Santai | Selamat semuanya!

Selamat hari Raya Aidiladha buat semua blogger yang beragama Islam. Hari ini 12 September 2016; Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut raya Aidiladha yang ke27 dalam hidup ni. Haha, kantoi umurku di situ.

Menarik apa yang berlaku dua tiga hari ini ye. Selain mengingati peristiwa dan mangsa pengeboman World Trade Center 9/11, hari ini juga merupakan hari ulang tahun kematian bekas presiden Iraq, Saddam Hussien yang dihukum bunuh pada pagi raya Aidiladha 2006 (Al-Fatihah). Beliau didapati bersalah kerana terlibat dalam jenayah pembunuhan terhadap 148 Syiah Iraq di bandar Dujail pada tahun 1982.

Atau sekurang-kurangnya itu yang dimomok-momokkan oleh media barat.


Malaysia juga menyambut kegembiraan dengan pencapaian atlet paralimpik kita yang telah berjaya menghadiahkan tiga pingat emas buat Malaysia menerusi Ridzuan, Ziyad dan Latiff. Bukan sekadar emas bahkan memperbaharui terus rekod dunia! Syahdu seketika perasaan aku ni tatkala melihat air mata mereka mengalir sewaktu berkemundangnya lagu Negaraku buat pertama kalinya di Rio de Janeiro, Brazil.

Serentak dengan itu juga, kempen World Quran Hour berjaya dilaksanakan. Ada mulut-mulut nakal yang mengatakan ia sengaja diadakan pada hari ulang tahun peristiwa 9/11 tetapi ia dinafikan sendiri oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM. Ia takde kena mengena langsung hokay, kempen ini diadakan sempena hari Wukuf, kegiatan utama dalam ibadah haji yang kebetulan jatuh pada tarikh tersebut.

Tidak ketinggalan, berderet berita mengenai kemalangan jalan raya terpapar di kaca televisyen. Yang ini sungguh aku speechless. Kemalangan di hari raya, seperti dakwat dan kertas. Takkan dapat dipisahkan.

9/9 pula merupakan hari jadi kakak kesayanganku yang berada nun jauh kat Johor. Selamat hari jadi kak Ngah. Walaupun aku tahu kau takkan baca ucapan aku ni, tapi aku tetap nak wish juga. Haha.

Sekian, lintas langsung dari saya. Blog ini berehat dari sebarang kemas kini sehingga Rabu. Selamat hari Raya Aidiladha.. !

15 comments:

Nurul aziyana said...

Waah bagus lah ingt peristiwa2 ni 😊

Wani Sukarno said...

salam aidiladha ..adik rupanya hiii... .. macam-macam peristiwa yang berlaku mengejut dalam tempoh masa ini.. dan tak lupa juga berita yang menggembirakan.. makin bersemangat nak sambut Hari Malaysia hiii

Maria Firdz said...

Mereka snagat istimewa...

Humaira said...

Alhamdulillah hi sis! haha kantoi umr plak..entri yg padu! suka sy baca..slmt hri rya!

Gee Lion said...

masyeh masyeh
hehehhe

Gee Lion said...

salam aidiladha ^_^
cik wani kakak la ye? hehe
yezza lagi sehari je lagi
kita sambut depan tv je :p

Gee Lion said...

yezza.. ^_^

Gee Lion said...

hi cik mas!
terima kasih cik mas!
selamat hari raya juga!

Sha Mohamed said...

Banyak peristiwa ketika 9/9 ini..
adik saya bernikah pada tarikh ini...
Salam Aidiladha..
Tahniah buat atlet Paralimpik.. Kami berbangga dengan pencapaian anda..
Kemalangan.. datangnya memang tidak akan pernah tersangka.. namun kita mampu mengelak sekiranya berhati-hati dan sabar..

Gee Lion said...

tarikh yg cantik
banyak juga memoir di dalamnya
terima kasih cik sha! ^_^

Jejari Menaip said...

salam aidiladha kak Gee

Jejari Menaip said...

Happy belated bday untuk kakak Kak Gee..
Tiga org tu patut menjadi inspirasi untuk kita.. InshaaAllah..

Gee Lion said...

salam aidiladha dak ikhwan.. bagi pihak kak Ngah, kak gee ucapkan terima kasih.. mwehehehehe.. =)

Mummydearie said...

27 tahun? Laa... muda lagi rupanya! Kenalah saya gelarkan diri saya 'kakak'. Alamak, terasa tua pulak diri ini nak dibandingkan orang yang baru 27 tahun!

Gee Lion said...

27 muda? Saya rasa diri saya ni dah tua MD.
Huhu.