Sepi

Sepi tu memang indah. Saat takde siapa boleh kacau kau. Apa kau fikir, apa kau rasa semua ada kat situ. Waktu kau jalan sendiri dan kau lihat sekeliling, dan kau bercakap pada diri sendiri "WHAT A BLESS TIME I HAD, SHOULD HAVING MORE."

Kau rela sepi, sepi menjujurkan kau. Sepi membuatkan kau muhasabah diri. Sepi peneman yang setia saat kau merenung kelemahan sendiri. Sepi memberikan kau cermin, cermin yang takkan ada pantulan pada siapa-siapa, cuma pada kau seorang sahaja.


Sepi adalah bila kau keseorangan tapi masih ada orang lain peduli tentang kau. Sepi memberanakkan sunyi. Sunyi adalah bila kau dalam keriuhan tapi takda siapa pon kisah tentang kau. Kau bersendiri. Kau menyendiri. Bila kau keseorangan kau hanya mendengar dengungan suara kau seadanya, bergema di hujung gegendang telinga.

Dia tahu bahawa dia tidak lagi berada dalam fasa sepi. Dia kini semakin sunyi. Waktu dia jalan sendiri dan lihat sekeliling; di mana orang lainnya berjalan berdua dan bertiga, dan dia cakap pada diri sendiri "WHAT A LONELINESS I HAD. SHOULD NEVER END LIKE THIS."

Dia sanggup berkawan dengan sepi tapi dia tak sudi sunyi hadir menemani.

Join Game Anak Itik Comot 2014


Syarat-syarat permainan :
  • Follow blog Anak Itik (bagi yang belum)
  • Buat entri bertajuk 'Join Game Anak Itik Comot 2014'
    (copy je balik Syarat, Peraturan & Soalan dari entry Anak Itik)
  • Letakkan Banner di atas dan linkkan pada post ini.
  • Tinggalkan juga URL Entri kamu di ruangan komen Anak Itik.
  • Game ni tiada tarikh tamat. Jadi sesape je boleh join sampai bila-bila.

Peraturan permainan :
  • Guna Google Image untuk mencari jawapan daripada soalan dibawah. Kemudian kamu perlu memilih satu gambar mengikut kiraan melintang dari nombor kesukaan kamu (soalan 1) dan post kan gambar tersebut sebagai jawapan kamu. Buat huraian di bawah gambar.
  • Kalau kamu menjawab nombor tiga(3) pada soalan pertama, dan untuk soalan kedua dan seterusnya, gambar yang ketiga di google image tersebut terdapat unsur lucah/manusia tak tutup aurat dll yang tak patut. Jangan ambil !! Diringankan syarat kamu boleh pilih apa-apa sahaja gambar yang kamu suka di page pertama google image.

Soalan :
0) Angka 1-10 yang kamu suka?
1) Nama kamu ?
2) Blog kamu berkaitan ?
3) Makanan kegemaran ?
4) Minuman kegemaran ?
5) Suka warna ?
6) Subjek yang disukai ?
7) Siapa kawan rapat kamu ?
8) Hobi/ Masa lapang buat ?
9) Cita2/ Kamu ingin menjadi ?


(0) Nombor dua. Dulu, kini dan selamanya.
Banyak benda yang berkait dengan nombor dua berlaku dalam hidup aku. Memang sangat kebetulan.


Wow.. Sekali gambar ni yang keluar. Ahakss..


Nothing. Just personal blogging.


Mahal, tak boleh makan hari-hari. Tapi memang sedap.


Semestinya, Ice Lemon Tea!


Brown and Pink. Purple sikit-sikit.


Dari zaman UPSR, kepada PMR hinggalah SPM dan STPM. Tapi sedih dengan nasib BM ni sekarang..


Nama depa sama.. (:


Dah kata masa lapang, buat apa lagi? Hehehe..


Agak-agak apa yang dapat dibaca dari gambar ni?
Itulah cita-cita aku.

KESIMPULAN :
Aku tak misteri. Aku pun manusia macam korang semua. Bestlah game ni. Nanti +ANAK ITIK  buat lagi ea.

