Apa yang ditakutkan?

• Gee Lion • 08:30:00 • 45 Sembang
FEAR is the question. What are you afraid of and WHY?

Stanza | Ocehan

• Gee Lion • 08:30:00 • 29 Sembang
Dia taknak tahu apa yang kau fikir. Bukan setiap yang kau fikir membawa kebaikan padanya. Dia cuma mahukan kehidupan dia semula. Hidup yang ada warna ada cerianya. Yang kau rampas sebaik kau menghuni di balik timbunan belukar yang orang sangkakan rimbunan emas.

Masih kau nak bergelak ketawa? Untuk apa? Untuk menutup perasaan bersalah yang mula merebak dalam jiwa? Kau nak lari dari kenyataan tapi kau tak boleh lari dari hari perhitungan. Waktu itu, masih bisakah kau berikan senyuman?


Dia tidak berikan alasan. Tidak juga dia akan berikan jawapan. Ruang ocehan itu telah disungkup sejak kau menghina dia. Jadi, dia mahukan otak yang berada di sebalik kepala kau itu berfungsi sepenuhnya mencerna satu-satu perbuatan dan kejadian. Waktu itu baru kau tahu apa rasanya sengsara. Itulah harga bagi satu keamanan yang telah kau cacatkan!

Wordless Wednesday #15

• Gee Lion • 12:00:00 • 27 Sembang

Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik

• Gee Lion • 00:03:00 • 15 Sembang
Entri Original di SINI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini merupakan hari (9 June 2015) Penubuhan Google Community buat Blogahbar. Nama Community ini adalah Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik.

Tujuan asal saya membuat community di Google+ adalah untuk menyusun semula entry / posting saya yang berkaitan SEO, Teknik Pengurusan Kewangan dan beberapa-beberapa ilmu yang lain bagi tujuan memudahkan rakan blogger yang baru menceburi dunia blogger untuk mendapatkan informasi dengan mudah.

Selain itu, community ini juga dibuat untuk rakan blogger lain untuk ping entry / post anda didalam community ini. Terdapat 10 category yang telah saya buat antaranya Discussion, SEO, Healthy, Advertisment dan lain-lain.

Jadi jika anda mempunyai cerita / ilmu / teknik / pendapat yang anda ingin kongsi dan luahkan anda dialu-alukan untuk join communities ini..

Syarat Segmen ini :
  1. Buat Tajuk Entri : "Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik"
  2. Join Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik
  3. Tinggalkan url anda di ruang komen di entri asal segmen ini. Hehehe..

Tarikh Tutup 31 OGOS 2015 @ sehingga 500 orang yang join Communities

Hadiah :
  1. Ilmu yang saya dan rakan-rakan blogger kongsikan di dalam communities
  2. 10x Review blog ( keputusan berdasarkan content blog & fikiran admin sendiri)






Dah lama gila rasanya tak join sebarang Segmen! Jom support brader AH!

Pindah rumah

• Gee Lion • 08:30:00 • 35 Sembang
Minggu ni dengan minggu lepas sibuk mengemas barang-barang di rumah lama. Satu rumah di barat, satu rumah di timur. Nasib baik aku dah jadi penganggur terhormat jadi level stress dia kurang di situ #lookthebrightside

Semuanya sebab, nak pindah ke rumah baru. Jeng jeng jeng. Tak sabar nak menyambut Ramadhan kat tempat baru. Harapan aku agar aku boleh staylah lama-lama kat situ malas dah nak pindah-pindah. Zaman bujang bolehlah nak hidup nomad sekarang dah kahwin barang makin banyak, aku harap aku takkan pindah dah. Malas nak ngangkut.

Harap-harap juga rumah baru aku tu tak 'keras'. Sekali ada benda lain tumpang sekaki. Haru. Minta dijauhkan. Doa-doakanlah ye. InshaAllah, semuanya akan baik-baik saja. #pujukhati

Nah, belanja sekeping gambor.

