tak pasal2 kena sumbat masuk penjara..

Kes anak yatim itu pernah saya dengar. Tak sangka sekali kejadian seumpama itu boleh berlaku dlm Malaysia. Astaghfirullahalazim.. Berkecai agaknya hati Rasulullah jika dia mengetahui akan layanan pada insan yang senasib dia.. Sesungguhnya amat malang sekali bagi mereka yang salah cara dlm menangani anak yatim ini. Apalah agaknya jawapan dia pada hari pembelaan kelak.. Harta dan pangkat tiba-tiba jadi tak berguna sama sekali.

Takda orang yang patut terasa cik amy, unless mereka dah pernah buat perkara yg serupa pada anak yatim seperti cik amy.

Apapun, kita senasib. Cuma saya masih ada seorang ayah.

Gee Lion said...

Hakikatnya, dua-dua belah pun tak berguna sama sekali. Bilalah akan ada seorang jagoan yang dapat memimpin kita keluar dari kegelapan ini.. Huhuhu..
Alhamdulillah, ilham menulis dikurniakan Allah. Moga meresap ke dalam jiwanyalah hendaknya..
Tak perlu meminta maaf, takda yang tak masuk akal di sini. Nama pun komen kan? Tak salah nak menzahirkan apa yg terbuku di hati, kata negara demokrasi..

Hehehe.. ^_^

Gee Lion said...

Macam tak semangat je cik Fidah.
Letak lah tanda seru banyak2 sikit. Macam ni :
Malaysia Boleh!!!!!

Baru nampak semangatnya tu..


Huhuhu.. :(

Gee Lion said...

Saya terserdak baca cerita tu.
Terbatuk-batuk. Perit tekak ni toksoh ceritalah.

Semua pak menteri tu punya pasal. Miahaha..

Gee Lion said...

Hai Chic Na!
Lama tak dengar cerita!
Ni mesti busy buat tempahan sampai blog dia dah bersawang sana sini.
Dah vacuum ke belum?
Nak kita tolong?
Hihihi ^_^

Tunsha Ayunie said...

Bila sha kutuk kerajaan, orang terus panggil wanita DAP, siap kata sha tak pernah bersyukur dengan bantuan kerajaan bagi... ehh pelik plak rasanya, rezeki tu kerajaan bagi ke..?? hahaha

sokong cara uncle tu... malaysia dah tak aman uncle... kerajaan hanya mampu "senyum" je :)

CD said...

melayu ni, dia tak boleh terima bila ada sedikit perubahan.. terlampau selesa sampaikan benda yang memberi lebih banyak manfaat pun dipandang sebagai suatu musibah. bila kaum lain maju, jeles sampai memburukkan orang lain. itulah kenyataannya.

Unknown said...

Lawkana bainana. Andai Rasulullah masih ada. Teringat lirik lagu dibawah cahaya - salam musik.

Kerana pangkat, harta dan dunia, mereka sanggup gadai agama. Kita yang marhaen ini hanya mampu memandang. Bila bersuara pasti akan dibuang. Moga Allah tunjukkan mana yang benar, mana yang salah.

syana mizwateva said...

sikit2 syukur malaysia masih aman..
aman ke?hmmmm

drshikinzainal @ ekin said...

Kan?? Mesti terpaksa ikat perut.
Sobsss..
Tgk.Bersamamu pun saya dah nangis.

Izzati Amira said...

kita pun tak tahu pasal bom tu. haiiih budak zaman sekarang.. dah jarang baca surat khabar mcm ni la..
btw, setuju. bukan semua apa yg kerjaan buat tu betul.

Gee Lion said...

mereka tak faham konsep sebenarnya sha.. memang rugi bagi mereka yg menutup mata & telinga dari mendengar hujah orang lain. masih mahu menjadi bangsa yg hanya tahu diam saja bila ada sesuatu yg tidak kena. sayangnya bila agama tidak ada di dada dan karenah birokrasi yang berpanjangan, remaja & belia tidak dapat menjadi pemimpin yg berguna utk negaranya di masa akan datang kelak.. (':

Gee Lion said...