Adios homeza. Ya ee maka ci na wakasalu ot deh!

Kejora

Pertemuan pada malam itu mengubah segalanya. Niatnya hanya ingin memberikan detik-detik terakhir terindah dalam hidup seorang asing yang dia jumpa di hutan hati itu. Namun kala dicelikkan mata, baru dia sedar.. Bahawa dunia lebih berwarna warni dari sebelumnya. Suara hati dia berbisik, sedang selama ini hanya suara fikiran songsangnya yang kedengaran.

Hanya sekali dalam satu abad, hujan bintang itu turun mengenai bumi. Pada malam yang indah pada purnama yang membangkitkan ghairah pandangan yang memandang. Jatuhnya pada malam yang kesembilan genap sembilan bulan, kala bulan itu ditutupi dek awan nan kegersangan.


Cuma sekali dalam satu dekad, pokok itu menerbitkan bau yang mengasyikkan. Sesiapa menghidunya tidak akan jatuh tidak juga akan hidup. Halusinasi ditusuk duri sembilu meracuni seiring dengan bau yang mewangi. Dia yang ditakuti, bahkan digeruni juga terpaksa tunduk cuak pada sang pokok yang merajai. Pokok yang terbit dalam tempoh dasawarsa, hanya untuk tatapan wangsa terpersona.

Dia takkan sesekali berpijak di situ lagi. Permintaan terakhir dari jasad seorang insani melumpuhkan langkahnya. Saban hari, hidupnya hanya merenung jeriji besi. Tidak keluar mencuri masa tidak juga keluar mencari mangsa. Hatinya dinoda, dia terseksa, jiwa dan raga.

Jalan


Sometimes we can choose the paths we follow. Sometimes our choices are made for us. And sometimes we have no choice at all. - Neil Gaiman, The Sandman, Vol. 4: Season of Mists

We can never judge the lives of others, because each person knows only their own pain and renunciation. It's one thing to feel that you are on the right path, but it's another to think that yours is the only path. ― Paulo Coelho


Be in this life as if your were a stranger or a traveller on a path.
- Muhammad SAW

Malam

Bila malam tu datang, dan kau sedar yang takde siapa pon di sisi kau. Kau terasa ingin ditemani, bonus jika disayangi. Bayangan dia datang bertandang dalam jernih air mata yang kau deraikan setiap malam. Tidak mempertimbangkan langsung tentang kewujudan Cinta lain yang memerhati.

Kenapa?
Begitu dangkalkah hatimu?
Begitu sunyikah dirimu?
Begitu rendahkah maruahmu?


Kau terfikir, kau tak perlukan dia. Kau lalui semusim perhubungan itu dengan membohongi diri sendiri. Jikalau saja jari kau belum berpunya dan hati kau belum disetubuhi.

Sampai bila? Inginkah kau runtuhkan sekian lama nostalgik yang terbina? Inginkah kau runtuhkan dua harapan yang kian menyatu? Atau kau ingin langsung runtuhkah hati yang mendamba padamu? Kau tidak boleh berpura selamanya. Sampai suatu saat, kau kena berdepan dengan segalanya. Ini adalah soal hidup mati kau. Sesungguhnya urusan itu bukan untuk sehari dua. Dan bila waktu itu tiba, kau kena pilih mana bahagian kau nak berdiri. Jangan berbelah bagi.

Soalnya, di mana kau letak hatimu kini?

Rasa

Bila kau tengok dia dan berharap dia menjadi sebahagian dari kau. Kalau dulu kau bisa lari dari kenyataan sehingga tidak ada seorang pon yang memahami peri keputusan kau buat. Tapi sekarang setiap hari suara dia.. Wajah dia.. Yang kau perlu hadap saban masa.

Kau penat? Terasa ingin lari lagi?

Ceruk dunia mana nak terima kau? Celah dunia mana kau nak menyelit? Lupa kenapa kau berada di sini? Atau kau dah tak peduli pada tangan-tangan yang meminta dan hati-hati yang berharap?


