Maksud

• Gee Lion • 21:02:00 • 38 Sembang
Kadang-kadang mimpi bukannya kita boleh percaya sangat. Mimpi yang teruk, rupanya maksudnya baik. Mimpi yang baik, rupanya maksudnya teruk. Itupun jika boleh dipakai maksud mimpi tersebut. Ada yang kata mimpi cuma mainan tidur, tiada apa-apa maksud di sebaliknya. Cuma kita sebagai manusia, suka nak tahu. Walaupun kadang-kala perasaan ingin tahu itu boleh membawa kepada perbuatan syirik.

Apa yang aku faham tentang mimpi? Pada aku mimpi adalah suatu simbolik terhadap apa yang kau rasa, yang cuba kau sembunyikan bukan saja dari pengetahuan orang di sekeliling kau tapi juga dari diri kau sendiri. Penafian terhadap kenyataan. Ia juga simbolik terhadap apa yang kau hadapi dalam hidup ini. Pernah ada seseorang yang bermimpi sesat di dalam belukar dalam mencari jalan pulang, realitinya dia berdepan dengan situasi yang memerlukan dia membuat pilihan dan dia masih belum mampu membuat pilihan tersebut.


Apapun yang kau mimpikan mungkin sebenarnya minda separa sedar kau cuba nak memberitahu apa yang sebenarnya bermain dalam lubuk fikiran kau selama ini. Kau mungkin boleh lari dan menafikan selama mana, tapi hakikatnya hanya diri kau saja yang tahu dan yang itu; yang itulah; yang muncul dalam mimpi kau tiap hari.

Selamat malam dan semoga bermimpi yang indah-indah saja malam ini.

Zodiak

• Gee Lion • 21:50:00 • 38 Sembang
Ini penangan cik Amy dari entri beliau di SINI. Dengan harapan tidak akan dicop sebagai syirik atau jahil #justsaying# aku pun dengan rajin mengoogle apa yang diperkatakan pula tentang zodiak aku, Sagitarius. Diingatkan awal-awal ye, kau nak baca? Boleh. Ada yang sama? Kebetulan. Tak sama? Bagus. Nak percaya? Terpulang. Tapi jangan sampai taksub sampai semua perkara kau nak hubungkan dengan zodiak. Itu berdosa namanya ye tuan-tuan dan puan-puan.



Credit
Update on May 2, 2015

Well, that explains a lot.

Perkaitan self-esteem dengan kegemaran mengkaji bintang kelahiran pernah aku pelajari masa zaman U dulu. Tapi itu cerita dekat lima tahun lepas kot. Aku pun dah tak ingat. But for sure, memang ada kaitan. Apa, maknanya aku ni low self-esteem kah? Haha.. Hanya aku je tahu jawapannya. Yang aku tahu, somehow dulu masa baca benda-benda semua ni dapat membantu aku dalam menggoreng kelebihan dan kelemahan diri dalam interview. Ini pula cerita dua tahun lepas. Nak dijadikan cerita, aku dah tak menghadiri sebarang temuduga kerja kerana trauma. Biarlah hati ini pulih dulu, kan kan kan.

Enjoy? Apa pula kata zodiak anda?

Wordless Wednesday #13 & Earth Day Quiz 2015!

• Gee Lion • 13:06:00 • 18 Sembang

Copyright by Google. For more information, click here.

Do not forget to join the Earth Day Quiz of 2015! Here's my result! Cheers!

Ye ke?

Korang semua pula macam mana?

^_^

Jebat

• Gee Lion • 15:30:00 • 38 Sembang
Ini Jebat. Anak kepada kakak saya nombor dua. Hensem tak dia?


Sebulan yang lepas, dia telah menerima kehadiran adik baru dalam hidup dia.. Tuah. Cuba tengok wajah mereka sehari selepas dilahirkan, lebih kurang kan? Cuma Jebat ni putih, Tuah sedikit gelap.


