Curiga

• Gee Lion • 20:30:00 • 57 Sembang
Aku menapak lemah di laluan monorel terkenal di ibu kota. Tiket bas telah ku masukkan ke dalam dompet, sambil fikiran ku melayang. Banyak perkara yang aku fikir dan angankan. Kerja, hubungan dan wang. Ya, wang.. Masalah ini membelenggu diri aku berbulan-bulan lamanya. Mungkin kerana tempoh ITU sudah semakin menghampiri titik perjanjian justeru aku bingat menyelesaikannya.

Di laluan pejalan kaki itu, seperti biasa aku terhidang dengan potret si pengemis tua berteleku di kaki lima. Tisu setia di tangan sambil menadah belas dan ehsan. Spontan aku teringatkan keadaan ketika makan di kedai-kedai, bukan mahu complaint makan tak aman tapi kisahnya begitulah. Bila duduk, ketika sedang tunggu order dan ketika mahu beredar. Pasti yang aku renung adalah si pemimpin buta, apa guna kau punya kaki dan tangan, apa guna mata kau celik jika akhirnya keringat si buta juga yang kau kerahkan?

Spontan, mataku tertancap pada wajah bayi yang comel. Aku tersenyum padanya. Mata bundar milik bayi itu pula terkebil-kebil melihatku. Bibirnya juga seakan menguntum dengan senyuman. Serta-merta aku tersedar, aku masih di kaki lima. Dan bayi itu, memakai topi biru sambil didukung oleh seorang remaja lelaki.


Mulanya aku memerhati biasa-biasa saja. Sehinggalah perasaan curiga menyelinap masuk secara tiba-tiba. Mungkin ketika ini logik akal sudah mahu bermain-main dengan perasaan. Remaja itu tidak terlihat seakan 'attach' dengan bayi tersebut. Malah langkahnya laju memintas aku. Dukungannya juga kekok, bayi itu ku lihat seakan bila-bila masa akan dilepaskan. Dia membimbing beg sandang tepi, agak lusuh. Tidak padan dengan pakaian bayi yang ku lihat agak baru. Pipi bayi itu kemerah-merahan, aku agak usianya mungkin dalam tiga ke empat minggu.

Aku hairan.

Mengapa bayi sekecil itu dibawa ke tempat sesak sebegini menaiki monorel? Mungkin pengaruh filem Melayu juga menghantuiku bila aku perasan, di sini jugalah lokasi penggambaran filem Songlap suatu masa dulu. Dan sekarang, lagak remaja lelaki itu juga ku lihat tidak ubah seperti Syafie Naswip yang memegang watak sebagai Ad.

Apakah ada sesiapa yang berfikir seperti apa yang aku fikir?


Lelah

• Gee Lion • 09:13:00 • 63 Sembang
Dia lelah dengan semua ini. Lelah dengan permainan manusia yang tak berkesudahan. Penat. Kenapa dia harus menjadi salah seorang pelakonnya? Tidak bolehkah dia hanya menjadi penonton, memerhatikan sinetron sambil mengunyah pop corn? Atau dialah pengarahnya, yang mungkin jika dia tahu kesudahan begini, maka akan diubah mengikut citarasanya sendiri?

Kau memberati langkahmu, kerana kau tahu dia akan sentiasa di situ. Dia beralah kerana dia fikir usia ini sudah terlalu dewasa untuk bertingkah. Kau memperlecehkan janjimu kerana kau rasa terjamin dengan kehadirannya tanpa jemu menemanimu. Dan dia setia kerana sebelah jiwanya telah terpadu janji untuk bersama.


Kerapkali dia bertanya pada diri sendiri, bersediakah dia untuk lari dari semua ini? Pengorbanan bukan ditagih balasan, bukan juga tuba yang layak diberi setelah madu menjadi galang ganti. Mungkinkah dia tidak layak untuk bahagia? Bayangan kisah silam dirinya makin kerap menerpa. Adakah ini hukuman? Suara hatinya semakin perlahan, lelah diasak persoalan demi persoalan.

