Santai | Anak Mama

Dhia Asha Fayha.

Jangan pelik ye. Ramai yang macam pelik dengar nama anak aku. Ini semua sebab husband nak juga letak Fayha tu. Konon nak dekat-dekat dengan nama dia. Dhia Asha tu aku yang pilih. Membawa maksud; Cahaya Harapan. Memang betul. Cahaya harapanku untuk aku membina hidup yang lebih baik ^_^

Fayha pula membawa maksud sebagai Harum, Mewangi. Jadi kalau gabungkan makna, jadilah bunyinya Cahaya Harapan yang Harum. Amboi kau. Gitulah kekdahnya. ^_^

Antara simptom awal yang aku alami sebelum kena paksa dengan Kak Eida untuk buat UPT. ^_^
  • Alah bau makanan
  • Takleh makan nasi (3 bulan makan buah, roti & biskut)
  • Alah bau badan husband sendiri (Kesian dia, asal balik kerja je kena marah.. Mwahahaha!)
  • Selalu pening
  • Krem kat pinggang belakang belah kanan
  • Aura kemalasan yg melampau-lampau (Kalau boleh nak baring dan tidur je.. ^_^)
Kebetulan kakak aku selalu datang rumah aku dulu. Dia dah beranak dua, so dia macam faham-faham je walaupun aku menafikan. Aku masih dalam denial state, ko giler aku rasa macam dalam fasa honeymoon lagi kot. Hak3..


Harap jangan ada yang muak sebab lepas ni confirm aku banyak cerita pasal anak aku je dalam blog ni. Maafkan hamba.. Hihi.. Mungkin ada sisi dalam hidup aku sedikit mengecewakan. Tapi yang ini tak terjangkau kegembiraannya. So, I want to enjoy this to the fullest. Faham? Tak faham takpe. Senyum aje.. But don't worry, I will try to tell the story in a balanced way. ^_^

22 comments:

Farrah MF said...

Manisnya senyuman Dhia Asha Fayha :)

Gee Lion said...

terima kasih =)

paridah said...

TAHNIAH GEE SUDAH TERIMA ANUGERAH TERINDA YG MENEMANI SISI...COMELNYA BABY

Qaseh Vee said...

salam ... patutlah lama menyepi rupanya dah ada baby sekarang ... mesti hati berbunga-bunga setiap hari ... sis tergeliat lidah nak sebut ... heheheee

Gee Lion said...

terima kasih kak paridah ^_^

Gee Lion said...

berbunga2 pon ade.. stress pon ade.. mwahahaha..
mmg mula2 macam tu. dah lama2 jadi biasa sebut.. ^_^

Jejari Menaip said...

banyak alahan kak Gee tapi takpekan lahir je baby ni semuanya manis.. pandai dia senyum..hihihihih..cantik maksud nama tu kak gee.. :D

Jejari Menaip said...

ehhh... tuan tanah tukar baju untuk blog.. kemas ^^

Gee Lion said...

banyak lagi yg tak tersebut kat atas tu.
alhamdulillah dah selamat pon ^_^
dia mmg suka senyum, tapi sekali nangis bingit telinga ni.
masyeh.. nampak je nama panjang, tapi simple je sebenarnya. hehehe..

kena tukar la baju, baju lama dah lapok kot.. :p

Unknown said...

kejap. tskk. dulu, pernah ada kawan blogger which is dia pun guna nama GEE. tapi dulu dia kejap ada, kejap tak ada macam chipsmore. is this GEE yang pernah i kenal dulu? if yes, lemme know. if no, its okay. apa salahnya bina connection baru.

all the simptom yang Gee tulis tu, most of them sy tak rasa sangat. but the last one yang pemalas tahap gaban tu. yes. thats me. sy pun jadi pemalas tahap ya Allah, kenapa ni??? semua malas. malas nak bangun, malas nak iron baju, malas nak mekap. hiskkk.

Mummydearie said...

Tahniah!

Tiba-tiba teringat bau baby tapi honestly speaking, cukup sudahlah pengalaman jaga baby ^_^

Selamat menempuhi segala yang disebut di atas tu. Memanglah meletihkan tapi nikmatnya, tak dapat ditukar ganti dengan apa sekalipun dalam dunia ni!

Humaira said...

comel!!

Gee Lion said...

eh eh
kita la tu
ini pon baru timbul balik
dah setahun hiatus atas sebab2 tertentu
keh keh keh
boleh baca sini utk maklumat lanjut
https://diaridandelion.blogspot.my/2014/01/blog.html

terima kasih sebab masih cam kita
lama tuuuuu.. hihihi.. muachxxx

dah lama tak baca khabar tia
tak tahu pula tia pon pregnant yeee
hehehe
sama2 dah dewasa dah kita ye
<3

Gee Lion said...

terima kasih mummy
yelah bukan senang nak jaga baby
kena kuat mental fizikal
rehat2 la mummy
hihi

terima kasih ye mummy!
^_^

Gee Lion said...

terima kasih cik mas!

Unknown said...

Ya Allah. its u GEE? Tak sangkaaaaaaaaa. of course lah ingattttttt. even tak rapat sangat, Allah izinkam Gee utk terus ada dalam ingatan ni. hehe. btw, ya Allah. Gee dah ada anak? Aaaaaaaaaaaaa!!! Tia yg excited. gosh youuuuuu. langkah bendul ye. hehe. comel sangat baby Gee ni.. ishhh. btw, macam masih tak percaya. Gee yg dulu kejap ada kejap hilang ni dah ada anak rupanya. tahniah Gee. for your wedding, and your new sweetheart. 😘😘😘😘😘

Gee Lion said...

of course it's me. mwahahaha
alhamdulillah, ada sedikit ruang utk saya dlm ingatan tia ye
terharu jap :')

langkah bendul?
idok rasanya..
sebab semua my sibling dah kawen I je belum
:p

terima kasih sekali lagi
haruslah comel
ikot mama dia kan
kikikikiki..
kan tak percaya
yg sebenarnya, sy pon tak percaya yang sy akan kawen dan ade anak sebab target nak kawen lewat nak fokus pada kerjaya
tapi tup2 lain kesudahannya
takdir Allah tak dapat nak dijangka
penuh misteri
thank you ye tia ^_^
congrats on your marriage life too!

ps : kejap ade kejap takde macam chipsmore kan.. sedap dimakan! hihi!

Unknown said...

Pandai si tecik tu genyit mata yer..chumels

Nurul aziyana said...

comel nama tu..suka juga dengan nama fayha..bunyi lembut

Gee Lion said...

dia kalau nampak org pegang tipon
mulalah merenyeh2
haha
^_^

Gee Lion said...

terima kasih cik nurul
^_^

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah..
Tahniah ye..
such a sweet baby and sweet name..
Simptom2 alahan tu yang last je sama tapi selalu menyerang bila petang.. Ini masa mengandung anak pertama..
Balik je kerja memang malas tahap gaban.. nak tido je..