Apa yang aku faham tentang mimpi? Pada aku mimpi adalah suatu simbolik terhadap apa yang kau rasa, yang cuba kau sembunyikan bukan saja dari pengetahuan orang di sekeliling kau tapi juga dari diri kau sendiri. Penafian terhadap kenyataan. Ia juga simbolik terhadap apa yang kau hadapi dalam hidup ini. Pernah ada seseorang yang bermimpi sesat di dalam belukar dalam mencari jalan pulang, realitinya dia berdepan dengan situasi yang memerlukan dia membuat pilihan dan dia masih belum mampu membuat pilihan tersebut.
Apapun yang kau mimpikan mungkin sebenarnya minda separa sedar kau cuba nak memberitahu apa yang sebenarnya bermain dalam lubuk fikiran kau selama ini. Kau mungkin boleh lari dan menafikan selama mana, tapi hakikatnya hanya diri kau saja yang tahu dan yang itu; yang itulah; yang muncul dalam mimpi kau tiap hari.
Selamat malam dan semoga bermimpi yang indah-indah saja malam ini.
38 comments:
kalau terlalu memikirkan sesuatu akan terbawa ke alam mimpi..kdg2 mimpi bgai drama pula..
betul tu kak. mcm masa saya sebelum nak ambil result spm tu, selalu sgt mimpi pasal results. btw hiiiii~ lama tak bw sini :D
selamat bermimpi semua.hahaha
http://kucenmaster.blogspot.com/
setujuu . mimpi kdang2 lebih indah dari realiti
"Penafian terhadap kenyataan"
Setuju sangat dengan ayat ni, inilah apa yang saya selalu rasa selama ini tentang definisi Mimpi...
btw, terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog saya, salam perkenalan :)
Betul tu. Kadang-kadang mimpi ni tak bawa maksud apa pun. Pernah je saya mimpi pasal Power Rangers baru-baru ni. Walhal dah lama tak tengok dan tak fikir pasal Power Rangers. Tetiba je mimpi. hehe.
Semuanya daripada Allah..dengan izinNya..mimpi itu daripada Allah untuk kita hamba yang melalui kehidupan yang warna warni..
Nice one :) datang balas kunjungan . thanks awak sebab sudi jenguk and comment dkt blog ain ;)
betul. ada yang kata syirik. ada yang memang percaya. xtahulah nak kata apa.. saya pernah baca kalau kita mmpi jmpa hantu, mksudnya kita ada buat salah dekat orang tapi kita x mengaku. hehe. xtahulah betul ke idok.
btw, lupa nak cakap aritu. saya SUKA SANGAT template kak gee yang ni. hehehe... nampak lembut dan selesa mata memandang... fireworks tu bukan main :P
Tapi pusing mana sekalipun, mimpi hanyalah sekadar mimpi, tak lebih dari itu...kan?
mimpi kekadang petanda cik gee.. Aikkk nak kawin dah k???? hihihihih *lari topik!
betul tu.. hmmm
Semoga selalu mendapat mimpi2 indah...best apa..hihi
kadang2, boleh pulak tu mimpi bersambung-sambung.. betul2 gangguan setan tu.. ahakss
somehow, ada connected. ^_^
yups, dah lama tak nampak cik mazni kat sini.
kak gee pon dah lama tak menjenguk cik mazni kat sane.
inshaAllah, akan membalas kunjungan kejap lagi.
huhu
selamat bermimpi kucen. huhu
yups, somehow people want to be in a dream because dream can give them what they want; something that they can't get in reality.. that's why dreams are better than reality since we want it that way.
Well, it seems like we see eye to eye about this. Thank you!
Salam perkenalan!
Tak sangka pulak boleh mimpi tentang Power Rangers. Rare tu.. Macam nak pancing pergi panggung je tapi filem tu keluar tahun 2017 kot?! Ahakss..
Itu kenangan masa kanak2 terlepas nak keluar sekejap. Huhu
Sudah tentu.. semuanya berlaku atas keizinan Dia juga.. ^_^
Takde hal awak.. thanks sudi datang sini.. InshaAllah akan ke sane lagi. ^__^
mimpi jumpa hantu, itu tandanya dia tido tak cuci kaki. main hentam je balik umah terus sorong bantal.. heee tak senonoh betul. huhu (perangai budak2 kita dulu lah.. ahaks..)
mengikut ajian saintifik yg kak gee pernah bace, mimpi buruk (hantu ke accident ke ape ke) ade kaitan dgn level glukosa dlm darah. I'm not sure about the details, maybe cik amy berminat nak gali lebih lanjut? kak gee maleh.. ahakss..
ops.. tenkiu cik amy. inilah hasilnya bila malas blogwalking. kita main2 dgn coding blog maka terhasillah.. taraaaa.... (tak tahulah yg ni berapa lama pulak akan pakai.. huhu) fireworks tu nak action lebih je. hehe... ^_^
if you want to see it that way.. ^_^
mungkin petanda. mungkin tiada sebarang makna.
yups.. hihihihihihihi..............
memikir nampaknyer... hurm...
Tau xpe.. ahaks..
hihihihihih... Tahniah ya!! Saya doakan yg terbaik untuk cik Gee... :D
byk juga mimpi sis yg jadi hint ... selebihnya mainan tidur .
Terima kasih encik Ikhwan! Hihi!
*blushing2*
Ada sixth sense ni.. Hihi =D
Suka mimpi yang indah2 je... :)
Memang itu yg diharapkan setiap insan setiap kali melelapkan mata.. termasuk saya.. Hehe..
suka mimpi 'dejavu' ;-)
maksudnya? suatu perkara yg kita alami rasa seperti pernah dialami dalam mimpi kan?
CT pun rasa sebenarnya mimpi ada kaitan dengan keadaan feeling n perasaan kita kan..
terbawa2 smpai mimpi.. itula gambaran feeling kita.. betoi dak..
betoi jugak lagu tu.. semuanya connected.. =)
betul tu! kadang tu benda yang kita terlalu fikirkan
akan pastinya muncul dalam mimpi
masa mengandungkan aisy dulu kerap sangat mimpi tak elok
bangun tidur, menangis aje kejanya! sampai suami akak kata, mimpi lagilah tu =)
orang pregnant ni dengar citer 'emosinya' lain macam sikit.. entahlah, orang citer.. hanya kak yana & orang2 yg mengalaminya saja yg tahu.. tu yg terbawak2 sampai jadi mimpi yg tak elok. huhu
Post a Comment