Wordless Wednesday # 10

• Gee Lion • 17:26:00 • 58 Sembang

Namakan roti ini.

Updated on February 21, 2015 :

Roti ni nama dia Roti Titab.. Rasa dia biasa je, apa yang best sebab ada telur separuh masak kat atas tu & ada kaya tambah di penjuru roti .. Sila cuba. First time makan kat Kelantan (jauh nau kan..). Dah lupe nama restoran tu tapi restoran tu memang cantik dan kerusi dia sikit punya berat! Nak tarik pun kena guna tenaga!

Sekian, tahniah kepada yang berjaya teka..! Seriyesli lima orang je ke tahu?!


Haishhh tengok roti ni tetiba jadi lapar pulak. Mane nak carik roti titab malam-malam macam ni? Jom, buat sendiri!! =)

Ikhlas

• Gee Lion • 08:30:00 • 51 Sembang
Pernah berkata dalam sabda bahawa sifat ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di batuan dalam malam yang kelam. Kita takkan mampu melihatnya melainkan jika diperhalusi betul-betul kanta mata kita. Atau mungkin pada ketika itu, di tangan ini ada lampu suluh bisa diarah cahayanya ke mana jua.

Dalam hidup ini, sifat itu adalah satu mandatori. Tanpanya, apa pun yang kita buat mungkin pahala cuma sekecil biji sawi. Masih ingatkah pada kisah seorang pelacur Yahudi, diberi minum air pada sang anjing yang kehausan sehingga segala dosanya diampuni? Iye, itulah berkat sifat Ikhlas yang tersemat dalam diri.


Kadang kala apa yang kita dapat dalam hidup ini, bukanlah apa yang kita inginkan. Kadang kala kita lupa bahawa Allah turunkan ujian untuk menguji setinggi mananya ikhlasnya kita. Tidakkah terasa begitu canggung pada nilai sebuah doa andai akhirnya rungutan juga yang engkau berikan?

Iya, dengan masa segalanya berkemungkinan. Moga masa itu menyebelahimu, selagi mana daunmu di Luh Mahfuz masih belum ditakdirkan untuk gugur kekeringan.

Mutiara

• Gee Lion • 19:54:00 • 58 Sembang
Perasaan itu kian beralih dari hari ke hari. Dah lama sudah dia menyedari, ada dunia yang lebih besar di luar sana untuk diterokai. Melihat kocakan air itu kadang kala menyedihkan. Bila terkenang bahawa segalanya sudah berubah. Benar orang kata, masa itu penentu, kadang kala mengubah segalanya.

Senang dikatakan bahawa kita mengambil sesaat yang lebih untuk melupakan seseorang, berbanding sesaat yang kurang untuk mengenali siapa dia. Kadang-kadang kita terlupa, perpisahan itu tercipta tatkala adanya pertemuan. Kita tidak bersedia, kita terleka.. Senang berkongsi segala cerita dan rahsia hingga akhirnya kenangan menghantui jiwa.


Sukar sekali dilepas pergi. Detik memejamkan mata adalah detik yang paling kejam, fikiran ini kebuntuan sedang hati sudah banyak kali menyakinkan, ada perkara yang lebih besar daripada semua ini. Sebenarnya, bukan soal memaafkan orang lain itu yang sukar. Tapi memaafkan diri sendiri, itu yang menyesakkan lebih dada ini.

Entah mengapa diri ini masih degil. Masih, mutiara itu ingin berjasa menggilapkan permukaan hati yang kekeringan..

Maafkan Dia

• Gee Lion • 00:03:00 • 71 Sembang
Jemilah merenung bersahaja riak wajah rakannya itu sewaktu mengatur buku. Dia tahu riak itu menandakan rakannya sedang berdepan dengan masalah. Tapi kelakuannya begitu kelam-kabut menambahkan lagi kesesakan di hati Jemilah. Dia mula mengira-ngira untuk bersuara namun dipotong dahulu oleh rakannya.

" Mesti kau dah dengar tentang cerita aku tu kan, Milah?"

Jemilah menarik nafas panjang.

" Aku rasa kau patut bagi peluang kedua pada dia.." Segera ingatan Jemilah terbayang pada wajah kecil molek milik Rania, memang benar Rania melakukan kesilapan tapi sebagai seorang teman yang telah lama berkawan wajar sekali peluang kedua diberikan pada dia.


" Sometimes, there's no second chance Milah. It's now or never! Aku rasa kau pun tahu perihal ini. Kalau dia orang lain takpe lagi, dia kawan aku Milah, sahabat aku yang aku percaya bulat-bulat!"

Agak tinggi nada suara Nabila di situ. Jemilah masih menjawab dengan tenang.

