Kembali

Sedikit terasa bukan penambah duka. Jiwa yg cekal adalah jawapan segalanya. Tidak kira seberapa banyak cercaan yang dilemparkan, asal kau tahu kau bukan sedemikian insan maka tiada apa yang perlu disesalkan. Hadirnya dia mungkin sebagai pengajaran untuk hidup yg satu tika dulu kau pandang ringan. Allah ingin kau kembali padaNya, begitu sayang Dia pada kau sehingga tak sanggup membiarkan kau kembali menghadapNya dalam keadaan hina & dina.


Sayang, andai kau tahulah betapa mendalamnya cinta Dia pasti untuk berkata "Ahhh.." pun kau tidak berani. Bukan hukuman ingin diberikan, cukuplah untuk kau sedar bahawa bukan dari dia cinta yg hakiki. Lupakah kau pada 1001 harapan yang diletak pada bahumu, bukanlah ia beban namun tanggungjawab yg lahir sebaik kau membuka mata melihat alam yang fana. Tidak dilahirkan manusia untuk bersuka-suka namun mengisi hidup dengan ibadah, itulah dia.

Selamat kembali ke jalan yang satu, jalan yg menjadi penyuluh dalam hidupmu..

Panas

Sekarang kena ambil masa nak panaskan blog balik. Alah macam naik kereta, takkan start engine terus boleh jalan kan? Hehe. Banyak benda nak kena edit, nak kena tolak, nak kena tambah. Rupanya, bukan aku seorang je hilang & menyepi dalam dunia blog. Blogger-blogger lain pon sama, ada yg timbul jap ada yang tenggelam langsung. Untunglah pada anda, anda & anda yang masih dikurniakan masa yang lapang untuk terus aktif untuk berblogging.


Alah, tak kisah. Sebab memang blog aku ni aku buat macam tong sampah masalah je. Lepas dah keluh kesah antara kawan baik & diari sendiri, barulah aku tergerak hati nak coret dalam blog ni. Ish, takkan nak tulis semua. Kantoilah. Haha.

Yes, blog untuk favourite bloglist pun dah buat yg baru. Tapi aku privatekan dulu. Ada masa aku pergi ronda kay. See ya.