Payah untuk diluah..
Apa yang dia tahu, dia sudah cukup lelah..

Hug

• Gee Lion • 12:44:00 • 89 Sembang

Terima kasih tanpa jemu singgah blog terpencil ni. Memang macam dandelion kan, kejap ada kejap takde kena tiup angin.. Minggu yang sangat busy. Maaf tak dapat jenguk blog korang semua. In shaa Allah, akan kembali konsisten berblog. انشاء الله..

p/s : I mean that I hug you.. (:

Ketidakpastian

• Gee Lion • 08:30:00 • 69 Sembang
Kata Dia kepada si Dia..

Hati ini tak mampu disembunyikan lagi. Aku hidup dengan kau di dalamnya setiap hari. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan, tanpa sebarang kata tanpa sebarang usaha.

Dengan setiap langkah aku mendekatimu, hatiku menjadi semakin tidak menentu. Jika rasa ini menjadi beban, aku akan mencari kau lagi, hanya semata-mata ingin kau berada di sisi. Perasaan ini aku belajar menolaknya, kerana aku tahu aku tidak cukup sempurna. Jangan mengasihaniku, kerana yang aku perlukan hanyalah kasih cintamu.

Segalanya akan baik-baik sahaja sebaik aku lelapkan mata. Mungkin hari ini aku akan membenci kau tapi aku akan tetap merindui kau pada hari esok, lusa dan seterusnya.

Setiap malam hanya nombor kau yang aku hubungi. Aku menangis setiap kali menyebut namamu. Tak dapatkah kau menjawab panggilanku? Atau kau sengaja berpura-pura tidak mengetahui mengenai perasaanku? Tidakkah kau tahu bahawa aku semakin derita dengan emosi ini?


Jangan mengasihaniku, kerana yang aku perlukan hanyalah kasih cintamu.

Segalanya akan baik-baik sahaja sebaik aku lelapkan mata dan beradu. Mungkin hari ini aku akan membenci kau tapi aku sentiasa berharap kau akan menjumpai seseorang yang lebih baik dariku.

Kata si Dia kepada Dia..

Maafkan aku kerana tidak mampu mengucapkan I love You dan ucapan I miss You.

Jangan risau tentangku.
Jangan risaukan air mataku.
Aku sentiasa berharap kau akan menjumpai seseorang yang lebih baik dariku.
Lupakan aku dan tetaplah gembira seperti selalu..

Sesetengahnya berkata bahawa sakit itu apabila kau menunggu seseorang. Yang lainnya pula berkata bahawa sakit itu apabila kau ingin melupakan seseorang. Tapi hal yang paling sakit sebenarnya adalah apabila kau tidak pasti, sama ada ingin menunggu atau ingin terus melupakan.

Inspired by : One of my friend's story.

Beban

• Gee Lion • 10:00:00 • 50 Sembang
Cuba ambil segelas air.
Pegang.
Ringankan?

Cuba pegang lama-lama.
Seminit.. dua minit.. tiga minit.. lima.. lapan.. sepuluh.. limabelas.. satu jam.. satu hari..

Apa rasanya?
Makin berat kan?
Makin lenguh kan?

Berat gelas air tetap sama sebenarnya, tapi semakin lama kau memegangnya, maka beratnya akan menjadi beban.

Begitulah dengan beban masalah.
Jika kita membawa beban masalah kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Berat itu sentiasa ada justeru apa yang perlu kita lakukan supaya ia tidak berterusan menjadi beban?

Letakkan sekejap gelas air tersebut.
Berehat seketika bersama kitkat
Bernafas perlahan-lahan.
Dan sambung, angkat lagi.


Masalah tidak akan meninggalkan kita. Ia terpulang pada kita untuk membawanya bagaimana. Sesekali cubalah untuk muhasabah diri seketika agar kita merasa lebih kuat, lebih segar dan insha Allah dipertemukan dengan solusinya.

