Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Selalu aku dengar ceramah ini tiap kali aku berasa down dan kali ini aku mendengarkannya lagi dengan harapan hati ini akan menemui sedikit ketenangan.

Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini. Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan. Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan. Walaupun itu boleh jadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya. Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk kadang-kadang dia lebih lena dari kita.


Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk-pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk. Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya. Kata Hamka: "Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.." Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang. Belum tentu!

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah.

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..

Tuan-tuan tengoklah dunia ni. Kadang-kadang tuan-tuan, manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya. Saya nak sebut tuan-tuan; berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat! Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini, Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.


Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata: "Habislah aku kali ni". Tapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini. Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku, Ya Allah... tolonglah aku, aku susah Ya Allah". Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.

[Surah Al-Imran (3):173]
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka :
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"

Kata Allah: "Iman dia tambah." Bukan kita kata: "Pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"

Tidak, tidak!

Kata Quran: "Iman mereka bertambah." Mereka kata: "حسبنا الله ونعم الوكيل" "Cukuplah bagi kami, Allah... Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"

Pengalaman sering mematangkan kita..

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal. Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb.. "إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu, Ya Allah "

Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat.

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas. Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim; Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini. Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini. Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga. Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya: "Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata: "Tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini." Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita.


Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka lalu dikeluarkan dia "Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?" Dia kata: "Tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini." Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar. Satu hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak. Tapi apabila satu hari dia sakit kaki, dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik." Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat. Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita." Yang kita ada ini harapan kita. Tetapi insan... Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada.

Bersyukurlah wahai diri ini...

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut: Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar. Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah nak kata apa? "Sabar je la, nak buat apa?". Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan, syukur di atas nikmat..

اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

Ya Allah... apa saja yang aku alami daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran. Subhanallah...!


Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya.

[Surah Ibrahim (14):34]
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها

Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu. Tuan-tuan, bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa masyaaAllah hidup ini. Apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya. Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan, tempat tuan-tuan dilahirkan, rumah tuan-tuan dilahirkan sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini..

Ma syaa Allah...!

Tak dapat nak diucapkan berapa kali, nak sebut pun tak mampu.

Pesanan Nabi buat umatnya :

[Surah At-Taubah (9):40]
Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia, ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar yakni Nabi dan Abu Bakar. Ketika mereka berada di dalam gua. Ketika dia berkata kepada sahabatnya: "لا تحزن إن الله معنا" Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."

Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009



Dan di sini aku, masih mencari kekuatan diri menghadam apa yang telah berlaku.

17 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sungguh benarlan - La Tahzan Innallahama'ana
Tapi itulah kita ni insan kerdil selalu tergelincir tanpa sedar sedangkan DIA selalu memerhati kerana kasihNya.

Kakcik Seroja said...

Banyak harta belum tentu memberi bahagia, apatah lagi jika harta itu datang dari sumber yang diragui...

paridah said...

PERKONGSIAN YG SGT BERMENAFAAT SBG MOTIVASI DIRI

nuyui a.k.a miss YUI said...

penuh inspirasi entry ni.. salam jumaat sis.

irdagarmin said...

terima kasih atas ingatan ini...ya Allah terlalu banyak nikmatmu yg lupa kusyukuri...

salam jumaat dear...:)

Kamsiah yusoff said...

sentiasa bersyukur dgn apa yg diberi..

Mrs. A said...

La-Tahzan!
Kalau ya pun bersedih janganlah sampai memudaratkan diri-sendiri.
Lagipun today is 'Happy World Smile Day!'
;-)

OKje said...

Insaf sekejap Gee.....
Inilah kehidupan dunia kan Gee....selalu memandang pada harta benda dan kemewahan. Andailah kita dapat melihat perkara yg ghaib itu didepan mata kita sekarang ni nescaya kita dah tak bernafsu nak bersenang senang di dunia ni Gee

E'in said...

bersedih boleh.. tp jgn lebih2.. dh puas nangis, kumpul blk kekuatan.. amek wudu', serah diri dan mengadulaa kepada-Nya..

Mar Mansor said...

Alhamdulillah..perkongsian yang bagus

Tunsha Ayunie said...

Mengambil masa untuk kuat itu payah. Aku mengambil masa terlalu lama untuk lupakan semua. Satu tahap menyalahkan Tuhan sedangkan diri sendiri yang berdosa :(

Kaklong Chan said...

Kita manusia selalu alpa..
Perlu selalu diingatkan..

TQ Gee Lion.. :>

Wani Sukarno said...

singgah sini,, berubah pulak.. ada jer surprise.. hii ,, semoga kita sentiasa bersyukur seadanya ,,,jangan mengeluh jangan bersedih ,semuanya ada hikmah,, perkongsian yang menyentuh jiwa huu

Warisan Petani said...

Perkongsian yang bermanfaat.
Teruskan menulis.

Mummydearie said...

Bagus perkongsian ni, Gee. Manusia memang begitu. Tak reti bersyukur. Kalau dilihat secara materialistiknya, memanglah sentiasa rasa tak puas hati. Nak lagi dan lagi.

Kita selalu kata untungnya alahai kalau kaya, nak apa semua dapat. Petik jari, dah ada depan mata. Tapi kita terlupa yang hidup kita yang ala kadar ni pun sebenarnya dah banyak untungnya, rezeki Allah beri dalam pelbagai bentuk tak pernah kurang. Even kalau dijatuhkan musibah pun, untung juga tu sebab Allah ingat pada kita, nak kita kembali mengingatinya selalu ^_^

dear anies said...

لا تحزن ان الله معنا

Humaira said...

Semoga sentiasa bersyukur dan bersyukur.Walau apa pun rintangan semoga sentiasa tabah.Keep strong and fighting!