2018 semua!

Setahun telah berlalu semenjak kali terakhir aku update blog ni. Rasa rindu pada blog ni tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Entahlah apa yang dirindukan tu. Rindu pada coding? Layout yang comel? Atau pembaca-pembaca sekalian yang mungkin sudah lupa pada kewujudan blog ni? Mungkin semua..

Dalam setahun itu.. Macam-macam yang telah berlaku. Pada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ni, mungkin rasa cuma setahun aku hiatus tapi yang sebenarnya, in my real life dah tiga tahun aku mendiamkan diri. Aku move on dengan hidup dan mulakan kehidupan baru bersama keluarga kecilku.


Sehinggalah kematian ayahanda yang tercinta, menyentakkan aku dari lena yang cukup panjang. Mungkin ini peringatan dari Tuhan untuk aku muhasabah semula. Mungkin ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah kehidupan yang aku dambakan. Mungkin ini juga adalah sebuah hukuman disebabkan satu kesilapan yang aku lakukan, yang selama ini aku pandang sepi cuba untuk tidak peduli. Mungkin, mungkin dan mungkin..

Selepas ini, segalanya akan berubah. Perilaku, tatacara, tutur kata.. seiring dengan usia. Sehabis mungkin aku akan cuba menjadi manusia yang lebih baik. InshaAllah.

Terima kasih pada semua yang sudi nak tinggal jejak sepanjang aku tinggalkan blog ni. InshaAllah aku akan cuba balas satu per satu tapi aku takdelah aktif sangat dah. Mungkin seminggu sekali update macam tu je. Nak buat macam mana komitmen tinggi. Hehe.. Thanks yaaaa! ^_^

Dorothy Perkins Di Hati


Okay semua, hari ini mari kita jenguk dulu jenama Dorothy Perkins. Sememangnya, jarang nak pergi tengok jenama ini sebab dari luar rupa kedai macam tak ada baju yang sesuai untuk para Muslimah atau hijabista. Tapi kalau tak cuba tengok, macam mana nak tahu kan? Jadi jom kita tengok dengan cara yang lebih mudah daripada pergi ke shopping mall iaitu melalui Dorothy Perkins online yang ada sekarang! Tunggu dulu, mari baca apa yang anda perlu ketahui sebelum singgah membeli koleksi Dorothy Perkins.

1. Mempunyai pelbagai saiz


Jenama Dorothy Perkins ini memang best! Dengan pelbagai jenis saiz yang ada, seperti Petite (untuk mereka yang bersaiz kecil) dan Plus Size (untuk yang bersaiz lebih besar sedikit), anda akan lebih mudah mencari pakaian yang sesuai mengikut saiz badan masing-masing. Oleh kerana jenama ini datang dari UK (United Kingdom) saiz pakaian akan selalunya longgar sedikit untuk wanita Asia jadi lebih baik untuk para Muslimah kerana perlu mementingkan pakaian yang tidak terlalu ketat. Jadi Dorothy Perkins sesuai sangat untuk Hijabista.

2. Pentingkan fabrik


Untuk para Muslimah, sekiranya anda menjumpai blaus yang sangat cantik di dalam koleksi Dorothy Perkins tetapi diperbuat daripada kain yang jarang, anda boleh cuba memakai inner untuk menggayakannya. Perhatikan jika produk mempunyai ayat deskripsi seperti sheer (jarang) dan unlined (tidak ada lining atau lapis dalaman). Anda juga tak usah meragui pakaian buatan Dorothy Perkins kerana jenama ini hanya menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi.

3. Lengan pendek? Tiada lengan baju?


Baiklah untuk tip yang ini, semuanya bergantung kepada tahap cita rasa masing-masing. Umumnya, kalau baju berlengan pendek atau sleeveless (baju tidak berlengan) mesti para Muslimah akan menjauhinya bukan? Para Hijabista yang bijak tidak akan menjauhi pakaian seperti ini kerana mudah untuk mengatasi masalah ini. Sebaliknya mereka akan menggunakan teknik layering iaitu melapiskan satu jenis pakaian atas yang lain. Untuk sleeveless tops, anda boleh gunakan di atas baju lengan panjang seperti yang digambarkan di atas. Mudah je!

Sudah baca tips di atas? Sekarang, mari kita lihat rangkaian produk dari jenama pakaian Dorothy Perkins hari ini dan tampil lebih bergaya dengan mudah.