Untuk jawapan untuk entri GELAS sebelum ini, saya memilih komen ini untuk menjawab persoalannya kepada anda semua.

Saya jumpa cerita tentang bagaimana kita tengok hidup kita. Dari atas atau dari bawah? Kalau tengok dari atas memang terasa kosong, tengoklah dari bawah.. sebenarnya banyak nikmat yang kita dah dapat yang mungkin kita tak sedar.
+Ai Syah , 4 Feb @ 2133

Jawapan saya :

Positif adalah apabila merasakan hidup ini sudah penuh secukupnya, negatif adalah apabila melihat hidup ini serba-serbi ada kurangnya!

Sekian. Selamat Hari Ahad.

Fana

• Gee Lion • 20:30:00 • 44 Sembang
Bila kau katakan kau terpaksa dan aku menerima dengan hati terbuka. Punyakah garisan untuk mencapai impian kita bersama? Kau mahupun aku, bahkan mana-mana jua manusia inginkan kehidupan yang bahagia. Wang dan harta benda bukan matlamat semata. Aku yakin kau lebih arif dalam menakrifkan dunia fana.

Mungkin hidup ini bukan semata terpaksa. Bukankah hidup ini punya pilihan? Tidakkah kau yakin hidup ini adalah seni untuk mengolah keterpaksaan? Takdir Allah itu pelbagai. Jangan kata kau lari dari takdirNya, bukankah lari itu sendiri adalah takdirNya juga? Tidak terjadi lari kalau tidak tertulis dalam ketetapan sejak Azali lagi.


Sayang, kau buta pada apa yang orang selalu katakan tentang keikhlasan. Jangan kelirukannya dengan kepasrahan. Andai kata setiap perkara menyebabkan kau jadi pasrah, bukankah itu tandanya kau menyerah?

Mengapa kau tidak berjuang bermati-matian? Bukankah itu juga yang Dia mahukan? Di negeri sana yang kekal abadi, apakah yang bakal menjadi jawapanmu nanti?

Wordless Wednesday # 5

• Gee Lion • 08:30:00 • 29 Sembang

Updated on 7 February @ 8.20 pm -

Gambar ini diambil dari SINI.
Artis yang telah menyumbang 'the wonderful graphic picture' ini bernama Duruk.

As he mentioned in his blog :

This is a work in progress.
update: Added cargo containers on the cargo ship. Inspired by the "Rena" accident in New Zeeland.
Waterworld - early screenshot of my level "Waterworld" for the 10 Year Old Brother Game Environment Challenge.

Jawapan saya pula?

Macam inilah Malaysia suatu masa nanti. Tapi apabila masa itu tiba, mungkin kita semua dah takda. Just a picture to remind all of us, perbaiki amalan dan iman kita. Supaya apabila tibanya masa, sekurang-kurangnya kita telah bersedia.

Thank you for the comments my fellow blogger. Saya cuba cari masa nak reply tapi masa sangat mencemburui taipan jari saya di keyboard ni. Wah ayat. Sekarang adalah masa untuk terjah blog korang semua pula. Daaa.. =)

Gelas

• Gee Lion • 08:30:00 • 58 Sembang


How about you? What do you think?


Naga

• Gee Lion • 17:01:00 • 50 Sembang
Dari jauh dia mendengar dan memerhati sang manusia matang yang mengaku dewasa. Mereka adalah darah sepelukannya. Mereka adalah tumpangan rahim bersama. Kadang-kala yang singgah di kuping bukanlah hal yang manis-manis, bukan yang enak. Dan apa yang diperlakukan juga bukan hal yang baik-baik.

Pasernya tidaklah semampai itu pada sang kedaluwarsa. Hati tidaklah semapan itu untuk terus ampuh tanpa dirempuh. Kertas sekali renyuk walau digosok tidak akan lagi kembali ke sosok awalnya. Dan kau mahu bicara soal hati, yang lebih rapuh sifatnya dari si kertas. Ya rapuh, maaf dia tidak sekuat kau.


