Kalau kita semua akan mati, apa maknanya kita hidup?

Ada sesiapa pernah bertanya soalan ni pada diri sendiri? Dulu masa aku kanak-kanak riang ria ribena, pernah aku tanya soalan ni pada abah aku. Haihh orang tua, kau tanya soalan pelik-pelik; dibodoh dan digelaknya engko. Abah aku.. Huhuhu T_T

Meningkat dewasa, aku jumpa jawapan sendiri yang abah aku tak beri. Mungkin dengan apa yang kita lalui membentuk persepsi kita terhadap kehidupan. Kenapa soalan ini boleh muncul dulu? Waktu tersebut, aku rasa hidup aku tak bermakna. Takde apa yang seronok, dua ronok, tiga ronok beronok-ronok langsung dalam hidup aku. Lantas aku jadi terfikir, "Kenapalah aku hidup atas muka bumi ni, sat sat kang kojol juga."


Dihantui dengan rasa prejudis pada kisah silam dan kekaburan hidup di masa depan, aku lupa untuk menghargai apa yang telah sedia aku punyai. Hanya kerana kita tak menjumpa makna kehidupan yang kita inginkan, tak bermakna kita tak boleh nak enjoy dengan apa yang sudah kita ada. Dek kerana kesedaran itu belum datang pada waktu tersebut, maka muncullah soalan seperti yang di atas. Bila aku mula tertanya-tanya, aku bertemu dengan satu soalan yang menjadi jawapan kepada pertanyaan aku.

"If you're going to run out of cake to eat, what's the purpose of eating cake?"

Tujuannya adalah untuk MENIKMATI rasa makanan tersebut. Adakah ketika dihidang dengan makanan terbabit, kita akan menolak dan berkata,

"Takpelah, terima kasih. Makanan ini tak cukup untuk dimakan untuk selamanya, jadi tak perlulah dimakan langsung.."

Tentulah tidak, kan? Kita melantak juga. Sebab kita tahu, makanan tersebut akan habis juga justeru kita ingin menikmati rasanya. Sama juga dengan kehidupan. Kita tidak boleh menolak kehidupan hanya kerana adanya kematian selepas itu. Sudah tentu kita akan menikmati kehidupan dengan sebaik mungkin, sama seperti kita menikmati rasa makanan tersebut. Tujuan kita hidup adalah untuk menikmati dan menjadikan kehidupan ini sebaik mungkin, mungkin tidak cukup baik untuk kita sehingga kita mati tapi mungkin ada baiknya bagi orang lain. Ia bukan mengenai destinasi kita, tapi perjalanan kehidupan itu sendiri. It's not a race to get to a destination. It's a competition to enjoy the plane ride.


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat. [Surah Al-Mulk : Ayat 2]

30 comments:

dear anies said...

mati itu permulaan hidup yg lebih azali ;-)

Nieyla Nadia said...

Singgah petang....
klu kita masih kecil..akal kita tidak pernah berfikir akan perkataan MATI..
Kita enjoy dgn setiap saat zaman kanak²..zaman persekolahan..
Bila kita sudah mampu berfikir perkataan MATI,HIDUP..
Maka..di situlah kita akan berfikir apa maknanya kehidupan sebelum n selepas mati :)

Kakzakie Purvit said...

Itulah indahnya setiap yg Allah jadikan. Siap dijadikan kita dgn sempurna segala anggota termasuk otak yg mana duduknya akal kita. Sebab itu kadang bila melihat seseorang bertindak diluar jangkaan akan dikatakan 'tak ada otak' hakikatnya bukan tak ada otak tapi tak pandai berfikir atau tak berakal.

The race is not always goes to the swift but to those who keep on running.. kakak teringat arnab dgn kura-kura pulak hihi...

Ain Athirah said...

Hehe waktu kecik2 semua benda pelik2 tnya ^^ .

Jejari Menaip said...

betol tu puan gee... Tujuan kita hidup untuk merasai kenikmatan dan mengerjakan kebajikan untuk hidup kita dan orang sekeliling kita... dulu time kecik takde plak terfikir benda ni tahu nak enjoy dan main2 je..tapi klau kena mrh dgn mak ayah ad pulak tefikir "baik aku mati je". Sbbnya time tu kita blm kenal makna sebnr mati itu sendiri... apa2 pun berusaha untuk menjadikan hidup kita lebih baik.... Kematian itu pasti.. :D

PeRdU cINta said...