Dulu hari-hari hobi Jebat sepak bola, pantang nampak je terus sepak. Dia gigih nak jalan dulu pun sebab nak sepak bola, sebab maybe tak feel kot sepak bola sambil merangkak.. eh? Tapi sekarang, Jebat dah terlebih pandai ngajuk mak dia. Pe'el si Jebat ni bila nampak mak dia menyusukan Tuah, dia akan ambil anak patung (curi dari sepupu dia yang berusia 10 tahun sampai kakak tu merajuk sebab anak patung kena curi) dan mula meniru gaya ibunya.


Walaupun kadang-kadang perangai dia berjaya menganoyyingkan aku; sikit sikit "Ibu! Ottomen!" "Ibu, makan!" "Ibu, tidur!" semua ibu dialah, sampai nak mandi apa bagai semua nak dengan ibu dia. Kesian mak dia, dahlah tak berapa sihat.. huhu.. but after all, teletah dia mewarnai corak hidup kami yang dilanda hitam air tsunami.

Hehehe.. Jebat oh Jebat!

"Children have never been very good at listening to their elders, but they have never failed to imitate them." - James A. Baldwin

Trimas!

• Gee Lion • 21:47:00 • 24 Sembang
Aku rasa benda ni menarik untuk dikongsikan. Kalau ada duit lebih, try tikam kat kedai nombor. Kena tak agak-agak? Macam tak je kan sebab tak cukup korum... Hehehe.. Apa salahnya cuba kombinasi 111222 or 222111 or 212121 or 121212?

Giler desperate.. Nok harommm...


Apapun, trimas pada pemilik nombor 111; Kak Noor dan pemilik nombor 222; Cik Siti. Thanks sudi datang + follow sini, walaupun tuan blog lip lap lip lap macam lampu raya dan kejap ada kejap takde macam biskut chipsmore!

TRIMAS!

Kaku

• Gee Lion • 20:51:00 • 28 Sembang
Sebolehnya, dia ingin lari dari semua pandangan orang di luar sana. Membina sangkar hanya untuk dia seorang berada di dalamnya. Damn. Manusia terlalu cepat mengadili. Dan dia pula terlalu cepat beremosi.

Sebolehnya, dia ingin lari dari semua pergaulan orang di luar sana. Membina istana hanya untuk dia seorang berada di dalamnya. Damn. Manusia tidak akan pernah puas. Akan diasak, diasak, malah diasak lagi, bertubi-tubi, 'mengapa semua ini terjadi?' Dan dia terlalu cepat menyerah diri.


Sebolehnya, dia ingin menjelaskan keadaan kepada semua orang. Membina talian hayat hanya untuk dia seorang berbicara mengenainya. Damn. Manusia terlalu cepat berprasangka. Alasan mahupun dolak-dalik adalah kerelevanan yang bertapak di hati mereka, menidakkan penjelasan yang lebih kukuh, jelas dan nyata.

Dan dia, masih teguh kaku di sini.

Jawapan : Lagu

• Gee Lion • 22:00:00 • 33 Sembang



Lagu di atas dipetik dari drama Korea bertajuk A Love To Kill. Memang sedihlah layan cerita dia. Both hero & heroin mati. Apakah kebongokan ini? Menyesal tengok!! Dengar instrumental ni pun dah rasa something dalam hati kan..




Aku rasa instrumental ni macam menyeru-nyeru semangat yang dah hilang agar pulih kembali =) Lagu instrumental ini dari OST drama Perfect Match. Siapa yang minat Lee Min Ho mesti tahu drama ni kan? Aku layanzzz je asalkan plot cerita menarik dan kebaboomm.. Eh Lee Min Ho sekarang dah ada awek kan? How sweet! ^_^

Aku agak suka ada effect raindrop dalam lagu instrumental. It's adding sentimental value; merely because I love the rain and it smells.. People say if we remembered a person when the rain falls, it means that the person also remembered us. Just saying..

Harap dah menjawab soalan ye Miss xyz. Trimas singgah sini dan selamat berkenalan!