Mengapa harus bercintakan geliga di mulut naga? Padahal kau sendiri memberitahu naga itu menunggu mutiara di dalam gua? Sedangkan yang ada di depan mata tidak kau jaga sebaiknya?

Dari jauh dia mendengar dan memerhati sang manusia dewasa yang mengaku matang. Ada yang tegang. Ada yang regang. Berlaman-laman helaian pun tiada guna, ada orang depannya manis belakangnya memberitahu seribu satu macam perkara. Namun seteru jauh sekali, kerana nyatanya perasaan hormat itu masih berbaki dalam hati.

Penghargaan Top 3 # 1

• Gee Lion • 08:30:00 • 67 Sembang
Entri ni khas buat blogger-blogger yang mengunjungi serta membaca entri-entri dalam Diari Dandelion. Syabas diucapkan, sebab walaupun ayat berbelit-belit macam ular kena sembelit dan kadang-kadang sukar nak hadam macam tekak tersumbat dengan pemadam, masih korang tegar a.k.a tabah nak baca dan tinggalkan komen-komen korang yang sangat berharga tu. Syabas bete. Me inspector sahab bol raha hoon.



Kak Wir antara manusia pertama yang singgah di blog zaman batu saya ni. Kata-kata beliau lebih berunsur kepada personal experience. Bukan senangkan nak jumpa somebody yang open share their experience with us. To Kak Wir, thank you. And I do hope, one fine day you will meet your truly soulmate. Someone you can depend on, your achor, your confidant, your trouper, your tower of strength, someone you can be with Eternally..

Saya ada jawab soalan kak Wir, kat SINI.

+Sobri Yaacob, Saya agak hairan, why do you called me Mr? I'm not a guy, I erm... a pure woman okeh? No Mr Mr.. No no no no.. :p Saya rasalah kan, rasa je la yang En.Sobri ni suka p melancong. Sempena tahun Melawat Malaysia 2014 ni, banyak entri-entri dia pun berunsur pelancongan juga. Kalau nak tahu tempat-tempat menarik kat Malaysia, kot bolehlah hangpa nak gi serang blog dia.

+Akeyla Azmi si blogger yang ceria. Kalau +ikhwan yusuff  baca ni, mesti setuju dengan saya kan? Mempedo'oh lah kalau tak setuju, saya baru je baca blog En.Ikhwan cakap benda yang sama. Jeng jeng jeng. Sori ye cik Qila, tinggal mesej kat cbox jarang kak Gee balas. Ada sebab kenapa cbox tu menyorok kat situ.. sebab kak Gee bukan selalupun cek and layan cbox cbox ni. Apa cbox cbox? Baik aku layan xbox.. mwahahahahah jahat ayat

Kebelakangan ni macam dapat detect aura sedih dalam entri cik Qila. Kenapa ye? Remember.. happiness doesn't depend upon who you are or what you have, it depends solely on what you think. Masa-masa cenggini, mesti kak Gee teringat kat filem 3 Idiots. Baru je main kat Astro Prima petang semalam. Ikut tips Rancho. Letak tangan kat hati, pastu bisik kat diri sendiri.. "Aal izz well". In shaa Allah berhasil. Kot.. Hehehe..

OTHERS LOVED BLOGGER



Adakah kita insan yang terasing? Atau mungkin kita saling mengenali di luar sana, cuma kita tak dapat mengecam satu sama lain? Mungkin Allah tak beri dengan cara yang kita mahu tapi Dia beri apa yang kita perlu. Mediumnya sahaja berbeza.


Entri penghargaan ini telah dirumus bersama Alexa Rank, Google Analytics dan Blog Stats. Ditaja bersama Top Referral Trafic dan Top Commentator. Poyo seh.