" Semua orang deserve second change Nabila. Kalau bukan kita kawan dia yang bagi dia peluang, siapa lagi? "

Kelihatan Nabila menonjolkan wajah yang kurang puas hati pada reaksi Jemilah. Jemilah mendekati Nabila seraya berkata, " Kita.. Masing-masing insan berdosa Nabila.. Kita masing-masing dah pernah buat dosa. Aku tak berada di tempat kau, jadi aku tak tahu apa yang kau rasa..

Tapi kalau kau nak dosa kau diampunkan, kau mulakanlah dengan memaafkan kesalahan orang lain..
"

Nada tegas Nabila seakan terkesima mendengar bujukan lembut dari Jemilah. Dia kembali merenung buku di tangannya, sedang fikirannya kini menerawang jauh..

Malu

• Gee Lion • 21:00:00 • 41 Sembang
Dia ingin pergi bukannya apa. Dia rasa dirinya sudah tak diperlukan di sini. Dalam suasana yang kacau bilau adakalanya dia lupa dari mana datangnya rezeki yang digenggamnya kini. Dia menjadi manusia alpa, leka dan ingkar pada Tuhannya.

Dia berasa tewas pada mainan perasaan yang bergolak sepanjang masa. Bukannya dia tidak menolak, sudah puas ditepis tapi masih malah bertambah kukuh raungan negatifnya. Masakan tidak, dengan hanya secebis amalan di dada bisakah menongkah hasutan syaitan yang makin galak bermaharajalela?


Dia malu kerana dia gagal melawan sang iblis yang berterusan melakukan serangan. Sedang dia tahu benar selok belok tubuhnya sendiri. Masakan hati sendiri tak dapat ditawan? Mengapa harus dibiarkan ditebak habis-habisan oleh si syaitan?

Biarkan.. waktu terpuruk ini menjadi gelanggang refleksi buat dirinya sendiri.

Google Plus Comment : Keburukan dan Kebaikan

• Gee Lion • 16:11:00 • 33 Sembang
Soalan aku sebelum ini bermula 29 Oktober hingga 7 November 2014 :

Boleh tak kalau saya nak bertukar kepada sistem Google+ Comments selepas ini? Atau bakal melecehkan anda untuk meninggalkan sebarang comments?

Zizie Zack
Tak berapa suka google+ comment sebab ambil masa untuk loading.

Aisya Ahamad
Tak suka sangat google+ comment sebab ambil masa lama untuk muncul.

Yana Yani
Bukan semua ada google+. Tak berapa nak convenience.

Kamsiah
Akak tak afktifkan google+.

Cik Nadyya
Okay je nak guna. Cuma kadang-kadang lambat sikit nak view.

ana mizu
Kittew okay jewwww..

nur as
Comment macam sekarang lagi senang.

Puteri Kasih
Boleh je nak bertukar ke sistem google+

Qaseh Vee
Bila kuota dah habis, sis tak boleh nak komen kat google+

cErolian a.k.a Cero
Kalau tukar comment ke google+, alamatnya aku tak dapat comment sebab akaun google+ aku connect dengan nama lain..

Emme
Janganlah sistem google+. Selesa direct terus masuk komen. Tapi kalau ramai kata OKAY, akak tak kisah.. tetap juga singgah rumah Gee..

Cik Balqis
Google comment tu terpulang. Saya okay je. Takde menyusahkan.

timm bill
Mana-mana pun boleh. Tapi ada jugak yang cakap bermasalah kalau guna.

Nurul Hidayah
Nurul gunakan G+ comments sejak ia diperkenalkan, ada juga yang pernah komplen, tak dapat komen, tak nampak kotak komen, ade juga yang kata slow, dan kotak komen tu hanya untuk yang ade gmail akaun. Blogger PCL (Nazlee.com) dulu beliau menggunakan kotak komen biasa selepas tu kepada kotak biasa dan komen G+(guna dua2 sekali) dan sekarang kembali pada kotak komen biasa.

Scha Nazri
Akak okay je dgn G+ comments. Tapi takut blogger lain susah nak log in.

Terima kasih kepada blogger di atas yang rajin memberikan maklum balas. Kalau ada yang aku terlepas pandang tu, mintak maaplah ye.

Sebenarnya, previous blog aku pakai google+ comment. Apa yang aku boleh cakap, sistem ni memang bagus. Memudahkan kita untuk balas komen blogger lain sebab notification dia sendiri akan pop-up dalam tab. Balas je dalam tu. Tak perlu kita nak masuk dashboard and belek satu-satu.


Malah, ada invidividu yang tidak mempunyai blog tetapi aktif menjadikan google+ sebagai laman facebook nombor dua akan rajin datang singgah baca entri kita. Betul ni, tak tipu..