Wordless Wednesday # 12

• Gee Lion • 09:30:00 • 42 Sembang

Cukup

• Gee Lion • 22:00:00 • 22 Sembang
When it's time for me to walk away from something, I walk away from it. My mind, my body, my conscience tell me that enough is enough. - Jerry West


Tiada kata-kata yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan aku kali ini. Lega? Far beyond.

Semua orang akan berdepan dengan satu situasi turning point dalam hidup. Hurm, yang akan menyebabkan dia terharus memilih antara dua, mungkin tiga, mungkin lima.

Apa pun pilihan yang aku buat, aku masih didorong oleh rasa setia untuk berpegang pada prinsip yang selama ini membentuk siapa aku hingga ke hari ini. Mungkin tidak bagus dan tak cukup bagus untuk semua orang, mungkin juga tidak cukup bagus untuk diri aku sendiri tapi selama mana hasilnya mampu mendatangkan ketenangan pada diri ini, aku takkan keberatan melakukannya.

Dan ketenangan pada diri bukanlah bermakna melakukan apa saja yang mewajarkannya sehingga membuatkan orang lain berasa hati, dan kita pula bahagia kerana kesakitannya. Ketenangan itu hanya akan bisa diperoleh apabila diri kita sendiri mencuba mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan pada diri orang lain.

Segenap penjuru bermula bulan September tahun lepas, aku tersedar diri ini berada dalam situasi yang tidak diingini namun masih mampu memejam mata hati, untuk berbohong seketika pada diri bahawa permasalahan ini tidak bererti. Hanyalah sebuah batu loncatan untuk mengasah lebih bakat dan peluang untuk membaiki diri.

Tetapi bulan ke bulan sehingga beranjak tahun, aku sedari situasi masih lebih kurang sama bahkan tekanannya semakin bertambah. Aku rasa harus aku minta maaf pada diri sendiri kerana rupanya tidak secekal seperti dianggapi, namun rasa ini tidak menipu. Aku masih dalam ruang yang kaku, yang menghalang aku dari menzahirkan apa yang ada dalam kalbu.

Selepas berada dalam situasi yang sudah tidak mampu aku kira dengan jari keberadaannya, aku telah menjumpai tiga soalan yang membantu aku mengenal pasti bahawa; apa yang sudah cukup, maka ia cukup sudah.

1) Apakah tindakan mereka seringkali kontra dengan perkataan?
2) Adakah aku seringkali memberikan alasan pada mereka, untuk diri sendiri atau untuk orang lain?
3) Adakah mereka sentiasa membalik-balikkan situasi, seolah tindakan mereka adalah disebabkan kesilapan orang lain/aku?


Jika inilah yang dikatakan cabaran dalam hidup, sungguh aku kehilangan kata-kata untuk menceritakannya. Mungkin apa yang diperlukan hanyalah untuk memaafkan diri sendiri, juga memaafkan orang lain supaya aku boleh hidup tenang dan senang. Hidup ini masih panjang, rasa aku ini bukanlah destinasi cuma sebahagian daripada perjalanan menuju destinasi yang lebih abadi.

Orang-orang yang aku jumpai inilah yang akan mengajar aku erti kepercayaan dan pendirian dalam hidup justeru aku bersyukur, lebih daripada apa yang mereka dapat bayangkan. Dulu mungkin dalam hati ini ada sekelumit rasa kecewa dan gundah, tapi sekarang aku telah lepaskan semua. Benar orang kata, kemaafan itu adalah anugerah dendam yang terindah.

Meniti hari-hari yang berlalu sendiri membuatkan aku memperoleh senyuman ikhlas yang selama ini hilang dalam kemunafikan yang nyata. Aku bersyukur jika inilah pengakhiran bagiku, kerana aku percaya bagi tiap-tiap perkara yang berakhir, pasti akan ada perkara baru yang bermula. Untuk episod baru ini, biarlah ia terlakar dengan penuh riang dan gembira. Cukuplah apa yang berlaku itu berlalu dan menjadi sebahagian panduan dalam hidupku.