Rahsia

Ada sebab kenapa ada cerita dipanggil sebagai kisah silam. Ada sebab kenapa ada cerita dipanggil sebagai kenangan. Setiap sebab, orang tak perlu tahu kenapa kerana itu terpulang pada kau untuk merahsiakannya.

Orang tak dapat paksa kau untuk buat pilihan. Dan orang juga tidak ada hak nak mengatakan pilihan kau salah. Tapi kau juga tak boleh fikir yang pilihan kau itu betul. Ironinya, tiada siapa tahu apa yang batil dan apa yang adil.


Kenangan, kalau orang tanya kau boleh cerita beribu kali.

Tapi kisah silam, kau bawa sampai ke mati. Ia adalah sebahagian daripada kau dan patut dibawa bersemadi bersama. Kau patut arif dengan makna silam. Silam adalah seangkatan dengan sisa-sisa semalam, perkara yang dah lepas yang takkan boleh diperbaharui lagi. Apa yang tinggal cuma pengajaran untuk kau jadikan hari ini sebagai kenangan.

Kalau mereka hadir dalam hidup kau sekarang, maka mereka tiada kena mengena dengan yang lepas. Dan mereka perlu terima kau, untuk siapa kau hari ini. Kalau tidak, mereka tidak ikhlas. Biarkan mereka pergi. Kau tak kisahkan? Untuk menyendiri lagi?

36 comments:

Aqilah Azmi said...

kak gee.....
silam. i hate my silam!! :(
hm baru je nak post mengenai silamku. mcm tahu2 je kak gee ni <3

thanks kak gee </3

Anonymous said...

Ada juga org yg tk tau dlm hidup dia yg mana satu kenangan,yg mana satu masa silam..ada kenangan yg pahit,ada juga yg manis tp masa silam selalunya yg pahit,yg setiap org berusaha utk lupakan,kalaupun diingat pasti dipendam....

Unknown said...

pandai Gee olah..mesti dapat A penulisan kan..hehe

Scripters said...

Kalau kisah silam yang pahit serta boleh mengaibkan, rasanya biarlah ia terpahat rapat2 dalam sanubari.

Adriannasyaz said...

Ye..betui...terimala kita seadanya ari ni dgn ikhlas tnpa mempedulikn kisah2 silam kita.. :')

Unknown said...

menyendiri akan menyebabkan diri kita sunyi.

dan ada kalanya kita juga rasa sunyi dalam keriuhan disekeliling kita.

MET suka menceritakan kenangan silam pada anak-anak untuk pedoman mereka di hari seterusnya.....

Assalamualaikum GEE

Azhafizah MN said...

kalau kisah silam yang sedih tu better lupakan kan..

Mizz Aiza said...

setiap orang pasti ada kisah silam tersendiri.. apa yang penting perbaiki diri pada masa akan kini dan akan datang.. usah berasa trauma dengan kisah silam yang telah terjadi..

CD said...

dan kekadang masa silam ni la yang menghantui kita,, xnak orang tahu kisah silam, dijauhi semua orang.

dear anies said...

kenangan, terluah di mulut..kisah silam..terluah di hati

Dzureen Darwis said...

wah kak gee ni entah2 seorang yang pendiam tak? nampak gaya macam lebih banyak berkata-kata menggunakan tangan ni :) hehehe

Azlan Strider said...

kekadang tak dapat dinafikan masa silam nie boleh menghantui kita dikala kita tak duga..tapi jangan terlampau difikirkan sangat sebab takut ia menganggu prestasi kita untuk fokus kepada masa hadapan.

Regards,
-Strider-

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi jangan hate2.. ada hikmahnya setiap kejadian tu, jangan lupe ye cik qila... (:

post aje la... nak tahu juga.. kalau nak sharing utk pengajaran, apa salahnya... itukan pilihan kita.. (:

you are most welcome.

p/s: kak gee kan ahlil nujum. satu geng dgn cucu pak belalang ahlil nujum negara... hehehe..

Gee Lion said...

@Wirda Amir masa silam memang susah nak lupakan.. especially bila ia pahit sangat2. :')

Gee Lion said...

@Naniey Jemiey haha.. saya suka subjek bahasa melayu.. <3

Gee Lion said...

