Abstract

• Gee Lion • 10:07:00 • 7 Sembang
Ada kalanya sesuatu perbualan menjadi seperti wabak yang menular dalam fikiran hingga menganggu pertimbangan baik dan buruk kita kepada orang lain. Ada kalanya banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita bermakna sesuatu, ia menganggu keutamaan mana yang perlu diletakkan di tangga pertama terlebih dahulu. Tapi pada aku kadang-kadang keasyikan itu membuat aku lupa ; terhadap perkara pahit yang menimpa aku satu per satu.

Kita ini banyak sangat rungutannya. Dan aku tak tahu kenapa kita perlu terasa. Mungkin sebab kita tak memakai selipar botol yang dipakai oleh budak kecil yang lain, sehingga berasa terlalu selesa. Atau mungkin kita lupa dalam hujan itu, kadang-kadang ada badai rahsia tersembunyi yang dikirimkan oleh Allah buat kita, kita tak tahu.


Mungkin perkara yang berlaku baru-baru ini muncul kerana ego dan dendam lama yang tersirat di hati. Tiada yang mampu menidakkan unsur abstrak yang kadang-kadang bermakna duri. Bukan semua abstrak itu adalah suci, sedangkan seni pun kadang-kala ada yang mengguris hati.

Kisah yang mengganggu fikiran itu lama-kelamaan menjadi abstrak yang tersembunyi, teori yang tak perlu dizahirkan lagi. Boleh jadi, sebab realiti pengakhirannya, bukan seperti yang kita inginkan.