September | Best Commentators

• Gee Lion • 08:00:00 • 25 Sembang
Fuh fuh fuhhhhhh.. Tiup-tiup sawang sikit kat blog ni.

Ada sesape rindukan hamba yang menghilang tiba-tiba ni? Maafkan hamba, lepas balik dari kampung hari tu; hamba diserang demam + batuk + selesema yang agak teruk. Ketar lutut rasa nak berdiri. Kalau hamba seorang je takpe, ini dengan anak hamba pon kena.. Adui, tak cukup tidur hamba dibuatnya.

Sesiapa ade anak tu confirm faham cabarannya bila anak demam panas. Nasib baik Asha demam panas sehari je. Dari jam 6 pagi sampai 12 tengahari, dia menangis tak berhenti. Stressnya..

Akhirnya dengan teknik tepid sponge dapat juga hamba turunkan panas badannya. Tapi selesema dia tak hilang, jadi hamba fokus 100% ke atas kesihatannya ^_^ Alhamdulillah, nasib baik bukan virus ke hape-hape yang melanda dunia ni sekarang. Hamba pun dah sembuh, yuhuuuuu serunuknya duput burbulug sumulu..!

Sebelum hamba merepek lebih jauh, hamba nak berkongsi beberapa komen yang hamba rasa bagus untuk dikongsikan bersama korang semua.

Setuju dan rasa bersalah dengan kes sebelum ni. Betul, kadang-kadang terlalu marah sampai lupa nak alert SEBAB kenapa jadinya pembulian tersebut. Aku pernah dibuli (tanpa sebab), but well.... tak semua kes buli tu terjadi tanpa sebab kan?

Adik aku pun pernah kena buli sebab dia OKU, orang pijak2 lagi tangan dia yang OKU tu. Cuma dulu bukan zaman viral :)

Bagaimanapun, ibubapa memainkan peranan untuk mendidik anak supaya menjadi lebih baik demi mengelak perkara sebegini terjadi. Itu kalau yang masih ada ibubapa, hmmm yang sebatang kara? (jauh benar memikir pepagi ni)

Ada terbaca kisah budak tu. Kena siasat punca masalah, jangan main hukum membuta-tuli. Manusia zaman sekarang ni memang seronok alahai kalau join sekaki menghentam tanpa usul periksa. Kena cermin dulu diri tu sebelum nak menghukum orang lain.

Gee pernah baca tak dulu kisahnya bagaimana seorang budak 12 tahun kot kalau tak silap, membunuh anak perempuan guru tuisyennya? Samalah juga puncanya. Anak guru tuisyen tu kerja mengejek saiz badan budak lelaki ni. Lama-lama mana boleh tahan kalau hari-hari kena ejekkan. Satu hari dia hilang sabar, terus 'terbunuh' budak perempuan tu sebab tak dapat mengawal emosi.

Kalau tak silap budak tu kena hukum juga walaupun di bawah umur. Kasihan alahai, gelap terus masa depannya. Bukan nak menyokong si budak lelaki ni tapi puncanya tu yang buat saya rasa kalaulah didikan yang diterima baik (si budak perempuan yang mati dibunuh tu), tentu pengakhirannya tak sebegini.

Akhirnya satu hilang nyawa, satu lagi hilang masa depan!

Yup.. manusia lebih memandang buli fizikal.. Padahal buli secara kata2 sebenarnya lagi bahaya.. ianya boleh menyebabkan kematian.. dah banyak terjadi tapi masih ramai yang buat tak endah.. yang kita boleh lakukan didk anak kita dan mereka yang terdekat dengan kita supaya jaga tutur.. mungkin usaha kita nampak kecil tapi impaknya besar sebenarnya..

Sejarah mengajar kita bagaimana sesuatu bangsa/agama terjejas dek kerana politik. Zaman Ar-Rasyidin, Muawiyah, Abbasiyah kita pun nampak apa jadi. Itulah politik. Yg bersandar agama pun boleh tergelincir apa lagi kalau yg buta agama. Cuma yg sedihnya selalu dikaitkan agama demi meraih sokongan. Yg benar dikatakan tak benar, yg tak benar dikatakan benar. Rakyat yg keliru akibatnya banyak yg jadi 'lalang'..