Jebat memang sengaja mengurungkan diri dia kat situ.
Ni gambar in progress. Baju bertimbun dari zaman belajar dan bercampur baur dengan baju adik-beradik lain. Baju aku sikit je, tapi tuan empunya baju dalam tu semua dah angkat kaki pas kahwin dan buat-buat lupa keberadaan barangan dorang kat rumah ni. So, kirim salam je lah aku nak simpan. Dah tiba masanya untuk diberikan kepada generasi seterusnya dan didermakan.

Lambakan baju yang menggelikan pandangan. Walaupun masih elok tapi disebabkan kekurangan beg, maka ke plastik sampahlah kau.
Ikutkan hati, dah malas aku nak ambil tahu or kemas barang-barang diorang ni. Tapi kasihan pula pada kakak aku. Paksa relalah aku ke rumahnya. Huhu.

Sekian, adios.

Orang tak suka kita?

• Gee Lion • 08:30:00 • 49 Sembang
Korang kesah? Mungkin jugakan, bergantung pada siapakah empunya diri yang tak suka kita. Kawan, ipar duai, atau jiran sebelah yang menjoyah bawah pokok pelam tiap-tiap petang tu? Sampai kita mula menelek baju sendiri, apa yang tak kena dengan aku ni? Baju aku koyak ke? Lusuh ke? Tak cantik ke? Sehingga sanggup berhabis untuk memborong baju yang cantik lagi mewah.

Mungkin itulah yang berlaku apabila kita terlalu mementingkan apa yang orang lain fikir tentang kita. Lebih parah, kita menukarkan diri kita menjadi pembodek dan pengampu sebab berusaha mendapatkan perhatian, pujian dan penerimaan orang lain. Ini sebenarnya agenda Illuminati menandakan yang kita sebenarnya ragu-ragu terhadap diri sendiri dan kita mahukan maklum balas yang positif untuk menghapuskan SEMUA perkara negatif yang kita fikir tentang diri kita.

Jordan Bates mengutarakan kesan akibat daripada terlalu mahu menjadi apa yang orang lain fikirkan kita harus jadi. Bila kita cuba untuk memadam kritikan atau maklum balas negatif, kita sebenarnya menghapuskan banyak alternatif dan pilihan untuk kita jalani hidup dengan cara kita sendiri. Kita memilih untuk menjadi hamba kepada apa yang orang LAIN percaya.

Orang luar akan selalu mengadili kita, itu memang kerja juri-juri masyarakat yang takde kerja. Perlu ke kita kisah dengan apa yang mereka fikir? Tak, tak perlu pun. Orang macam ni yang suka-suka nak letak garis pengukur atas diri kita tidak sepatutnya mendapat perhatian apatah lagi mendapat tempat dalam hati kita sampai kita runsing fikir macam mana nak puaskan hati mereka. They'll judge based on the level of their own life so remember this measurement talk a lot about them, nothing about you.

Ingat juga, setiap kali korang rasa nak buat something so that people will get impress, just think about these idols. Teresa, Gandhi etc. They have nothing to offer except for their passion and empathy towards people. Semua ini buat orang lebih kagum dan hormat pada mereka. So trust youself to impress people by who you are, not by what you have.


Sebenarnya bila korang dapat terima hakikat bahawa tak semua orang suka apa yang korang buat dan cara korang, korang akan dapat kelebihan macam kat bawah ini.
  1. Korang bebas menjadi diri sendiri.
  2. Korang ada power untuk mengatakan NO or YES
  3. Korang akan merasa lebih selesa untuk explore perasaan korang sendiri.
  4. Korang bebas mengutarakan pendapat sendiri.
  5. Korang mungkin dapat memberi inspirasi kepada seseorang yang selalu menjadi mangsa buli orang lain.
  6. Ia juga mengajar korang untuk menjadi lebih empati terhadap orang lain dan takkan menjangkakan sesuatu sebagai ganjaran.
  7. Korang dapat menggunakan masa dengan bijak. Kenapa? Orang yang suka bodek-bodek spend their time mostly to make people like 'em. They lost themself and their precious time in between.
  8. Tanpa sedar, semua kelebihan di atas adalah ramuan untuk kejayaan. One day you will be successful and the person who disliked you? They can kiss your ass.
Okay mulai sekarang jangan risau-risau dah orang tak suka kat kita. Redha manusia memang susah dicari, carilah redha Allah di situ anda jumpa kebahagiaannya.

