Dalam setahun itu.. Macam-macam yang telah berlaku. Pada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ni, mungkin rasa cuma setahun aku hiatus tapi yang sebenarnya, in my real life dah tiga tahun aku mendiamkan diri. Aku move on dengan hidup dan mulakan kehidupan baru bersama keluarga kecilku.
Sehinggalah kematian ayahanda yang tercinta, menyentakkan aku dari lena yang cukup panjang. Mungkin ini peringatan dari Tuhan untuk aku muhasabah semula. Mungkin ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah kehidupan yang aku dambakan. Mungkin ini juga adalah sebuah hukuman disebabkan satu kesilapan yang aku lakukan, yang selama ini aku pandang sepi cuba untuk tidak peduli. Mungkin, mungkin dan mungkin..
Selepas ini, segalanya akan berubah. Perilaku, tatacara, tutur kata.. seiring dengan usia. Sehabis mungkin aku akan cuba menjadi manusia yang lebih baik. InshaAllah.
Terima kasih pada semua yang sudi nak tinggal jejak sepanjang aku tinggalkan blog ni. InshaAllah aku akan cuba balas satu per satu tapi aku takdelah aktif sangat dah. Mungkin seminggu sekali update macam tu je. Nak buat macam mana komitmen tinggi. Hehe.. Thanks yaaaa! ^_^
14 comments:
Selamat kembali ke dunia blog, Gee...
Tahniah Gee bersiaran kembali.
Semoga dipermudahkan segala urusan selepas ini.
ASSALAM PAKABR GEE..TAKZIAH ATAS KHLNGN AYAHNDA...ALFATIHAH
omg rindu.Welcome back kak Gee.
Saya pun baru je muncul dalam blog ni buat sekian lama menghilang. Apa pun semoga tahun 2018 ini membawa kita ke arah hidup yg lebih baik :)
i miss you dah lama tak jengah akak kat sini <3 keep on writing pleasee
salam kak gee.. hihihihih.. lama xmenyapa ni.. :D
Alahai Gee.. Rindunya kat awak disebabkan lama menghilang.. Innalillah Wainna Ilahirojiuon.. Salam takziah saya pada awak sekeluarga.. Patutlah lama menghilang... Semoga roh arwah ayah awak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Hi! sebab dah lama takde post baru perasan entry nih!
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Selamat hari raya Gee
Lama tak singgah sini.
Asaalamualaikum Gee
شركة تنظيف فلل بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالهفوف
شركة المثالية للنظافة بالهفوف
شركة المثالية لتنظيف الفلل بالهفوف
Post a Comment