Kebanyakan komen yang mantop datangnya dari entri yang unsurnya berat, tak sampai hati aku nak tinggalkan macam tu je. Tapi tak bermakna aku akan berhenti menulis 'stanza'. Itu yang paling aku suka dan sebab itulah aku masih terpacak kat blog ni ^_^. Cuma, idea nak menulis tu.. Hurm.. T_T Pandangan serta tenaga masa yang korang sumbangkan untuk singgah di blog ini amat-amat aku hargai. Tanpa korang semua, tak meriahlah blog aku ni. Sekarang, izinkan hamba melawat kawasan hangpa semua naaa.. Tata.

Selamat berhujung minggu bersama insan tersayang!


Next Entry : September | Active Commentators

  1. Salam oktober,, alahai demam ke harap semuanya sihat ,,patutlah lama menyepi... X pelah slow2 ambil mood berblogging,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Wani.. itulah, camne pula boleh terdemam sekali pakej batuk selsema.. Berat benor kepala ni rasa. Huhu..

      Delete
  2. Assalamualaikum Gee..lama tak singgah sini.
    Moga semuanya cepat sembuh dan sihat2 belaka...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Fidah,
      Terima kasih masih ingat pada saya.. ^_^
      Bagaimana dgn pengalaman ke sana?
      Tak share cerita ke ? ^_^

      Delete
  3. Selamat berhujung minggu, Gee. Semoga Oktober lebih aktif, rajin dan lebih bersemangat untuk menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshAllah Farrah.
      Terima kasih.. ^_^

      Delete
  4. komen masing-masing memang padu dan berkualiti =)

    ReplyDelete
  5. Kak gee pakai templete apa ? Cantik laaaaa. Free ke? kak gee pasang sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Athirah.
      Template kali ini kak Gee modified sendiri based on minima template code. Yg cantik sebelum ni, kak Gee download dari :

      gooyaabitemplates.com

      Kat situ banyak templates cantik2 tau.
      Silalah cuci mata ye ^_^

      Delete
  6. tahniah pada pemberi komen terbaik tu...mereka mmg hebat bila memberi pendapat..

    ReplyDelete
  7. Erm samalahh. Mood blogging dah kelaut. Tapi still pertahankan blog lagi. Sayanggg sgt!

    ReplyDelete
  8. Hi dear :)

    Siqah ada tag untuk join satu segmen tau.. kalau ada masa bolehlah join ye :)

    http://www.siqahiqa.com/2016/10/october-bloglist-segmen-by-fatinamdzfr.html?m=1

    ReplyDelete
  9. assalammulaikum.gee.
    alhamdulilh dah sihat..semoga menulis entry selalu ya..suka.baca

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya mereka blogger malaysia yang hebat tu

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya mereka blogger malaysia yang hebat tu

    ReplyDelete
  12. Patutlah bila Sha singgah tiada yang baru.. Sha doakan semoga Gee dan anak dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa..
    Suka nampak nama dan komen kita disitu.. Hehehe..
    Tq gee atas penghargaan..

    ReplyDelete
  13. singgah sini ,,selalu jer ada kelainan hii.. insyaAllah selagi nyawa dikandung badan, akan cuba lah nak berblogwalking

    ReplyDelete
  14. Syukur alhamdulilah...mereka rasa lebih dihargai...banyak pahala menghargai mereka yang hadir secara tidak langsung...rasa erat ukhuwah disitu kan

    ReplyDelete
  15. Semoga dah sihat sepenuhnya ya, Gee. Lepas ni kalau ada masa marilah menulis lagi. Seronok berblogging ni kadang-kala tapi bila masa tak mengizinkan tu, nak buat macamana. Banyak tanggungjawab yang nak didahulukan selain daripada hobi berblogging ni.

    ReplyDelete
  16. panjangnya komen diorg ni.. bernas pula tu.. :D

    ReplyDelete
  17. saya ni komen ada2 entah pape je kak gee..hhihihihihihhi

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...