Dia dah nasihat lama dulu, lirikan mata tu bukan untuk direnung. Kerdipan kejora tu bukan untuk diangan. Kau punya hidup untuk diteruskan. Kau punya logik untuk difikirkan.

Dia tak mahu kau kecewa. Kau tahu sakitnya macam mana. Terlalu keraskah hati kau sekarang, sampai sakit pon kau susah nak duga?

Kau nak beritahu apa kau rasa? Macam mana? Kau nak berbisik atau.. kau nak menjerit?

Palsu

Realiti dan dia bukan teman yang baik. Walau Realiti sudah melakukan apa saja untuk membuat si dia gembira, namun si dia tetap merasakan Realiti sengaja mempergunakan dia. Dia juga merasakan bahawa dia sudah buat apa saja agar Realiti baik pada dia, tapi Realiti masih tetap menyusahkan dia.

Oleh sebab itu, dia selalu berakhir berkawan dengan Imaginasi. Entah kenapa, Imaginasi begitu baik pada dia. Apa yang dia mahu semua Imaginasi boleh tunaikan. Daripada berbaring di rumpunan hijau yang menenangkan hinggalah terbang ke langit biru bersayapkan burung-burung merpati yang berkicauan merdu, dia merasa Imaginasi adalah segalanya. Sehingga dia enggan berkawan dengan Realiti lagi.

Realiti merasa sangat hampa. Dari hari ke hari, Realiti bertambah hiba ditinggalkan si dia. Dari hari ke hari, Realiti bertambah sendu dan sedu. Realiti menderita. Realiti merana. Realiti kepingin agar dia diberikan perhatian. Bermacam-macam hal yang menimpa Realiti, namun si dia tegar menutup mata memekakkan telinga. Si dia bosan dengan karenah Realiti yang disifatkannya cendela dan cela.


Imaginasi hanya tersenyum. Permainannya berjaya membuatkan si dia lupa akan Realiti. Sebenarnya, Imaginasi hanya berpura-pura supaya si dia merasa bahagia sementara. Sedangkan Imaginasi mempunyai misi yang tersendiri untuk membuat si dia JATUH di kemudian hari.

Hakikatnya, Realiti adalah kebenaran dan Imaginasi adalah suatu kepuraan, suatu kepalsuan yang nyata.

Jibril

Lagi tentang buku. Mungkin sebab dunia dan minat aku ialah buku, buku, buku dan buku. Cuba bayangkan kalau korang jumpa aku kat luar, mesti bosan kan sebab aku selalu cakap tentang buku? Takda benda lain yang boleh menarik perhatian aku melainkan buku yang unik, buku yang kulitnya cantik dan buku yang bahasanya menarik.

Persoalannya, berapa banyak kali aku sebut buku kat atas? Takde kena mengena langsung. Pffft.

Seriyesli, buku ni memang THORbaik. Dan dia yang menulis selepas aku membaca, aku rasa.. macam gambaran kebanyakan lelaki yang korang jumpa kat luar sana. Typical malay man. Muslim but not so Islam. Mohon jangan terasa. Itu pendapat aku yang punya.
#bukandarijibril bahasanya agak lain. Kalau fikiran korang konservatif, aku tak rasa korang boleh hadam bahasa yang digunakan oleh Fikri Harun. Aku petik sebuah petikan yang ada dalam buku ni :

Baca ini aku mahu pesan - jangan pancut merata. Aku taknak kau punya anak. Dia taknak kau punya aids. Kami taknak kau punya siphlis. Hatta dalam tandas sekalipun, ingat, jangan pancut merata, nanti terpijak, licin, tergelincir, kau herdik "Celaka! Belum jadi anak dah derhaka!". Mani sendiri juga yang kau salahkan. - Fikri Harun (ms104) Bukan Dari Jibril.

Jangan salah anggap. FH tidak menulis perkara yang bukan-bukan. Daripada politik kepada keagamaan, segalanya korang boleh jumpa dalam ni. Dan percaya atau tidak, seluruh kenakalan ilham itu terhasil sewaktu 'berhibernasi' dalam tandas!

