Dorothy Perkins Di Hati


Okay semua, hari ini mari kita jenguk dulu jenama Dorothy Perkins. Sememangnya, jarang nak pergi tengok jenama ini sebab dari luar rupa kedai macam tak ada baju yang sesuai untuk para Muslimah atau hijabista. Tapi kalau tak cuba tengok, macam mana nak tahu kan? Jadi jom kita tengok dengan cara yang lebih mudah daripada pergi ke shopping mall iaitu melalui Dorothy Perkins online yang ada sekarang! Tunggu dulu, mari baca apa yang anda perlu ketahui sebelum singgah membeli koleksi Dorothy Perkins.

1. Mempunyai pelbagai saiz


Jenama Dorothy Perkins ini memang best! Dengan pelbagai jenis saiz yang ada, seperti Petite (untuk mereka yang bersaiz kecil) dan Plus Size (untuk yang bersaiz lebih besar sedikit), anda akan lebih mudah mencari pakaian yang sesuai mengikut saiz badan masing-masing. Oleh kerana jenama ini datang dari UK (United Kingdom) saiz pakaian akan selalunya longgar sedikit untuk wanita Asia jadi lebih baik untuk para Muslimah kerana perlu mementingkan pakaian yang tidak terlalu ketat. Jadi Dorothy Perkins sesuai sangat untuk Hijabista.

2. Pentingkan fabrik


Untuk para Muslimah, sekiranya anda menjumpai blaus yang sangat cantik di dalam koleksi Dorothy Perkins tetapi diperbuat daripada kain yang jarang, anda boleh cuba memakai inner untuk menggayakannya. Perhatikan jika produk mempunyai ayat deskripsi seperti sheer (jarang) dan unlined (tidak ada lining atau lapis dalaman). Anda juga tak usah meragui pakaian buatan Dorothy Perkins kerana jenama ini hanya menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi.

3. Lengan pendek? Tiada lengan baju?


Baiklah untuk tip yang ini, semuanya bergantung kepada tahap cita rasa masing-masing. Umumnya, kalau baju berlengan pendek atau sleeveless (baju tidak berlengan) mesti para Muslimah akan menjauhinya bukan? Para Hijabista yang bijak tidak akan menjauhi pakaian seperti ini kerana mudah untuk mengatasi masalah ini. Sebaliknya mereka akan menggunakan teknik layering iaitu melapiskan satu jenis pakaian atas yang lain. Untuk sleeveless tops, anda boleh gunakan di atas baju lengan panjang seperti yang digambarkan di atas. Mudah je!

Sudah baca tips di atas? Sekarang, mari kita lihat rangkaian produk dari jenama pakaian Dorothy Perkins hari ini dan tampil lebih bergaya dengan mudah.

  1. Alhamdulillah, orang bertapa sudah muncul kembali.
    Semoga terus bersiaran.

    ReplyDelete
  2. Sleeveless top? Capai je cardigan, setel problem hehehe ;3

    ReplyDelete
  3. Dalam memilih pakaian berjenama DP ni maknanya kita perlu kreatif dan pandai mix and match kan??
    #kbat

    ReplyDelete
  4. wahh cantiknyaaa blog..dah tukar template..ke kite yg dah lame tak on blogger T_T

    ReplyDelete
  5. saya jarang tengok jenama.. asal boleh pakai je.. hehehe
    nice share..
    dah lama x singah sini

    ReplyDelete
  6. Blogwalking dan follow blog awak. Follow me back, maybe? :D Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  7. sy beli kt pasaraya bese je la..haha

    ReplyDelete
  8. wah , dapat rezeki review product ni ...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Gee,

    Waaahhhh menariklah, x sangka DP ada keluarkan fesyen muslimah.. Boleh LZ terjah menambahkan koleksi.. Suka sangat..

    Nice sharing Gee.. 😊

    ReplyDelete
  10. skrg ni, ada juga jual jubah yg xda lengan. jd, kawan sy lapis dengn long sleeve kat dalam. smart jadinya 😍 dulu2, sy pakai macam ni juga. berlapis, tapi skrg malas dah

    ReplyDelete
  11. So far ada sehelai je baju rembatan DP ni hahah.

    ReplyDelete
  12. saya pun suka gak DP ni, kalau time kurus bolehlah pakai. hihi

    ReplyDelete
  13. Gee... apa khabar? lamanya takde up-date

    ReplyDelete
  14. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  15. wah tips yang bagus untuk mereka yang memerlukan design dari luar negara

    ReplyDelete
  16. yup menarik idea tu. kenakan inner pada mana2 dress yg kita suka kan

    ReplyDelete
  17. dah lama follow blog ini...saya klik iklan Nuffnang blog anda ya..

    ReplyDelete
  18. Salam.
    Saya lihat nama Wanariahamiza masih tercatat dalam senarai Sweet William. Sekadar nak maklumkan, url blog saya telah bertukar kepada wanhanifwanhamid.blogspot.my atas faktor teknikal. Url lama telah digunakan oleh pihak lain. Terima kasih. :)

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...