Semua bangsa pun begitu. Bezanya kita majoriti di Malaysia, jadi apa yang kita nampak dalam sikap dan tabiat buruk ini hanyalah bangsa kita sendiri. Bangsa2 lain juga ada masalah seperti ini, tapi boleh jadi kita tak tahu kerana kita tidak hidup dalam perspektif mereka. Jika tidak masakan Melayu boleh menjadi antara bangsa yang terkemuka satu ketika dulu.

But, somewhere along the route from there till now, kita hilang jati diri. Entah apa yang memaksa dan mengawal bangsa Melayu hingga jadinya begitu menunduk sekali..

Gee Lion said...

Suara rakyat menjadi tidak bernilai sama sekali. Sedangkan rakyatlah yg sebenarnya membentuk negara bangsa. Ada member yang yg tidak setuju pada istilah,"Rakyat Hakim Negara" tapi saya yakin, akan ada satu situasi yang akan menjadikan istilah ini kena pada masanya.

Gee Lion said...

samalah.. dok jadi orang yg begitu workaholic sampai sekelilling dah malas nak ambil tahu. inilah jadinya.. huhu.. yups, bukan semuanya betul, dan tak semuanya salah.. (':

Gee Lion said...

bergantung pada definisi masing2.
pada saya, definisi saya tidak.
tidak sama sekali.

Gee Lion said...

mungkin ada sifat mereka yg tidak ada pada kita.
redha & tawakal pd rezeki yg diberi Allah.
tapi bukan bermakna yg kehidupan mereka ini patut dipandang enteng.
bukannya mereka tinggal kat pulau yg takde manusia lain menghuninya, tiada sistem..
soalnya sekarang ada.. awat boleh jadi lagu tu lagi..
inilah dunia...
huhuhu..

Cik nadya said...

ni pakai denim template ka? ke blogskin? blog ni comel la :)

tuulaa pasai.. mcm duk gua pon iya. lg2 skg dah xlayan facebook. lg xthu apa2 perkembangan skrg.. bila beli surat khabar baru tahu..huhu

kan? setiap perancangan ALLAH adalah yg terbaik.. sabar jelaa kan :')

Gee Lion said...

minima template 2 column cik nad.. kalau blogskin memang tak merasa nak pakai blog archive.. alhamdulillah, terima kasih. itu baru tengok blog dah comel. belum tengok tuan dia lagi.. hehehe.. :P

hamjad sungguh saya nak p beli surat khabar cik nad. saya tunggu surat khabar percuma je kat opis tu. memang tak koser nak beli. baca tajuk berita je dah buat saya rasa penat, kang tak pasal2 tak dapat nak focus kerja.. hehe..

inshaAllah ada tu.. hurmm.. (':

anamizu said...

Google+ komen kitew ok jewww =P

aku sokong pendapat cero.. bubuh la siapa pon hatta pak lebai sekalipon sebagai pemimpin, tapi kalo dah gelap mata dek kerana pangkat + kemewahan segala hurmmmmmm :'(

Gee Lion said...

pak lebai yg kita pandang warak + alim sangat tu kan.
boleh gelap mata.
mengapakah..

Scha Nazri said...

bagi scha kan, scha dalam dilemma nak pilih kerajaan yg mana satu.

i hate what kerajaan skrang buat but i dont want choose the other party.

kerajaan ni memang. dia tak tahu ke generasi yg akan mengundi next pru ialah baya kita?? baya remaja yang minda agak terbuka dan mampu pilih yg mana busuk dan wangi? takkan dah sampai pru baru nak ambil hati balik?

haishhhhh.

Gee Lion said...

sebab kerajaan tahulah maka mereka mengambil pendekatan dgn cuba mendiamkan mulut belia yg berkata2.. akta itu akta ini dicipta bagi memastikan belia2 terikat kakitangan, terkunci mulut daripada dapat melaung2kan suara hati mereka kpd kerajaan. andai bersuara, ke lubang penjara. itu pasti. kalau nak bersuara sekalipun, biarlah yg sedap sahaja di telinga mereka..

mereka tak perlu nak ambil hati kita, cik scha. sebab dah tentu kemenangan itu milik mereka. PRU is such a waste of time and money.

Qaseh Vee said...

sis juga tak suka kerajaan bagi muka sgt kat pendatang asing . seharusnya PR utk mrk ni stop terutama utk ' org hitam ' . kedtgn mrk ni byk menyumbang kpd kegiatan jenayah ...