Zodiak

Ini penangan cik Amy dari entri beliau di SINI. Dengan harapan tidak akan dicop sebagai syirik atau jahil #justsaying# aku pun dengan rajin mengoogle apa yang diperkatakan pula tentang zodiak aku, Sagitarius. Diingatkan awal-awal ye, kau nak baca? Boleh. Ada yang sama? Kebetulan. Tak sama? Bagus. Nak percaya? Terpulang. Tapi jangan sampai taksub sampai semua perkara kau nak hubungkan dengan zodiak. Itu berdosa namanya ye tuan-tuan dan puan-puan.



Credit
Update on May 2, 2015

Well, that explains a lot.

Perkaitan self-esteem dengan kegemaran mengkaji bintang kelahiran pernah aku pelajari masa zaman U dulu. Tapi itu cerita dekat lima tahun lepas kot. Aku pun dah tak ingat. But for sure, memang ada kaitan. Apa, maknanya aku ni low self-esteem kah? Haha.. Hanya aku je tahu jawapannya. Yang aku tahu, somehow dulu masa baca benda-benda semua ni dapat membantu aku dalam menggoreng kelebihan dan kelemahan diri dalam interview. Ini pula cerita dua tahun lepas. Nak dijadikan cerita, aku dah tak menghadiri sebarang temuduga kerja kerana trauma. Biarlah hati ini pulih dulu, kan kan kan.

Enjoy? Apa pula kata zodiak anda?

38 comments:

Amelia said...

hehehehe... adakah itu satu pujian ataupun kritikan? :P

betul. saje nak tengok boleh, jangan sampai terbawa-bawa. "weyh, aku tengok dalam Libra, dia kata orang Libra romantik..so aku confirm la romantik" ha, janganlah sampai terikut macam tu kan. romantik tu ikut each person la.. kalau dia geek sangat macam Sheldon Cooper, even bintang Libra pun, x semestinya sama fiil. hahahaha.. perumpaan sahaja.

oo, kak Gee Saggitarius rupanya. hehe. saya pun selalu procrastinate. aiyark, macam sekarang ni -.- wah, akak memang straightforward eh orangnya? saya x reti, kalau saya nak cakap, saya kritik dia dalam gelak tawa. xnak bagi dia terasa hati sangat.

Fidah Shah said...

Zodiak akak Taurus...tp belum baca lagi tentangnya...hehe
Semoga hatinya cepat2 pulih..stay strong girl :)

CD said...

well, benda2 mcm ni, tak boleh percaya. bila kena kat diri sendiri tu, like, "hahahaha. pandai dia teka". camtu jela .. hehehe

paridah said...

dulu2 selalu juga telek apakata zodiak ni...la ni no more.

Kakzakie Purvit said...

Dulu zaman belajar memang sedikit sebanyak suka benar membandingkan kriteria yg diperkatakan pada zodiac diri sendiri tapi bila dah tua ni kakak dah tak ambil pusing dan selalu menganggap tak ada kena-mengena...

Inani Hazwani said...

nak baca boleh kan tapi kalau taksub betul dnegan benda tu hmm haruu betullah. hikss :D

Kira Sakura said...

kalau masa saya sekolah dulu macam percaya je dengan zodiak ni huuuu zaman otak tak matang lagi. semua benda pun nak percaya =.=

Gee Lion said...

Itu satu pujian sebenarnya.. Huhu. Ayat kedua tu lebih kepada orang yg suka tuduh kita sebarangan tanpa hujah yg jelas. Wah gitu.. Macam yg cik amy dok cerita dalam entri cik amy tu.

Memang tak semestinya sama dgn personaliti kita. Sebab siapa kita pada hari ini lebih banyak dipengaruhi oleh pengalaman hidup dan persekitaran kita membesar. Pada yg sama itu, mungkin hanya kebetulan saja.. ^_^

Procastinate tu kak gee tak sure. But definitely I will try my best and give full comitment once terlibat dgn benda tu. Lagi satu kan cik amy pasal straightforwad tu, tak sure la betul ke idok ke. Takkanlah kita nak straightforward dgn orang kita tak kenal kan? Hak3.. Tentang kepercayaan, sekali dikhianati; itu dah cukup bagi kak gee. No more you and me after this. Explains a lot kan? Hak3..

Gee Lion said...

InshaAllah kak Fidah.. Thanks ya!

Gee Lion said...

Untuk suka2 boleh la kan cik zizie, tapi nak percaya 100% tu itu yg kita bimbang boleh jatuh syirik tu.. Haihhh.. seram teman.. Huhu

Gee Lion said...

Ha'ah.. dah lama tak belek. Sekarang ni je gatal tangan nak google menggoogle. Huhu

Gee Lion said...

Itulah yg sebaiknya kan kak zakie.. Huhu

Gee Lion said...

Itu lah.. nak baca suka-suka.. pastu gelak-gelak.. and then rasa 'Eh betullah, ada kena dgn aku.. Huahahaha' Betul, boleh. Tapi jangan sampai taksub. Itu betul haru biru..

Gee Lion said...

Hahaa.. samalah dulu-dulu percaya. Belasan tahun umur dulu. Sekarang baca gelak2 je.. ^_^

Sya said...

saya libra tapi tak nak baca zodiak-zodiak ni. Bukan je x bagus dri sisi Islam tp dia macam nak suruh kita jadi apa, buat apa, kena kahwin dengan sapa ahaha.


boleh dikatakan saya seorang rebellious. ahaha

Unknown said...

saya libra . dacing sbg lambang yg dikatakan blh seimbang . tapi klu dah berat sebelah , mujur lalu melintang patah ... patah hati . uhuk uhuk ...

