Aku Sebuah Jam

• Gee Lion • 09:10:00 • 26 Sembang
Pada yg sudah membaca entri Mawar aku yang lepas tentu menyedari bahawa artikel yang terhasil bukanlah dari air tangan aku. Tetapi dipetik dari sebuah blog dan aku kongsikan di sini agar mendapat manfaat kita bersama. Sekarang, aku ingin kongsikan satu lagi cerita yang berkait dengan WW#17 kelmarin. Sumber : Jam oh Jam

Al kisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

"Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"

"Apa?" Kata jam terperanjat "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" Tanya si pembuat jam lagi.

"86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" Jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" Cadang si pembuat jam.

"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" Tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam.

"Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"

"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" Kata jam dengan penuh semangat.

Maka setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh; dia telah berdetik tanpa henti. Itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Moral :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Bagaimana? Masih ragu-ragu dengan kemampuan anda?

  1. Betul tu kadang kita ragu2 tabpa mencuba dahulu

    ReplyDelete
  2. buat sedikit tetapi istiqamah x la rsa berat dan lumayan hasilnya..gitu la gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat juga tu mas. masih dlm konteksnya. ^_^

      Delete
  3. nice! haih.... rasa macam dusyum dusyum kat diri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik rasa macam dusyum dusyum..
      kalau rasa macam kena bom?
      hehe :p

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian yang menarik ni =)

    ReplyDelete
  5. Malaysia boleh kan Gee .. teringat ex boss chinese lady.. dia pesan jgn beri dia jam sebagai hadiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengapakah dia berpesan macam tu kak mar? jeng jeng jeng..

      Delete
    2. Most chinese tak suka dihadiahkan jam. Kepercayaan mereka kalau dapat hadiah jam pendek umur. Itulah apa yang kawan chinese Mrs. A bagitau.

      Delete
    3. oh mai.. patutlah.. ingatkan hadiah ideal gitu supaya menghargai masa.. :p

      Delete
  6. teringat karangan zaman sekolah dulu-dulu hii..betul tu .kadang2 kita terasa kerja tu berat tapi sebenarnya tak seberat mana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kan zaman skool dulu.
      aku sebuah jam.
      aku sebuah kereta.
      aku sebatang pen.
      hahaha..
      zaman sekarang ni, ada lagi ke tajuk karangan macam tu? ke lagi advance?
      aku sebuah iPhone.
      aku sebuah Macbook.
      ^_^

      Delete
  7. sebelum buat memang kadang rasa susah, even kadang tengah buat pun rasa susah.. tapi, senang nya bila dah siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya hanya semudah memetik jari. itulah orang tua pesan.
      alah bisa tegal biasa.. (:

      Delete
  8. Ikhlas menghargai masa, maka kita akan seronok. Walaupun... kadangkala masa yang kita rasa tu ada tu tak pernah cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ia adalah suatu perkara yg menyeronokkan, memang takkan rasa cukup masa. tapi kalau ia sesuatu yg sukar, terasa begitu lamanya masa nak berlalu. lazimnya, begitulah kan.. huhu.. dan saya sedang mengalaminya sekarang. :'(

      Delete
  9. salam dear...sory sis nak follow tapi tak lepas crash. tak pasti kenapa.

    kalau sis dari dulu amalkan sikap, mesti boleh...mesti boleh buat walau apa kerja pun kita kena buat. InshaaAllah Allah SWT tolong kita n dipermudahkan sahaja sesuatu kerja untuk kita lakukan lepas tu. Positif dulu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, memang blogger banyak buat hal kebelakangan ni. dah penat nak oter. malas dah. huhu..

      Aku adalah seperti mana yg hambaKu fikirkan. kataNya. mungkin sebab tu kalau kita fikir Allah akan tolong kita, memang betul jadi mudah kerja.

      terima kasih cik shiela atas perkongsian ^_^

      Delete
  10. Pejam celik, tau-tau kita dah lepas dari susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sedar-sedar je zaman susah payah dah berlalu.. dulu takut nak SPM sekarang tup2 dah masuk U pun. dah kahwin takut pulak susah hidup, tup2 dah tua pun.. hehe..

      Delete
  11. Kadang-kadang sikap ragu-ragu tu yang menghalang kita mengorak langkah lebih jauh. Takut tak mampu. Tapi belum cuba, belum tahukan. Kadang-kadang nampak macam mustahil sangat tapi bila kita dah lalui separuh jalan, eh okey aje sebenarnya. Masih dalam kemampuan!

    ReplyDelete
  12. Masa berlalu sgt pantas tak smpt nak tgok jammm hahah

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...