Jawapan : Tangan

Tak seorang pun di antara kita layak hidup dan mati sendirian. Tak seorang pun di antara kita harus berduka mahupun menangis sendiri. Ataupun tertawa sendiri atau bergembira sendiri.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari orang lain. Kita dilahirkan mengharungi hidup ini untuk saling bergandingan tangan. Akan ada seseorang yang hari ini siap sedia berjabat dan mengenggam tanganmu. Dan ada juga seseorang yang sedang berharap kau menggenggam tangannya..


Lagi pula, bukankah lumrah hidup bahawa kita akan saling memerlukan dan saling bergantungan antara satu sama lain?

p/s : Tapi haram kalau berpegangan tangan antara yang bukan muhrim ye.
Ingat [read:versi upin & ipin] !!

Untuk pandangan berkaitan entri Wordless Wednesday 9 sebelum ini, saya memilih komen di bawah untuk tatapan anda semua :-

apa yang saya nampak dengan gambar di atas,
kalau antara suami isteri, berpegangan tangan pun dapat pahala ^^,
kalau antara anak dengan ibu or ayah, terasa macam diri dilindungi selalu ^^,
kalau antara kawan, terasa macam ada seorang yang betul2 memahami kita ^^,

+Amy J - 11:13 PM, OCTOBER 29, 2014

Jangan khuatir andai jari yang digenggam terlerai juga akhirnya. Hilangnya sesuatu bermakna Allah nak beri sesuatu yang lebih baik. Namun jika tiada penggantinya sekalipun, ingatlah bahawa dunia ini bukan kekal selamanya. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik Allah telah sediakan untuk kita di sana.. Yakinlah pada Dia.

Sekian, selamat hari Sabtu!

58 comments:

Fidah Shah said...

Betul tu Gee...
Manusia saling memerlukan diantara satu sama lain

Unknown said...

sis masih menantikan tgn itu wpun sudah sekian lama ... hanya DIA yg lbh mengetahui .

suka suka said...

Assalam Gee... bantuan Dia dan makbulnya doa bagaikan tautan dan bimbingan tgn2 yg tak nampak ...

Invisible Me said...

Kadang bila genggam tangan ni rasa lebih selamat. Rasa org tu ada fgn kita kan ;)

Amelia said...

eh... terkejut juga. apa soalan sebelum kepada jawapan tangan ni.. then, oh baru teringat. :)

hmmm.. buat masa ni, tangan keluarga dengan sahabat yang sentiasa menjadi sokongan dan harapan. tangan suami, well, i hope so one day. andai ada jodoh..

ye betul. kita hidup berpasangan dalam dunia ni. setiap apa yang ALLAH ciptakan berpasangan. ALLAH xkan pernah biarkan hamba-Nya bersendirian. :)

Amelia said...

p/s : eh, dah tukar warna lah. colourful gitu. macam wreck it ralph pula header akak tu. hehehe >.<

Tunsha Ayunie said...

pegang tangan kawan, mak abah & suami tu, selalu sha buat :)

drshikinzainal @ ekin said...

Yepp, need someone to hold me.
Please help me when i need you.

Izzati Amira said...

setuju. resahnya jika tiada org yang akan memimpin/memegang tangan kita saat kita betul betul memerlukannya

Cik Balqis said...

betul tu..setuju dgn amy :D

Unknown said...

suka dengan komen Amy tu.. hehe

Jejari Menaip said...

suka baca hasil luahan idea cik Gee...bnyk maksudnya...

p/s:nak jwb survey tu...xyah tukar lah...yg ni lagi ok....hihihihi header dulu cantiklah....hihihihih

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nice sharing

Gee Lion said...

Tapi sekarang, semua orang nak gaduh antara satu sama lain.
Pasal bola pun boleh gaduh cik Fidah ):

Gee Lion said...

inshaAllah, ada tu.. sama2 lah kita nantikan.. huhu.. )':

Gee Lion said...

Waalaikumussalam kak Mar,
Ye, betul tu. Setuju 200%.
(:

Gee Lion said...

Terpulang pada siapa yg kita bayangkan dalam fikiran ketika itu IM.. heee.. (:

Gee Lion said...

inshaAllah ada.. dari satu tangan yg menjaga kepada satu tangan yg membimbing pula. ada tu, inshaAllah.. sebab kita diciptakan berpasangan. jika bukan di sini, di sana nanti pasti.. (':

Gee Lion said...

memang itulah motifnya.. miahahahah.. =)

Gee Lion said...

So does everyone here.
InshaAllah, one day maybe there'll be a little hand for you to hold..
=)

Gee Lion said...

