2018 semua!

Setahun telah berlalu semenjak kali terakhir aku update blog ni. Rasa rindu pada blog ni tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Entahlah apa yang dirindukan tu. Rindu pada coding? Layout yang comel? Atau pembaca-pembaca sekalian yang mungkin sudah lupa pada kewujudan blog ni? Mungkin semua..

Dalam setahun itu.. Macam-macam yang telah berlaku. Pada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ni, mungkin rasa cuma setahun aku hiatus tapi yang sebenarnya, in my real life dah tiga tahun aku mendiamkan diri. Aku move on dengan hidup dan mulakan kehidupan baru bersama keluarga kecilku.


Sehinggalah kematian ayahanda yang tercinta, menyentakkan aku dari lena yang cukup panjang. Mungkin ini peringatan dari Tuhan untuk aku muhasabah semula. Mungkin ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah kehidupan yang aku dambakan. Mungkin ini juga adalah sebuah hukuman disebabkan satu kesilapan yang aku lakukan, yang selama ini aku pandang sepi cuba untuk tidak peduli. Mungkin, mungkin dan mungkin..

Selepas ini, segalanya akan berubah. Perilaku, tatacara, tutur kata.. seiring dengan usia. Sehabis mungkin aku akan cuba menjadi manusia yang lebih baik. InshaAllah.

Terima kasih pada semua yang sudi nak tinggal jejak sepanjang aku tinggalkan blog ni. InshaAllah aku akan cuba balas satu per satu tapi aku takdelah aktif sangat dah. Mungkin seminggu sekali update macam tu je. Nak buat macam mana komitmen tinggi. Hehe.. Thanks yaaaa! ^_^