Kelemahannya; macam yang telah blogger-blogger sebut di atas, lambat loading dan view. Pada aku, setakat ni aku takde masalah loading. Laju je. Belum sempat klik dah keluar *aiceh

So keputusan aku, aku stick je lah dengan yang lama. Sekian. Majulah blogger untuk negara.

p/s: Aku rasa aku kena berhentilah dari curik profile picture korang.. Hohoho.. Sorry ye.. Kbai.

A piece of Love

• Gee Lion • 20:45:00 • 57 Sembang
One of my memorable conversation. Masih aku ingat sehingga ke detik ini. Tak akan dapat aku lupa bagaimana kata-kata ini memberi kesan untuk hari-hari selepasnya. Hari ini, aku menulis ia lagi, dan aku baca ia lagi untuk mengubat hati yang tiada lagi insan mahu memujuknya.

Dan, kisah pun bermula..

Semasa berjumpa dengan Dr.Mel (bukan nama sebenar), aku memberitahu beliau tentang masalahku. Bukanlah suatu masalah besar sangat pun bila difikirkan semula. Cuma mungkin aku berharap dapat mendengar sepatah dua kata daripada seorang profesor jurusan psikologi seperti beliau.

Beliau menceritakan sebuah kisah mengenai seorang senior yang bernama Intan. Dia juga berdepan masalah seperti aku. Selama satu tahun, Intan sangat kusut. Dia tidak ketahuan tentang matlamatnya dan tidak dapat memikirkan langsung mengenai tesis masternya.

Dr. Mel juga cakap, sentiasa ada lelaki yang baik di luar sana yang akan menerima diri kita seadanya. Apabila aku kata yang semua kesalahan adalah di bahuku, di saat itulah Dr.Mel berkata;


That's life.

Everybody make a mistake. For me, it's good to make a mistake in order to teach us a lesson rather than not doing anything.. It's a life experience which will help you getting stronger than you ever know.


So, should I just ignore the past?

No, you have to learn from the past. But never let the past to hold on you. Never let the past to stop you. You know Intan (dan beliau beritahu aku apa yang berlaku pada Intan sekarang..)

Intan become a teacher in Chinese school. She having a tough time to get along with the students. In fact, other teachers said any teacher teaching that subject will run away the next day. But Intan, just don't give up. Because she had experienced the pain, and she knows that she will survive.

You know that you are stronger, when you facing the difficult time and you will pass it just like before. Even when others don't..


Tak ketinggalan, Dr.Mel turut mengatakan bahawa lelaki tersebut memang tidak matang kerana meletakkan semua kesalahan di bahu perempuan.

Dia nak lari macam tu je. My friends told me about the same thing, but I believe that our story should not be end like this.

Dan akhirnya Dr.Mel memberitahuku suatu hari nanti apabila masa semakin meninggalkan kita dan apa yang kita lalui hari ini jauh berlalu, aku akan sedar bahawa ini cuma satu cabaran untuk membuat aku lebih kuat dari apa yang aku tahu.

Begitu juga Intan, dia kata I will always have to think positive..

-END-

“I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together.” ― Marilyn Monroe

Jawapan : Tangan

• Gee Lion • 10:00:00 • 58 Sembang
Tak seorang pun di antara kita layak hidup dan mati sendirian. Tak seorang pun di antara kita harus berduka mahupun menangis sendiri. Ataupun tertawa sendiri atau bergembira sendiri.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari orang lain. Kita dilahirkan mengharungi hidup ini untuk saling bergandingan tangan. Akan ada seseorang yang hari ini siap sedia berjabat dan mengenggam tanganmu. Dan ada juga seseorang yang sedang berharap kau menggenggam tangannya..


Lagi pula, bukankah lumrah hidup bahawa kita akan saling memerlukan dan saling bergantungan antara satu sama lain?

p/s : Tapi haram kalau berpegangan tangan antara yang bukan muhrim ye.
Ingat [read:versi upin & ipin] !!

Untuk pandangan berkaitan entri Wordless Wednesday 9 sebelum ini, saya memilih komen di bawah untuk tatapan anda semua :-

apa yang saya nampak dengan gambar di atas,
kalau antara suami isteri, berpegangan tangan pun dapat pahala ^^,
kalau antara anak dengan ibu or ayah, terasa macam diri dilindungi selalu ^^,
kalau antara kawan, terasa macam ada seorang yang betul2 memahami kita ^^,

+Amy J - 11:13 PM, OCTOBER 29, 2014

Jangan khuatir andai jari yang digenggam terlerai juga akhirnya. Hilangnya sesuatu bermakna Allah nak beri sesuatu yang lebih baik. Namun jika tiada penggantinya sekalipun, ingatlah bahawa dunia ini bukan kekal selamanya. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik Allah telah sediakan untuk kita di sana.. Yakinlah pada Dia.

Sekian, selamat hari Sabtu!