Doa

• Gee Lion • 16:13:00 • 39 Sembang
Ada orang yang tak akan pulang ke rumah hari ini.
Ada hati-hati yang sedang berduka.
Ada hati-hati yang sedang berharap.
Ada insan yang doanya tidak akan putus hari ini sehingga selamanya.
Ada kehidupan yang akan berubah, tidak akan sama lagi seperti sebelumnya.

Bantulah mereka.
Doakan mereka.
Hentikan penyebaran berita yang tidak diketahui kesahihannya.
Hentikan melukai mereka.
Kerana yang terlibat tidak mengira agama dan bangsa.


Hentikan fitnah dan humor.
Hentikan semuanya.

Doa adalah senjata umat Islam.
Bukan kata-kata yang tak tahu hujung pangkalnya.

Kun fayakun.
Allah owns everything in this world.
Surely we belong to Allah and to Him shall we return.

8 March, today is the 11th anniversary of my mother's death.
239 is my home address number.
My heart, thoughts and prayers go out to all the passengers, crews and families involved.
#prayforMH370

Wordless Wednesday # 6

• Gee Lion • 08:30:00 • 32 Sembang

UPDATED : 27 September 2014 @ 3.13 am

Gambar di atas dicurik daripada satu babak dalam filem 'After This Our Exile' lakonan Aarok Kwok, sebagai bapa yg bermasalah dgn judi dan hutang kepada seorang anak yg taat dan setia, Goum Ian Iskandar. Filem yg telah memenangi antara anugerah utama dalam 26th Hong Kong Film Awards dan 43rd Golden Horse Awards ini menjadikan lokasi penggambaran di Perak & Kuala Lumpur sebagai lokasi utama dan latar belakang berlakunya peristiwa dalam watak-watak penting di atas.

Tontonlah. Tak rugi. Akuilah, filem cina memang jarang menghampakan kita.

Curiga # 2

• Gee Lion • 08:30:00 • 27 Sembang
Radio yang bermain di telinga aku matikan. Suara DJ membingitkan telinga aku di waktu fikiran aku sudah tidak mampu lagi menghadam lagu yang dimainkannya. Terdorong, aku mengikuti jejak langkah remaja tersebut.

Perlukah aku menegur?
Hish.. Buat apa, bukannya aku kenal dia pun?

Biarkan saja?
Kalau benar apa yang aku fikir, bagaimana?
Apa akan terjadi pada bayi itu?
Ke mana dia akan dibawa?

Bagaimana dengan masa depannya?

Namun, hati kecil aku semakin lurut dan kecut. Aku tak berani untuk bertindak berlebihan yang menyanggah perbuatan manusia seharian. Ya benar, tidak pernah ada manusia akan menegur seseorang yang mereka tidak kenali di laluan pejalan kaki, melainkan untuk bertanya arah. Itukan lumrah?

Lalu, aku biarkan sahaja. Aku tidak perlu ke mesin membeli token. Kad Touch & Go aku keluarkan, sebaik melepasi kaunter, seorang big brader ku kira pekerja di kaunter terbabit bersedia bersama walkie talkienya. Matanya tidak lepas dari memandang remaja terbabit bersama bayi tersebut.

Mulutnya riuh menyampaikan maklumat barangkali.

Aku terus menuju ke eskalator. Sebaik sahaja sampai di pertengahannya, aku terdengar bunyi bising orang berlari-lari. Jeritan seorang lelaki "Hoi, jangan lari!! Kejar dia!!" menggamatkan seketika suasana. Nasib suasana di stesen ketika itu tidak ramai dengan manusia, ku kira hanya beberapa orang sahaja itupun bukan orang Malaysia.

Detik hati ingin menjenguk, apakan daya eskalator sudah sampai ke hujungnya serta pintu LRT dengan megah telah terbuka. Aku lupakan kisah 15 minit yang lalu, dan aku teruskan hari itu.. seperti biasa. Apa yang berlaku? Aku pun tak tahu.
  • Mungkin bayi itu diculik. Dan hendak dijual. Remaja itu cuma pekerja 'transit'.
  • Mungkin remaja itu abang kepada bayi tersebut.
  • Mungkin kerana dia abang, dan mereka hidup miskin maka dia tiada pilihan melainkan membawa bayi tersebut ke mana sahaja. Dan bagi mengelakkan kemungkinan berpisah dengan adik kesayangannya, dia memilih untuk melarikan diri. Kan selalu bayi seusia itu akan diserahkan ke rumah kebajikan masyarakat. Tinggi imaginasi aku
  • Mungkin jeritan "Jangan lari" itu bukan ditujukan kepada remaja lelaki tersebut tetapi pada pencopek jalanan kat situ. Kan kat situ ramai pencopek?
  • Mungkin .. mungkin.. dan mungkin...