Babak-babak dalam buku ini pendek-pendek sahaja, korang takkan penat membacanya. Korang takkan jemu bahkan korang jugak takkan puas. Satu je yang aku minta [aku taknak kau end up macam kawan aku yang lain] buka minda seluasnya apabila korang membaca buku ini. Moga kepuasan itu menjadi milikmu.

SMS : Gaji dah masuk. Jom singgah Kinokuniya!

Mimpi

Hampir saban malam, mimpi itu menganggunya. Tidurnya kini tidak lagi seenak dulu. Dia menjadi paranoid. Menjadi takut. Ekoran dari mimpi yang tidak dijemput, hampir setiap hari jaganya lewat. Prestasi kerjanya terganggu. Memang mudah boleh bicara dan menterjemah apa yang dilihat dalam mimpi itu, tapi dia tidak mahu dan tidak sanggup. Bagaimana andai itu menjadi kenyataan dan dia sedang menulisnya sekarang?


Doa menjadi pelindung, solat malam menjadi perisai. Namun masih gagal menepis kehadiran mimpi yang berturut-turut hadir dalam bayangan yang sama. Dia rimas. Dia ingin melupakannya. Enggan terseret lagi dalam kancah yang kabur. Namun masih saja, dia gagal.

Mimpi aneh bagaikan putaran filem lama yang berbunyi.. sretttttt... tip tap tip tap.. Dan dia berada dalam panggung itu, memerhatikan hidupnya sendiri. Di depannya cuma ada seorang makhluk mengunyah pop corn, juga keseorangan. Duduknya membatu. Tidak menoleh ke kanan, tidak juga menoleh ke kiri. Apakah sekiranya ia menoleh ke belakang, wajahnya akan berupa manusia?

Adakah harus ditegur? Dirinya yang melihat berkata JANGAN. Namun entah mengapa dia bangun, hairan.. Dari mana datangnya keberanian itu? Panggung itu masih sepi. Hanya putaran filem yang kedengaran..

Magis

Novel tulisan Ramlee Awang Murshid tak pernah menghampakan aku. Aku tak berapa gemar nak layan novel cinta-cintun ni, sebab once addicted, would be always addicted. Basically, kalau korang baca novel ni pada awalnya memang agak blur. Magis apa yang cuba dipaparkan oleh RAM? Rupanya magis itulah, malah begitu baik garapannya dalam menggambarkan dunia akhir zaman.

Aku maklum, pastilah Dajal yang digambarkan di akhir cerita. Sekurang-kurangnya begitulah yang aku bayangkan.


Jika sebelum ini kita selalu disogokkan dengan cerita-cerita Hollywood berdasarkan Bible kepercayaan mereka [ Tonton Charlie and the Chocolate Factory, Gladiator, Harry Potter and the Deathly Hallows, The Book of Eli, The Secret Garden, Season of the Witch, The Truman Show etcetera.. ] Apa kata kali ini korang layan novel garapan penulis Melayu berkiblatkan perspektif Islam?

Malah lebih baik sekiranya novel-novel persis ini yang diadaptasi menjadi filem atau drama, daripada menyogokkan penonton-penonton Melayu dengan cerita cinta yang tak berkesudahan. Sendu!

Penjenayah

Hari itu dia membazir waktu. Dia tahu banyak kerja menanti, tapi dia mahu cukup bermalas-malasan. Hari itu juga genap beberapa minggu dia terputus hubungan dengan insan di sekelilingnya. Egonya cukup tinggi, tiap masa dia terfikir, perlukah aku mulakan langkah pertama? Apakah cukup berkata hai dan bertanya khabar sedang perihal sebenarnya jauh lebih besar dari itu?

Dia terasa dimalukan dan dituduh dengan pelbagai gelaran. Tiada insan nak tanya dia.. "Kenapa? Awak okay?"

