Al kisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.
"Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"
"Apa?" Kata jam terperanjat "Mana sanggup saya?"
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" Tanya si pembuat jam lagi.
"86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" Jawab jam penuh keraguan.
"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" Cadang si pembuat jam.
"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" Tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam.
"Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"
"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" Kata jam dengan penuh semangat.
Maka setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh; dia telah berdetik tanpa henti. Itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.
Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.
Bagaimana? Masih ragu-ragu dengan kemampuan anda?
26 comments:
Betul tu kadang kita ragu2 tabpa mencuba dahulu
N3 MOTIVASI YG BERMENAFAAT.
buat sedikit tetapi istiqamah x la rsa berat dan lumayan hasilnya..gitu la gamaknya
nice! haih.... rasa macam dusyum dusyum kat diri ni.
terima kasih atas perkongsian yang menarik ni =)
Malaysia boleh kan Gee .. teringat ex boss chinese lady.. dia pesan jgn beri dia jam sebagai hadiah..
teringat karangan zaman sekolah dulu-dulu hii..betul tu .kadang2 kita terasa kerja tu berat tapi sebenarnya tak seberat mana pun
sebelum buat memang kadang rasa susah, even kadang tengah buat pun rasa susah.. tapi, senang nya bila dah siap
Ikhlas menghargai masa, maka kita akan seronok. Walaupun... kadangkala masa yang kita rasa tu ada tu tak pernah cukup.
salam dear...sory sis nak follow tapi tak lepas crash. tak pasti kenapa.
kalau sis dari dulu amalkan sikap, mesti boleh...mesti boleh buat walau apa kerja pun kita kena buat. InshaaAllah Allah SWT tolong kita n dipermudahkan sahaja sesuatu kerja untuk kita lakukan lepas tu. Positif dulu. :)
saya pon macam tu lah selalu.
terima kasih kak PI ^_^
tepat juga tu mas. masih dlm konteksnya. ^_^
nasib baik rasa macam dusyum dusyum..
kalau rasa macam kena bom?
hehe :p
terima kasih juga sudi membaca ^_^
mengapakah dia berpesan macam tu kak mar? jeng jeng jeng..
ha'ah kan zaman skool dulu.
aku sebuah jam.
aku sebuah kereta.
aku sebatang pen.
hahaha..
zaman sekarang ni, ada lagi ke tajuk karangan macam tu? ke lagi advance?
aku sebuah iPhone.
aku sebuah Macbook.
^_^
rupanya hanya semudah memetik jari. itulah orang tua pesan.
alah bisa tegal biasa.. (:
bila ia adalah suatu perkara yg menyeronokkan, memang takkan rasa cukup masa. tapi kalau ia sesuatu yg sukar, terasa begitu lamanya masa nak berlalu. lazimnya, begitulah kan.. huhu.. dan saya sedang mengalaminya sekarang. :'(
takpe, memang blogger banyak buat hal kebelakangan ni. dah penat nak oter. malas dah. huhu..
Aku adalah seperti mana yg hambaKu fikirkan. kataNya. mungkin sebab tu kalau kita fikir Allah akan tolong kita, memang betul jadi mudah kerja.
terima kasih cik shiela atas perkongsian ^_^
Most chinese tak suka dihadiahkan jam. Kepercayaan mereka kalau dapat hadiah jam pendek umur. Itulah apa yang kawan chinese Mrs. A bagitau.
Pejam celik, tau-tau kita dah lepas dari susah.
oh mai.. patutlah.. ingatkan hadiah ideal gitu supaya menghargai masa.. :p
kan.. sedar-sedar je zaman susah payah dah berlalu.. dulu takut nak SPM sekarang tup2 dah masuk U pun. dah kahwin takut pulak susah hidup, tup2 dah tua pun.. hehe..
Kadang-kadang sikap ragu-ragu tu yang menghalang kita mengorak langkah lebih jauh. Takut tak mampu. Tapi belum cuba, belum tahukan. Kadang-kadang nampak macam mustahil sangat tapi bila kita dah lalui separuh jalan, eh okey aje sebenarnya. Masih dalam kemampuan!
Masa berlalu sgt pantas tak smpt nak tgok jammm hahah
Post a Comment