Bukan Sengaja Hilang

• Gee Lion • 01:54:00 • 19 Sembang
Aku terpaksa mengaku berblog bukan lagi keutamaan mahupun sampingan sekarang tetapi satu habit yang terpaksa dilupakan keaktifannya. Sayangnya kan, dah ada good readers, good coverage, pretty awesome reviews and bloglists a.k.a backlinks but today I have to let go all of these things. Mungkin di masa akan datang, aku akan menyahut seruan berblog ini semula. InshaAllah. Doakan aku. Huhu.

Terima kasih pada semua yang bertanya khabar aku. Oh ye, terima kasih juga pada cik Mai utk review yang awesome tentang blog aku ni. Ada lagi tak yang up about my blog in their post? Please let me know ye. Sayonara to all my readers. ^_^

May Allah SWT bless us all - accept our duas, forgive our sins, multiply our hasanat, grant us good health & happiness & ultimately Jannah.

Sebelum melangkah pergi, aku tinggalkan korang dengan iklan IKAN PATIN TEMPOYAK SEJUK BEKU ini sekali lagi.


Korang semua nampak kan iklan kat blog ni mengenai Ikan Patin Tempoyak Frozen? Abah nampaknya dah bersedia nak melebarkan sayap perniagaannya dan aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan korang kat sini mengenai 'ape ke mendenya Ikan Patin Tempoyak Frozen' ni?


Abah mendapatkan ikan-ikan patin ini dari kolam ternakan ayah saudara aku di Kampung Purun, Pahang. Kemudian, disiang siap-siap dan diperap dengan ramuan tempoyak TETAPI..

Ramuan ini bukan jenis biasa-biasa yang korang makan kat kedai tau? Ramuan tempoyak istimewa dan rahsia umi aku ni tiada seorang pun anak-anaknya tahu disebabkan cara penyediaannya yang agak complicated. Macam kakak aku, dia tahu yang asas saja tapi rahsia yang menjadikan kenapa ia begitu sedap di tangan umi aku masih tak dapat dikenalpasti.


Dalam keluarga kami dah jadi macam satu budaya tiap kali pulang dari kampung akan dibekalkan dengan ikan patin tempoyak frozen umi ni. Bukan kitorang je, saudara mara yang datang pun akan dibekalkan makanan yang sama sampai ada pula yang dah pandai repeat order. Bukan saja mudah disediakan tapi juga seperti aku beritahu sebelum ini; rasanya memang SEDAP, CUKUP PEDASNYA dan CUKUP LEMAKNYA. Orang kata apa, rasanya penuh di dalam mulut. ^_^

Dari situlah abah dapat idea nak komersialkan air tangan umi ni. Tak sangka pula dapat sambutan, bermula dari saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan dan mungkin juga anda, satu hari nanti? Sapa tahu, kan?

Cara penyediaan Patin Tempoyak sejuk beku :
  • Nyahbeku/rendam dalam air selama 3 hingga 5 minit
  • Masukkan 300ml atau 1 1/2 cawan air
  • Masak selama 20 minit di atas api yang sederhana
  • Jangan lupa untuk campurkan garam secukup rasa

Salah satu feedback costumer. Don't worry, bab pedas boleh minta nak banyak ke nak kurang ke atau nak yang sedang-sedang je.
Jadi, apa tunggu lagi? Bagi korang yang merantau jauh tu, atau rindu kat air tangan masakan ibu, atau pun duduk di kawasan-kawasan yang akses sukar kepada ikan patin kegemaran anda, atau tak reti nak masak ikan patin masak tempoyak tapi teringin pula nak makan yang panas-panas, atau teringin nak makan tapi malas nak buat, tunggu apa lagi?

Hubungi 017-9842750 di talian sekarang tau! Jom kita sokong pula ikan patin frozen! ^_^

Sekian. Jangan ditanya bila aku akan kembali, sebab aku takde jawapannya.. T_T
Sehingga bertemu lagi di ruangan maya ini. Assalamualaikum.

  1. All the best for whatever you are doing now! Take care. InshaALLAH...ade rezeki kita jumpa lagi di alam maya ini. :)

    ReplyDelete
  2. Gee....! Rindunya! Tak pe.. Take ur time. Bila datang seru berblogging, jemput2 berblogging. Hihi

    ReplyDelete
  3. Sedihnya.
    Pakcik harap GL teruslah berbloging walau pun sekali sekala.

    ReplyDelete
  4. kenapa tak dapat aktif berblog? =(

    ReplyDelete
  5. Wah... dah ada patin tempoyak frozen...senang banyak kerja ni, panaskan dan siapppp... nyum nyum...

    ReplyDelete
  6. Ahaaaa.. macam sedih je baca.... T_T

    ReplyDelete
  7. pergh.. dah ada jenis sejuk beku yer..

    ReplyDelete
  8. Oh! ada up-date.
    Ait! nak pi mana?
    Walau apa pun yang Gee sedang usahakan Mrs. A doakan semoga succes ya.

    ReplyDelete
  9. boleh di frozenkan ye..saya suka masakan ni..boleh sampai tempat saya tak?

    ReplyDelete
  10. Alamak terliur laa pulak adoooiii hehehe

    ReplyDelete
  11. alooo patutlaaa :( miss u okay :(

    ReplyDelete
  12. smopga cepat kembali aktif..

    ReplyDelete
  13. salam kak gee.. lama xdatang sini.. hehe.. zizie xreti makan ikan patin.. tp kuah dia zizie mmg suka.. hehe

    ReplyDelete
  14. miss u gee!.. berblog lah kembali

    ReplyDelete
  15. semoga akan kembali aktif semula.. you are awesome sis..

    ReplyDelete
  16. kakak, i miss u so much. Ya Allah, lama gila x berblog. ni baru nak muncul akak pulak nak hilang. (T.T)

    ReplyDelete
  17. Gee lebih tau mana yang terbaik. buat semampunya. all the best for you mommy ;)

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...