Pembunuh

• Gee Lion • 20:00:00 • 21 Sembang
Agak sekian lama tidak dia coretkan sesuatu di ruangan ini. Mulanya, dia tidak memahami dan tahu puncanya tapi Alhamdulillah, berkat muhasabah diri berbulan lamanya akhirnya dia sedar sesuatu. Sedar sendiri.

Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga dia tidak sempat menceritakan dan menjumpai kata-kata yang tepat untuk meluahkan segalanya. Kau pun tahu, sesuatu yang kita pendamkan terlalu lama bisa menjadi barah dan bersebati dalam tubuh kita. Pada ketika itu, ia sudah memiliki “ruang” tersendiri dalam diri yang mana tak perlu ‘dikeluarkan’ lagi.


Dan itulah yang dia rasa, sehingga laman sesawang ini menjadi benar-benar bersawang. Apakah yang menimpa itu? Entahlah, sukar untuknya menghuraikan satu persatu. Namun apa yang dia tahu, dengan semua yang berlaku dia perlu berbuat‘sesuatu’.

Dia tidak boleh membiarkan rasa itu terus selesa aman bersemadi. Ia perit, ia pahit. Ia menyakitkan, ia melukakan. Ia membantutkan langkah, mematikan perasaan, melumpuhkan fikiran.

Ia membunuh perlahan-lahan..