Arghhh.. Dia sudah penat mendodoi hati sendiri. Kadang-kala dia teringin mendengar kata bujukan yang menenangkan dari orang lain. Tapi hampa.. orang selagi bernama manusia terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Dia tak ubah laksana seorang penjenayah yang akan dihumban masuk neraka bila-bila masa. Dua persoalan itu sangat mengganggu fikirannya.


Kalau perkara itu bukan berpunca dari kita dan kita diseret ke dalam drama yang kita tak tahu hujung pangkalnya; apakah kita yang ego kerana enggan mengucap salam? Kalau perkara itu timbul semberono dan kita terseret sehingga menampakkan kita bersalah; adakah masa itu untuk kita berdiam diri kerana disalah erti atau cuba memahamkan orang yang meletakkan 100% kesalahan di bahu kita tanpa bertanyakan kenapa?

Dia teringat suatu pepatah :

Never explain yourself. Your friends don't need it and your enemies won't believe it.

Dia menarik selimut bujangnya. Cuba memejamkan mata dengan persoalan itu terus berlegar dalam logika...

Senyuman

Ramai bertanya, apa rahsia kegembiraannya? Tiap masa dia tersenyum sendirian, walau keseorangan. Walau dia yakin pada ketika itu tiada siapa yang melihatnya melainkan yang Maha Esa. Tapi masih, orang dapat melihat senyuman itu mekar di bibirnya. Menguntum bak bunga seri pagi mewarnai hari.

Tapi tak siapa tahu, itulah kepuraan yang pakar dilakukan oleh sang manusia bernama dia. Dia tahu dia perlu menguatkan hatinya, maka senyuman itulah penawar segalanya. Ion positif perlu ditarik, bukan dibuang oleh keresahan. Maka dia senyum, walaupun hatinya perit.


Meski banyak andaian bahkan usikan diterima, dia tetap tersenyum. Jawapan itu terbalut kemas, tergenggam erat di lubuk hati. Khuatir jika dikongsi, maka orang akan tahu bahawa senyuman itu berbaur palsu. Senyuman itu direka agar orang bisa melihat peri gembira dirinya. Ion positif itu sedang dicas, dicas oleh keriangan orang lain yang melihat dia seakan bahagia!

Jauh

Dia terasa ingin pergi. Jauh dari sini. Tapi dia bimbang.. dia tahu bekalan yang dia ada belum mencukupi. Kalaulah semudah itu untuk meninggalkan sesuatu, pasti dialah insan pertama yang sudi menyunting nadi.

Dia tahu, dia hanya pemikir sejati yang berlebihan. Tiada apa yang dapat dilakukan dengan penyakitnya itu. Meski dia mencuba berusaha berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku, namun gangguan delusi itu menjeratnya. Dia mengalah dan dikalahkan oleh keadaan. Kerap kali bayangan itu datang memanggilnya dia semula, dia terpuruk di tepi sudut itu. Menyerah dan menunggu pertolongan.


Dia tidak ingin menjadi beban. Pada orang lain, pada dirinya sendiri. Dia penat. Dia terasa ingin pergi. Jauh dari sini.

Dunia

Kadang-kadang dia rasa, hidupnya bukan di sini. Seolah rohnya dan jasadnya adalah kepunyaan tempat lain. Usah bicara soal kehidupan selepas kematian, kerana dia cukup maklum akan itu. Apa yang dia bayangkan adalah suatu takdir yang cukup berbeza, seakan ada sesuatu yang lebih besar atau lebih kecil daripada semua ini.

Kadang-kadang, dia tak dapat rasa kehidupannya itu semacam apa. Ia berlalu tiap-tiap hari dan hatinya.. Hatinya.. Arghh.. Kebas! Dia tak tahu di mana dia berpijak!

https://weheartit.com/entry/66977087

Kadang-kadang dia rasa, keberadaan dia di sini seperti tiada erti. Seolah dia hidup dalam dimensi dan ruang orang lain. Bukan dia. Bukan dia sepatutnya. Dia.. hilang jejak dalam ramai. Dia tak pasti, dia tak tahu.. Mana hujungnya dan di mana pangkalnya..