Izzati Amira said...

saggi... sama macam adik kita.. nanti nak buat jugak lahhh.. heheh

PERMATABIRU said...

zodiak..hmm rindu zaman sek dulu2...
*new follower here :)

Cik Misstree said...

Sekarang meramal tidak hanya melihat zodiak malah bertambah advance merujuk kepada tapak tangan, tarikh lahir, bulan kelahiran (kalendar masihi dan hijrah), jenis kumpulan darah, warna yang diminati, kedudukan urutan anak dalam keluarga, tahun kelahiran menurut kalendar Cina, batu akik yang sesuai dengan zodiak dsb. Masa sekolah dulu2 apabila baca ramalan zodiak dalam surat khabar terasa macam pelik saja. Dalam rasa macam pelik, saya nak juga tahu jenis zodiak saya :)

Gee Lion said...

Kak Gee tak fikir itu zodiak, itu lebih kepada tilikan dan ramalan masa depan. Zodiak yg diperkatakan di sini lebih kepada your own attitude, or sifat kita yg ada kena mengena dgn bulan kelahiran. Which is somehow quite enjoyable to know; and sometimes, adorable.. hehehe.

Gee Lion said...

Eh eh, orang Libra memang suka main blog ye? Ahakss..
Takut tau dgn lambang dacing2 ni, maklumlah dacing yg ada sekarang ni pon macam berat sebelah. Dan hampir patah pon. Harap2 dacing CM kekal seimbang la ye.. Huhu

Gee Lion said...

And your zodiac is? ^_^

Gee Lion said...

Apa ke jadahnya batu akik tu cik misstree? Advance ni.
Masa sekolah dulu, wahhh teruja nak tahu.. Kepala tak matang. Nasib baiklah sekarang dah matang. Aiceh. Haha.. ^_^

First time ke datang sini? If so, thanks ya singgah sini! Have a blessed day!

Gee Lion said...

Kan.. last main ni pon masa belajar dulu..
Makin dewasa, makin realistik dgn keadaan semasa.

Thanks ye PB. Have a blessed day! ^_^

Farah said...

Saya Aries. Sekejap lagi saya baca pasal Aries dekat website tu.

Amelia said...

ramai ke orang Libra yang kak Gee kenal tu. hehe... nak tahu juga sape lagi..

Amelia said...

ha, inilah yang saya maksudkan sebenarnya. ada orang konfius zodiac dengan horoskop. yang komen dekat atas tu adalah horoskop. itu ramalan masa depan. tapi yang ni zodiac, based on our characteristic. itu menurut kajian, memang most of us ada fiil sama.

kan dah cakap, ada je yang x faham..

Amelia said...

yep, really explains a lot. hehehe...

saya setuju dengan apa kak Gee kata. kita dipengaruhi dengan pengalaman hidup. saya defend zodiac ni sebab dia banyak sama dengan saya. saya Libra. serious banyak. ada yang cakap x percaya, well, let me observe her for a little while. i'm a good observer. kalau memang sama, memang saya hentam dia habis-habisan.. hahaha. jahat tak..

Gee Lion said...

Hai Cik Farah, I've found something for Aries from that website.
It says Aries is the best partner in crime. Tu dia kalau omputeh punya zodiac. Huhu

Gee Lion said...

Ramai tak ramai.. Cik Amy lah salah seorang dari mereka tu.. Ahakss..

Gee Lion said...

actually, basically benda ni simple je.
dah sama nak buat macam mana kan?
bukan nak taksub ke ape.. dah betul, dah buat macam mane?
aiyarkkkkkk..
hentam main2 takpe.. kalau serius, kesian kawan tu.. tak pasal2 je kena..
huhu

Gee Lion said...

takpe.. itulah gunanya perkongsian artikel begini. dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengetahuan.
bak omputeh cakap; sharing is caring.. hohoho..
sekarang mungkin dah ada yg faham perbezaan dua ni jadi inshaAllah ye, di masa akan datang takkan keliru lagi dah, kan kan kan.. ^_^

Farrah MF said...

Ohh, Gee ni si Sagittarius sebenarnya :)
Betul. Akak suka baca mengenai zodiac just for fun and utk kenal karakter orang secara kasar. But I don't read horoscopes. Betul apa yang Amy discussed dlm entrinya, ada segelintir yang tak tahu horoscopes dan zodiac tu ada bezanya. In all, siapa kita bergantung pada diri sendiri dan cara pembentukan kita.

Gee Lion said...

Yups, saya Sagit the Rose. Hehehehe..
Setuju 100% with your point and cik Amy's point.
Since in the end, hanya kita yg tahu siapa diri kita.

dear anies said...

errr...zodiak leo kata sy ni baik sangatttt hahahahah

Gee Lion said...

alhamdulillah.. hihihi.. ^_^

Yana Yani said...

akak pun baca juga just for fun
samalah macam kita baca personaliti melalui bulan kelahiran kan
in the end diri kita yang menentukan apa kita nak jadi
anyway akak taurus =)
kamu punya sama dengan afif n aisy =)

Gee Lion said...

Patutlah saya suka tengok mereka. Sama zodiak rupanya.
Hihihihi!