Farah, 24 tahun (bukan nama sebenar) menghela nafas panjang setelah selesai bercerita. Dia termenung seketika. Mungkin mencari bait-bait kata yang sesuai sebelum menyambung semula bicaranya. Jelas Farah, sehingga hari ini situasi itu masih bermain di ruangan matanya. Jauh di sudut hati gadis kecil molek itu, sebenarnya dia berasa terkilan kerana dalam keadaan curiga sebegitu, dia harus buat sesuatu. Sekurang-kurangnya, sesuatu. Namun dia bertindak untuk tidak ambil tahu. Apa salahnya mencuba, sekurang-kurangnya jika benar anggapannya, dia mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa?

Kata orang, masyarakat hari ini bertambah parah penyakit sosial dan moralnya. Mungkin ini salah satu penyebabnya. Keengganan seseorang individu itu untuk mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya menyebabkan jenayah mudah sekali berleluasa. Asal institusi masyarakat sebenarnya ditunjangi oleh orang perseorangan yang bersedia berkhidmat dan berpadu di bawah paksi yang sama. Namun andai individu ini berpecah belah, maka bagaimana institusi masyarakat mahu berdiri teguh?

Bukankah sepohon pokok yang subur itu datangnya dari akar yang kuat dan kukuh?

Namun, tak salah juga untuk berfikiran positif. Kata-kata dari +Ai Syah ada benarnya, husnudzon itu lebih baik. Atau bak kata +Sally Samsaiman, lebih baik dengar headphone dan layan diri sendiri daripada judging orang.

Sekian. The End.
Entri sebelumnya : CURIGA # 1

Penghargaan Top Three # 2

• Gee Lion • 20:02:00 • 58 Sembang
Sometimes, the smallest things take up the most room in your heart. - Author of Winnie the Pooh
Entri penghargaan ke-Dua ini khas buat blogger-blogger yang setia mengunjungi serta membaca entri-entri dalam Diari Dandelion.

Bulan Februari ni nampaknya saya lebih berhiatus dari menghasilkan entri. Rupanya cuma ada 10 entri yang saya publish daripada jumlah 28 hari. Ini bermakna 18 hari yang sudah, saya diam menyepi. Maklumlah, tak lama lagi akan menerima kunjungan Auditor dan Tax.. Maka, banyak persiapan perlu dilakukan.

Jadi TOP THREE yang terpilih untuk bulan FEBRUARI ini adalah :
Nurul Hidayah
Mizz Aiza
Asha Hana

Cik +Nurul Hidayah juga adalah antara insan pertama yang sudi singgah ke blog ini. Komennya yang terawal yang boleh dikesan adalah di entri pertama blog ini. Waktu dunia tengah kacau. Cik Nurul menulis diari online, sebab nama blog dia pun "Nurul Hidayah's Diary". Iye ke cik Nurul? Yang saya pasti, saya tak stress baca blog awak.. Hehehe..

Sementara itu di blog favourite saya, blog +Mizz Aiza, ada banyak tips-tips yang dikongsi juga entri motivasi, memang tak rugi kalau korang terjah blog dia. Dan lately, saya dah termiss banyak entri blog Mizz Aiza kerana kesibukan. One of my favourite entry in her blog is Jangan Terlalu Mencintai. Jangan tanya mengapa. Jeng jeng jeng..

Cik +asha hana yang selalu saya ternanti-nanti Poetry dia. Ada makna kat situ. Selepas beberapa lama saya membaca blog dia, saya dapat mengesan ada beberapa persamaan keadaan yang sedang saya dan dia lalui. Itupun kalau saya tak salah. Apa dia tu? Biarlah saya rahsiakan. Boleh cik Hana?

OTHERS LOVED BLOGGER

Ada yang kata, berkawan sekarang kurang kemanusiaannya (quotes from my bos). You blog, yeah you boleh kenal ramai orang. Siapa tu, you tak kenal pun. Puas ke macam tu?

Saya tak peduli hal tu. Bukan sebab saya tak peduli siapa reader blog ni, but kita berblog ada banyak tujuannya. Dan tujuan saya bukan sebab nak ramai kawan blogger. Saya, cerita apa yang saya tak boleh cerita depan kawan sendiri. Saya, cerita apa yang bermain dalam fikiran ni yang susah untuk orang lain hadam. Pada yang memahami dan membaca sekaligus jadi pengunjung setia blog ini atas apa jua alasan, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Ada yang kata, tanpa reader, blog boleh je hidup. Tanpa follower, blog boleh je jalan. Tapi kalau takda faktor pemangkin kedua ni, nak berblog pun terasa sendu. Setuju?


Entri penghargaan ini telah dirumus bersama Alexa Rank, Google Analytics dan Blog Stats. Ditaja bersama Top Referral Trafic dan Top Commentator.