Bersyukur kerana dihidupkan..dan kita dihidupkan kerana selepas kematian ada kagi satu kehidupan yang berpanjangan..hidupnya kita ketika ini..untuk membina kenikmatan hidup selepas kematian..

Unknown said...

hidup adalah untuk kita menikmati kehidupan serta mencari bekalan untuk di bawa ke sana nanti ...

Gee Lion said...

Yezza, like the Smashing Pumpkins said, "The end is the beginning is the end.."

Gee Lion said...

Entahlah camne, somehow saya terfikir. Mungkin kerana kematian yg berlaku menjengah kehidupan saya lebih awal.

Gee Lion said...

tau takpe.. tahap curiosity tu tinggi melangit.. =D

Gee Lion said...

boleh pula fikir macam tu bila kena marah ye. lagi seram.. nasib baik Allah tak makbulkan doa tu. HAK3.. ye benar, kematian itu pasti. pengisian dlm hidup adalah lebih penting utk kehidupan yg abadi selepas mati..

Gee Lion said...

yezza, saya suka penyataan PC.. :)

Gee Lion said...

benar tu CM =)

Gee Lion said...

http://a195.phobos.apple.com/us/r1000/075/Purple/v4/cf/18/2e/cf182ef4-ed9b-146a-69ce-fda516860b37/mza_2338202503910362951.1024x1024-65.jpg

menggamit kenangan tak gambar di atas? HAK3..

Zafirah Jamaludin said...

entry ini tiba-tiba mengingatkan perbualan antara saya dan member saya dulu masa kat asrama
saya : wei kau lepas buang air besar tutupla penutup mangkuk tandas tu !
dia : buat apa nak tutup, bila orang nak guna nanti dia bukak jugak
saya :.................

Gee Lion said...

hampeh punya member.. hak3..

Jejari Menaip said...

hihihihih...seram tak seram itu je ayat yg tetiba teringat...hiihihihih belajar dari mana pon xthu... :D

SalbiahM said...

so true..hidup ni kadang-kadang buat kita pening dan penat..tapi sebenarnya tu peluang untuk buat apa yang kita enjoy dan spend time dengan orang-orang tersayang

Yana Yani said...

akak ni semenjak kebelakangan ni pun asyik dok pikir pasal mati
takut betul dok teringat tak banyak bawa bekalan nak p sana
anyway, agi idup agi ngelaban =)

Farrah MF said...

Setuju! The main point is 'to treasure' the moment, the life,..

Amelia said...

hahahaa. setuju sangat sangat! kita pun dah diberitahu kenapa kita hidup di dunia ni. sebab kita kena beribadah kepada ALLAh banyak-banyak. ini sementara untuk kita pandai menilai mana lebih berkuasa, ALLAh ataupun syaitan.

Gee Lion said...

Biasalah jiwa muda, kuat memberontak pendek pula akalnya.. Kak Gee dulu pun macam tu juga. Belajar dari mana? Pengaruh TV punya pasallah. HAK3..

Gee Lion said...

PELUANG. Tepat penggunaan perkataan tu. I loike it ^_^

Gee Lion said...

It's okay kak Yana. Mengingati mati merupakan galakan Rasulullah s.a.w. kepada kita, selain mendapat pahala dari Allah swt. InshaAllah ia akan membakar lebih semangat kita utk menghasilkan yg terbaik dlm hidup ini. ^_^

Gee Lion said...

kan kan ^_^
but still, somehow we miss the point.

Gee Lion said...

Teringat pula pada sepotong ayat, "Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu.." Google-google rupanya dari surah Adzdzariyat ayat 56 ^_^

Kan? Dah sebut jelas-jelas di situ.. ^_^

Unknown said...

hidup untuk mati ;')
terima kasih kak gee. suka dengan entry ini.

Siti Yang Menaip said...

mendalam entry ni Kak Gee.. CT pun rasa mcm tngh question diri sendiri balik.. ttb rasa.. apalah matlamat aku sbenarnya.. huurm.. suka analogi kek.. we
know that kalo makan makin habis.. so wut is the purpose of makan that cake..

moga kita sentiasa dalam rahmat-Nya..

Gee Lion said...

You are most welcome cik Budak ^_^

Gee Lion said...

aamiin..
inshaAllah, moga cik CT berjumpa dgn dgn jawapan kpd question cik CT tu.. ^_^