Ragu

Setiap hari dia menantikan hidup akan berjalan seperti dia harapkan. Agar Tuhan mendengar permohonannya. Tanpa putus asa, harapan itu selalu menemaninya. Menjadi sahabat baiknya di waktu tiada siapa pun sudi memahami perasaannya. Harapan itulah yang menjadi suara hikmah berbisik di hatinya; bahawa dia mampu melaluinya. Dia boleh mengharunginya.

Semangatnya belum pernah hilang, seperti mana penuhnya dakwat hitam melakari kisah hidupnya. Tapi, berbaloikah harapan itu disandarkan jika tangan sendiri liat disingsing menongkah takdir?


Mungkin harapan itu sengaja diwujudkan kerana dia mula meragui kesungguhan dirinya sendiri. Kesungguhan untuk meninggalkan bekas-bekas dakwat yang sudah mulai kering tanpa mampu diubah dan dipinda. Kesungguhan untuk mengangkat pena menulis kisah baru hidupnya. Kesungguhan melihat kertas berukir dakwat itu terbang melayang membawa seribu satu abjad bersamanya.

Keraguan itu langsung menjadi dakwat mengisi pena untuk dicatit bersama helaian kertas baru. Ketika itu, akankah ragu bakal menggantikan harapan sebagai teman paling setia?

45 comments:

Sha Mohamed said...

Keraguan.. setiap kita memilikinya.. Namun apa yang telah tercatat tak kan mampu dipadam..
Hanya yang mampu kita cuba memperbaiki bagi meneruskan catatan yang baru..

nuyui a.k.a miss YUI said...

mndlm mksdnya ni.

Kakzakie Purvit said...

Hidupnya setiap insan tak dapat lari dari rasa ragu
Tapi tidak salah utk cuba mengelaknya semampu boleh

paridah said...

ISI LEMBARAN KEHIDUPAN DGN CATATAN YG MERIANGKAN..HIDUPKAN SEBENTAR SAJA...

Kamsiah yusoff said...

jangan dilayan perasaan ragu2 kerana itu kerja syaitan yg mahu menyesatkan manusia...ikutkan kata hati..kerana hati tak pernah membohongi..

Julia Johari said...

Tapi, berbaloikah harapan itu disandarkan jika tangan sendiri liat disingsing menongkah takdir?

Terus terpanah di dada...ya Allah (sebak) benar belaka...

Mrs. A said...

Kita kenalah percaya kepada kebolehan diri sendiri In Sha Allah pasti boleh menghalau rasa ragu tu.
Contohnya cer tengok Nick Vujicic tu dilahirkan cacat tanpa kaki dan tangan tapi boleh pulak dia berenang.

Wani Sukarno said...

Wh penulisan yang penuh tersirat dan tersurat ..

Unknown said...

Kenapa aku tak boleh nak hadam ini Gee? 😢

Jejari Menaip said...

ragu itu perlu dibuang jauh. Padam segala dakwat keraguan, berpasak dengan lembaran yang baru. dekad dan azam.

*Eh tetibanya rasa kena dengan hidup sy yg sekarang. hurmm

cEro said...

Sebab itu aku kurang berminat dengan harapan.
Sebab selalunya berakhir tidak seperti yang diharapkan.

Humaira said...

nak nangis rsa tskk..tskk.tskk.

MisDiarios said...

nice words. love to read it!tetibe rse mcm touching. hee
follow sini #156 follow back and keep in touch yo :D

Mummydearie said...

Seronok membacanya. Untungnya kalau kreatif menulis begini ^_^

Gee Lion said...

Mungkin itu yg dia ragui. Ragu yang dia mampu memperbaikinya.

Gee Lion said...

tak lah.. >,<

Gee Lion said...

rasanya itulah yang dia mampu buat sekarang.

Gee Lion said...

betul tu kak PI ^_^

Gee Lion said...

inshaAllah kak Kamsiah.
nanti akan diingatkan pada dia >,<

Gee Lion said...

Awak di dalam situasi yg sama?
:')

Gee Lion said...

InshaAllah boleh.. biasalah kadang berperang dengan perasaan, membutakan penilaian :')

arzmoha said...

jangan ragu-ragu...tetapi adakalanya perlu ada keraguan juga faham tak ? :p

arzmoha said...

gee memang minat menulis?

Gee Lion said...

idok la tersirat sangat.. tersurat ye.. hehe >,<

Gee Lion said...

sebab kau tak 'makan' lagi.. >,<

Gee Lion said...

kadang-kadang penulisan itu juga suatu refleksi >,<

Gee Lion said...

Harapan itu yg selalu menguatkan impian.
Takde harapan, takde impian.
Mungkin di sini, perkataan 'jangkaan' lebih sesuai digunakan.

Gee Lion said...

why why why??

Gee Lion said...

Terima kasih bebanyak misDiarios.
inshaAllah will always keep in touch.
^_^
ps : jangan tetacing.. hik3.

Gee Lion said...

terima kasih Mummy.
alhamdulillah >,<

Jejari Menaip said...

betul2 sangat2 tu kak gee.. bayangan untuk diri.. T_T

Kayu Manis said...

Sedihhhnye
Mendlmmm dn knor ngakkk gerti ...samasekali

Tunsha Ayunie said...

Deep :') I feel it..

Gee Lion said...

tak faham... T_T

iye, saya memang minat menulis & blogging.
kalau tak menulis, buat saya rasa macam something wrong somewhere.
tapi tak semestinya hasil penulisan saya published kat blog.
some of it saya simpan, tunggu masa dan tempat yg sesuai utk dikeluarkan.
^_^

Gee Lion said...

Emangnya nggak apa-apa dong.
Senyum sajork.. ^_^

Gee Lion said...

Jika terkesan di sanubari, barangkali ada kena mengena dalam hidup saudari.. :')

Humaira said...

felt gmbr tuh..hahaha

Farrah MF said...

Keraguan memang tidak akan pernag pergi,...tapi jangan biarkan keraguan itu menguasai diri :)

Sha Mohamed said...

Keraguan tidak harus dibiarkan bersarang kerana ia akan mengejar umpama bayang-bayang..

Gee Lion said...

InshaAllah Farrah :')

Gee Lion said...

InshaAllah Sha, dia sedang berusaha membuang ragu dari jiwa.. (':

irdagarmin said...

:)..bukan mudah sebenarnya

Qaseh Vee said...

Keraguan ITU adakalanya membantu ...

Gee Lion said...

Iye, berkata dan melihat memang mudah tapi diri yg menanggung.. sentiasa berperang dgn perasaan sendiri buat jiwa ini sangat letih sebenarnya..

Gee Lion said...

Membantu utk membuat pilihan?