Adios.


It's okay', you know? It's okay to be you. It's okay to just not be okay. It's okay to not be okay.
- Kristen Stewart

Bahana

• Gee Lion • 08:30:00 • 21 Sembang
Firasatnya pada siang, siang terlalu mencemburui dia bersama malam. Siang enggan mengizinkannya nyenyak dipeluk dalam dingin gelita kelam. Begitu juga malam pada siang. Firasatnya, malam enggan melihat dirinya bebas bercanda bersama terang sinar kesiangan.

Dia buntu. Dia merindui nyenyaknya dengkuran di sisi seperti dulu.
Heningnya malam bisa membawahnya ke lembah kelenaan.
Namun cemburunya siang membuatkan dia terus kesendirian dalam waktu yang sunyi lagi sepi.
Titis air bening mulai berjatuhan, hatinya berlagu irama kepiluan.
Selama mana harus dia tanggungi, malam enggan mendakapnya lagi?


Dia lantas terhenti, mencuba menafsir waktu sebenar dirinya dalam dunia manusia. Bekati herba telah ditelan mengubat jiwa yang tidak mengenal erti cahaya, namun masih dia gagal kesudahannya. Kini riwayatnya hanya berkumandang dalam bayangan. Tidak lagi dia peduli akan definisi masa, yang dia tahu bila tiba masanya mata ini akan tertutup jua. Pergilah siang, pergilah malam, pergilah semuanya..

May | Active Commentators

• Gee Lion • 08:30:00 • 50 Sembang
Apa bezanya Best, Top dan Active Commentator? Secara mudahnya, aku cuba memberi penghargaan dengan cara paling adil buat korang semua yang singgah ke mari. Best Commentators adalah buat korang yang meninggalkan komen yang bernas dan menarik di post aku. Top Commentator adalah blogger yang mempunyai jumlah komen terbanyak dalam bulan tersebut. Manakala Active Commentators adalah seperti apa yang korang lihat di bawah.


Yana YaniAniesFarrah MFFidah ShahAna
Qaseh VeeParidah IshakIkhwan YusuffAmy JEka Tikah

Terima kasih kepada korang di atas. Memang awesome! Walaupun blog ini berbunyi cengkerik dan kadang-kadang labah-labah datang join sekali, masih juga korang datang nak tolong sapu sawang ye? HUHU. Sebahagian nama di atas aku dah masukkan dalam bloglist May Glory. Jom serbu blog mereka.

Masa yang korang sumbangkan untuk singgah di blog ini amat-amat aku hargai. Terima kasih kepada semua pembaca, baik yang bersuara atau pun tidak (silent reader). Bak kata Vince AF1, "Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah.." Ungkapan keramat ni lagi?

Adios homeza. Ya ee maka ci na wakasalu ot deh!

p/s: Tuan belog bercuti dari BW. Maaf tak dapat membalas kunjungan balas dalam tiga hari ni..

Review Blog | Yana Yani

• Gee Lion • 08:30:00 • 34 Sembang
I love writing so much! I summarize what I see from visualization and converted it into my own words. Basically, I write about everything, especially on what happen around my little world!
- Yana Yani

Yana Yani merupakan antara pengomen awal yang muncul di blog ni. Nama beliau mulai terpapar di blog ini bermula entri saya yang berjudul Blog. Sejak dari itu, saya kerap membalas kunjungan beliau dan antara faktor mengapa kekerapan tersebut masih berlangsung sehingga sekarang adalah kerana YY adalah seorang blogger yang ramah. Beliau rajin membalas komen yang ditinggalkan di entri beliau.