@Ida Scripters betul tu, tak perlu nak cerita pada orang lain. dan orang lain pon tak perlu mendesak.. (:

Gee Lion said...

@adrianna syaz inshaAllah, akan ada orang yg dapat menerima diri kita seadanya. it's just a matter of time.. (:

Gee Lion said...

@mak ieteng dalam kesunyian dan menyendiri tu, Allah ada. kita tak pernah menyendiri sebenarnya.

waalaikumusalam mak ieteng.. kata cerpen tak sedondon tu nak dibuat novel. tul ke?

Gee Lion said...

@Azhafizah Md Nor betul tu.. setuju..

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) Hurmmm.. tapi dia trauma sangat2.. mungkin bagus jugak. sekurang2nya, dia tak ulang kesilapan buat kali ketiganya.

Gee Lion said...

@Nurul Farahizzati pengajaran yg membawa kesan berpanjangan sampai semua orang nak dihindari. kena muhasabah diri balik semula orang macam nih... hihi.. =)

Gee Lion said...

@Khai♥Rin : anies betul tu anies. setuju!

Gee Lion said...

@Dzureen Darwis pendiam dgn orang yg tak kenal. dgn kawan2 sekepala.. haha.. jangan haraplah... =)

tak semua org yg berkata-kata menggunakan tangan pendiam tau.. =)

Gee Lion said...

@Ida Scripters saya tak jumpalah petak komen kat blog scripters.. kenapa ye?

Gee Lion said...

@Azlan Strider betul tu.. some things have their own place.. (=

Affy Afiqah said...

ada orang yang kisah silam akan menghantui dia seumur hidup, itu punca kenapa tak mampu dilupakan atau ditinggalkan...benda ni semuanya berbalik pada individu...tak boleh samakan dengan setiap orang kerana apa yang kita alami berbeza2 antara satu sama lain...macam ika juga...ika pernah accident..itu kisah silam...tp traumanya masih ad sampai sekarang..npe?sb accident tu hmpir meragut nyawa...kdg2 termimpi semula...kdg2 terbayang sendiri bila di jln raya....susah.... :)

yang last tu...betul laa...klu org xleh trima kita seadanya kita skrg, mereka tidak ikhlas...just let go...sb akn ad yg lebih baik dn lebih pandai menghargai :)

Hafiz Hafizol said...

masa silam saya sangat ngeri awak. ngeri gila kalau fikir balik boleh jadi gila haha =p


Kalau boleh nak buang belaka kisah silam buat sakit kepala otak /:

Hafiz Hafizol said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Gee Lion said...

@Affy Afiqah alhamdulillah, ika sangat memahami. =)
setiap orang punya kisah masing2.
setiap orang ada kenangan. ada kisah silam.
setiap orang ada cara masing2 utk menyimpannya atau menceritakannya.

yg penting kena belajar menerima, kisah kita sendiri atau pon kisah orang lain.
jangan jadi hakim, jangan jadi juri.
kalau kita nak kisah silam kita diterima, kita juga kena bersedia menerima kisah silam orang lain =)

Gee Lion said...

@Hafiz Hafizol bolehlah buang En.Hafiz, pergi karan otak tu. inshaALLAH berkesan.. silap hari bulan hilang ingatan terus. haha :p

Mime MF said...

kisah silam..biarlah rahsia dgn Maha Pencipta shj..

Gee Lion said...

@Mime MF setuju cik Mime (=

Anonymous said...

silam dengan kenangan membawa dua makna berbeza. setiap org punya silam. bezanya sekental mana kita hadapi atau setabah mana kita tinggalkan silam itu ke belakang? semuanya kita boleh cerita tapi utk difaham oleh si pendegar rasanya mereka tak akan pernah faham. :)

Gee Lion said...

@asha hana that's why better kita rahsiakan saja. kadang-2 orang suka judge kita based on our kisah silam.. something we can't change but of course we can change the way we behave now, cuma kadang-2 tu la, orang takkan faham..

Nurulhidayah said...

Biarlah kisah silam berlalu bersama masa.. jadikan sejarah disudut lipatan hati..

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah betul tu cik Nurul, masa jua akan memulihkan segalanya.. (':