Nama

Aku sedang duduk bersama anakku di bawah pokok itu ketika satu nama yang tidak asing berkumandang di telinga. Nama itu mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang tidak pernah bergelar sahabat namun tidak pernah akan aku lupakan. Tak aku sangka, budak lelaki yang bermain di tepiku rupanya mempunyai nama yang sama dengan dia. Panggilan nama itu seakan menampar seketika ingatanku yang tidak semena-mena sebenarnya sedang teringat padanya.


Angin berbisik dan berlalu seperti mana perginya masa silamku. Awan berarak mendung seakan mengerti perasaanku yang suram. Meskipun riuh ombak membadai gigi pantai tetap saja seakan sunyi tatkala memori itu mendakap fikiran.

Keadaan hari ini tentu akan jauh lebih berbeza seandainya aku katakan YA kepada dia, suatu ketika dulu.

Dulu.

34 comments:

Julia Johari said...

Woww...adakah nama itu mengingatkan kepada secret admire?

Terus julia teringat kepada seseorang yang julia sangat sukai zaman sekolah...bukan sahabat dan juga bukan kawan...tapi ku tenung dari jauh...mcm cinta monyet hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

kenangan.

MisDiarios said...

hummmmmm siapakah gerangannya

Mummydearie said...

Ahah, siapalah tu agaknya ya ^_^ Mesti namanya pernah terpahat di hati suatu ketika dulu. Kalau difikir-fikirkan masa lalu, memang banyak perkara yang tak mungkin berlaku kalau kita memilih jalan ini, bukan jalan yang itu!

Shikin Razali said...

Nice sharing sis.. =)

Unknown said...

Its deep Gee. Very deep. Sebab kadang, aku pernah terganggu dengan kisah silam.

arzmoha said...

wah untung kalau ada nama sama....tapi lelaki tu siapa?

Noor Maizan said...

Pasti ada hikmahnya Tuhan tidak benarkan kesemua memori kita menjadi kenyataan hari ini. Kerana ada perkara, lebih indah dikenang sebagai masa lalu.

Kayu Manis said...

Assalamualaikum
Sdpppp bahasa..

Jejari Menaip said...


Walaupun tak tahu apa yg berlaku..
moga si Hati tu akan terus bertabah kak gee... InshaaAllah yg baik2 sahaja muncul. :)

Tunsha Ayunie said...

Perjalanan cerita, persis kisah seorang aku. Mungkin cerita yang agak beza. Hikmah atas semua yang terjadi :)

Gee Lion said...

Hahaha.. agak-agaknya?
Biarlah rahsia.. >,<

Gedik tul nak rahsia2 kan.. Hihihi..

Gee Lion said...

semestinya..
dalam ingatan utk disimpan..

Gee Lion said...

tak pernah bergelar sahabat pun..

Gee Lion said...

Tapi better lah dengan jalan yang begini. Tiada yg dikesali..
Iye, hampir terpahat tapi tak jadi.
Berpantun pula di pagi hariiii.. Hiiii..

Gee Lion said...

Thanks Shikin ^_^

Gee Lion said...

Pasti akan ada yg terganggu.
Konsepnya, jangan biarkan ia menganggu hingga menjejaskan diri kita sekarang.
We cannot change the past but we can learnt something from it.. ^_^

Gee Lion said...

Lelaki ini yang selalu mencintaaaaamu. Selalu, tanpa ragu.
Lelaki ini yang selalu memujaaaaa. Hanya diiiirimu.
Yang bertakhta dalam sanubariku...

Sanubariku.... Hooooooooo....

Sila sambung Arz... Mwahahaha >,<

Gee Lion said...

Saya setuju 100% Noor Maizan.
Sebab itulah saya terkenang..

Gee Lion said...

Waalaikumussalam.
Terima kasih KM!
>,<

Gee Lion said...

Takpe.. kak Gee dah lama terima & redha.. :)

Gee Lion said...

Diharapkan kita menyulam kesudahan cerita yg serupa.
Terima dan redha. Walaupun tak semua tapi separuh jiwa pun bisa.

Humaira said...

Dulu.ok habis dh cerita!Just let it go.

Farrah MF said...

Kadang2 hanya dengan satu nama, boleh buat jiwa dan ketenangan kita berkocak,..

OKje said...

Wahhhhh ...terkenang pakwe lama ek hihi....
Barang yg lama jangan dikenang Gee....kalau dikenang terbayang bayang kang hihi...

Sha Mohamed said...

Tak bergelar sahabat namun memberi impak dalam hidup..
Itulah kenangan..

Gee Lion said...

Tak mungkin kerana sayang,
Hanya kadang kala daku terkenang.. :)

Gee Lion said...

Betul.. :)

Gee Lion said...

Betul tu Farrah :')

Gee Lion said...

Bukan.. bukan pakwe.. Tidak sama sekali. Haha..
Itulah pasal.
Tereksiden terkenang pulak..
Hehehe.. >,<

Amelia said...

alamak, nak komen lebih pun xtau apa nama tu dah buat dengan kak Gee sampai sekarang tak dapat lupa

Gee Lion said...

dia tak pernah buat apa-apa pun.
kak gee pon sama.. (:

irdagarmin said...

suka penulisan gee...ya gee.irda seperti boleh menjiwainya....ada sesuatu yg buat kita hampir sama..setiap kali ada nama...setiap kali itu kenangan mengimbau...dn kadang2 istighfar panjang..aduhai hati

Gee Lion said...

Hanya apabila kita pernah berada dlm bot yang sama maka kita dapat rasa gelombangnya bagaimana.. Itulah yg berlaku pada kita berdua, kan Irda?

Terima kasih kerana menyukai penulisan kami tapi kami akui, kala musibah dan tekanan datang melanda diri, kami dah tak mampu nak menulis dgn baik tak seperti sebelum ini (kalau Irda perasan, entri bergenre seperti di atas lebih banyak pada awal-awal blog ni dibuka tapi sekarang dah jarang..)

Entahlah apa yg hilang dari jiwa ini...