Ini yang saya puji pada sesetengah blogger, untuk mencari waktu meluangkan masa berkomunikasi dengan blogger lain yang telah meluangkan masa meninggalkan jejak di blognya. Walaupun kadang-kadang ia tidak dapat dilakukan dan tak semua boleh buat begitu kerana kekangan masa, termasuk saya.

Cuba perhatikan setiap kali tibanya waktu sembahyang Jumaat. Warga lelaki seperti Bangladesh dan Pakistan adalah antara manusia yang berebut ke masjid pada waktu itu. Sanggup berjalan kaki walau jaraknya agak jauh dari rumah kita. Perhatikan pula warga lelaki Melayu, beragama Islam dan rakyat Malaysia. Apa mereka buat pada waktu itu?

- Salah satu entri yang berjaya mencuri tumpuan saya "Mereka dipandang hina oleh manusia lain."

YY giat berkongsi mengenai petua, resipi dan pandangan mengenai kehidupan, namun apa yang paling menarik minat saya untuk terus hinggap di blog YY adalah untuk membaca kemaskini kehidupan beliau bersama anak-anak tercinta, Afif dan Aisyah. Jangan salah faham, saya bukan stalker ye kak Yana. HEHE. Sebab utamanya adalah setiap entri yang dihasilkan beliau mempunyai lesson to share and sometimes as I can sort it, kind of nasihat ibu kepada anak. Ada saja teletah mereka, dan yang terbaru bagaimana YY menggalakkan Afif untuk cuba menghasilkan sesuatu berdasarkan kreativiti sendiri buat hadiah sempena hari lahir papa mereka. I should apply this when I have my own children. Tak gitu? Hehe.

Saya menyukai bagaimana beliau menggunakan hobi berblog dan dalam masa yang sama memberi pembaca kesedaran bagaimana caranya mendidik anak-anak. It's not about being a perfect mother but whatever good to share is something worth to share, isn't it? ^_^ Dan tidak dinafikan juga, gaya bahasa yang simple dan terpelihara ejaan katanya membuatkan mata saya senang tertancap pada blog YY setiap kali berkunjung ke blog beliau. Bukan mudah kita nak jumpa seorang blogger yang mengambil cakna hal sebegini dalam blognya kan. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk turut berhati-hati dalam memilih kosa kata dan sebolehnya akan cuba mengelakkan dari berbahasa semborono. Bak kata orang, Bahasa Jiwa Bangsa. Thumbs up YY!!

Buat semua yang membaca dan pada yang mengenali YY pasti tahu tentang keadaan YY terkini. Saya rasa ini adalah medium yang sesuai untuk mengajak anda semua bersama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kak Yana. Semoga beliau dianugerahi dengan nikmat kesihatan bersama keluarga tercinta dan dapat meluangkan lebih masa bersama insan dan blog kesayangannya. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِه وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain. Aamiin.

Terima kasih kak Yana kerana tanpa jemu sudi datang jejak ke blog saya. Tahniah menjadi Top Commentator of May, pantas betul! Tiba-tiba saja terpacul nama dia. HAHA. Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu blog YY!

Diari Seorang Mama | Google Plus

Her Best Quotes :
Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini? Senang aje. Kenalilah dulu seseorang itu sebelum kita jump to a conclusion. Pandangan setiap orang pada orang yang lain adalah berbeza. Janganlah kita sengaja menjadi bangang dengan menilai sesebuah buku hanya berdasarkan kulit luaran yang bukan mencerminkan isi kandungan sebenar sesebuah cerita.
- Yana Yani @ 9 Mac 2015