InshaAllah, there'll be someone to hold you.
Sabar & yakin.. itu saja keywords dia.. (':

Gee Lion said...

adakalanya memang begitu cik zati.
kita kena harungi hidup ini sendiri..
tapi mana tahu, mungkin hanya dengan cara itu kita mampu jadi kuat & lebih berdikari?
lagipun, orang single ni ada keistimewaannya di sisi Tuhan, kan.. ?
(':

Gee Lion said...

cik Amy pasti gembira awak setuju dgn dia.. hehehe.. :p

Gee Lion said...

hehehe.. sudah semestinya harus suka :P

Gee Lion said...

jeng jeng jeng.. haruslah kena suka.. susah payah nak carik idea ni tahu tak..
{well takdelah susah sangat sebenarnya.. hehe..}

p/s : orait, thank you for the opinion. header dulu cilok yg orang. tak best! huhu!

Gee Lion said...

thanks en.Khai. (:

Zafirah Kama said...

meh kite genggam tangan awk..
hopefully genggaman tu tak terlepas... :)

Invisible Me said...

Ibu tercinta yg pertama pop up di fikiran :)

Chic Na said...

hilang sesuatu untuk mendapat yg lebih baik.. itu lebih baik.. :)

Unknown said...

Moga kak gee akan jumpa seseorang yang akan memegang tangan kak gee kelak. Analogi tangan sangat membantu kita semua memahami bahawa Allah itu sentiasa ada dan tidak akan membiarkan hamba Nya sendiri :)

Yana Yani said...

ooo gitu ye... =)
anyway, blog ni bertukar wajah lagi

Cik nadya said...

wah amy syeera.. sgt setuju dgn jawapan ni :)

Gee Lion said...

inshaAllah.. sungguh ka ni cik zafirah? ^_^

Gee Lion said...

mungkin penantian itu yg menakutkan kita.. :')

Gee Lion said...

betul tu cik budak.. jikalau saja hambaNya menyedarinya..
namun masih saja ada yang leka, kadang-kala..
termasuk saya.. (':

Gee Lion said...

hehe.. kerja simple sukalah saya buat.. ^_^

Gee Lion said...

kan?
ringkas tapi amat bermakna (':

anamizu said...

betul3.. aku sendiri pon selalu leka. tapi DIA masih beri peluang. sobss sobss

Anonymous said...

we need each other gitu..
dunia ni untuk semua and kita kena kongsi bersama :D

Gee Lion said...

saya masih mencari ruang dlm peluang.. pelik kan cik ana?

Gee Lion said...

malangnya, masih ada yg membeza2kan antara darjat, pangkat, bangsa dan kasta.. )':

Anonymous said...

KA kalau bab pegang2 tangan anak2 & en hubby mmg gemar sungguh ler.. oops! neway gd n3 ni dik

eMMe said...

Gee... pada akak, ade mase kite perlu masa bersendirian.. tapi.. ada masanye kite perlu tangan untuk memimpin dan menenangkan hati kite di saat gundah nya jiwa dan perlukan tangan utk memberi semangat dan keyakinan... tapi akak suke ade org pegang tangan akak, kukuhnya tali ukhwah eratkan silaturahim...

Anonymous said...

kuno lagi pemikiran orangg orang sebegitu. tak apa.. kawan dengan mereka yang sudi saja ^^

Cik Fafa said...

setuju jugak dengan komen amj j tu. ^^

Gee Lion said...

haruslah gemar.. bila pegang saja dah dapat pahala percuma.
siapa taknak kan?
^_^
alhamdulillah, thanks KA !

Gee Lion said...

Memang, saya setuju dgn kak emme.. kadang2 sendirian itu perlu utk muhasabah dan mencari ketenangan sendiri.. sejauh manapun bersendirian, in the end kita tetap memerlukan tangan utk memegang jatuh bangun kita.. :')

setuju sangat2!!!

saya pun suka.. hohoho.. ^_^

Gee Lion said...

oh ibu rupanya.. hehe.. ye betul tu. rasa ada di sisi.. ^_^

Gee Lion said...

ye ade.. jangan tak caye.. ^_^

Gee Lion said...

haruslah katanyer.. ^_^

Scha Nazri said...

setuju dgn Amy :)

Cik Mimie said...

Nice sharing Kak Gee :) suka komen Amy :)

Gee Lion said...

thank you cik mimie..
kan? haruslah kena suka.. hehehe ^_^

Gee Lion said...

ehem ehem.. ^_^

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...Suka genggam tangan en.Hubby....rasa selamat dan di sayangi..hehe...

Gee Lion said...

Mestilah kan.. dah halal pulak tu.. nak pegang tiap2 minit pun takpe.. hihihi.. ^_^
saya rasa ni first time saya nampak cik mardiah kat sini. ye ke?
welcome to da blog ye ^_^
thanks sudi lawat sini ^_^

Jari Manis said...

until now tiada lagi 'tangan' yang boleh sis pimpin dan kongsi masalah bersama kecuali ibu dan ahli keluarga sob sob sob

Gee Lion said...

InshaAllah, pasti ada tak lama lagi tu.. =D