Malam

• Gee Lion • 20:05:00 • 29 Sembang
Bila malam tu datang, dan kau sedar yang takde siapa pon di sisi kau. Kau terasa ingin ditemani, bonus jika disayangi. Bayangan dia datang bertandang dalam jernih air mata yang kau deraikan setiap malam. Tidak mempertimbangkan langsung tentang kewujudan Cinta lain yang memerhati.

Kenapa?
Begitu dangkalkah hatimu?
Begitu sunyikah dirimu?
Begitu rendahkah maruahmu?


Kau terfikir, kau tak perlukan dia. Kau lalui semusim perhubungan itu dengan membohongi diri sendiri. Jikalau saja jari kau belum berpunya dan hati kau belum disetubuhi.

Sampai bila? Inginkah kau runtuhkan sekian lama nostalgik yang terbina? Inginkah kau runtuhkan dua harapan yang kian menyatu? Atau kau ingin langsung runtuhkah hati yang mendamba padamu? Kau tidak boleh berpura selamanya. Sampai suatu saat, kau kena berdepan dengan segalanya. Ini adalah soal hidup mati kau. Sesungguhnya urusan itu bukan untuk sehari dua. Dan bila waktu itu tiba, kau kena pilih mana bahagian kau nak berdiri. Jangan berbelah bagi.

Soalnya, di mana kau letak hatimu kini?

  1. confused dengan perasaan sendiri sampai diri sendiri jadi bingung. huhu.

    ReplyDelete
  2. berbicara soal hati nampaknya malam ni.hihi :)

    ReplyDelete
  3. Akak biasa merasakan sepi di waktu begini...malam seorg diri,mata yg berkaca..mengenang si dia yg kdg2 dtg dn pergi sesuka hati...ada cinta lain yg memerhati dn sudi menyeka airmata,yg begitu setia...org lain yg dirindu,org lain pula yg dtg merayu..org lain yg melukakn hati tp kpd yg lain akak mengadu....memang satu bonus kerana disayangai,bukan satu malah lebih dari dua tp hati akak ini akakpun taktau letaknya di mana....

    ReplyDelete
  4. ada2 xfhm sebab sangat mendalam maksud ni..:DDDDD

    ReplyDelete
  5. puitis sungguh.. smpai susah nk paham.. heheh

    ReplyDelete
  6. kdg2 rasa mcm tu dtg.
    kdg2, tidak.

    ReplyDelete
  7. hatiku telah dicuri.. hehehe..

    komen ada kaitan tak ngan entri? :)

    ReplyDelete
  8. @Iris Jasmine Aishh.. jangan begitu ye cik Iris, jgn confius-2.. kang jadi kisah mcm kat atas ni.. lagi bingung dibuatnya.. (:

    ReplyDelete
  9. @Nur Inani haha.. gitulah gamaknya cik sweet.. ^^

    ReplyDelete
  10. @Wirda Amir istikharah kak Wir, inshaAllah ada jawabnya.. kadang2 jawapan dah ada kat depan mata, cuma Allah belum bukakan mata hati kita untuk melihatnya.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tk buat istikharah sbb akak tk bersedia utk kesemua mereka...hehehe...

      Seperti yg akak pernah tulis di page akak....'sebenarnya telah lama saya nampak akan hal ini..tapi baru sekarang Allah izinkan sy melihatnya dgn matahati.....'

      Delete
  11. @ikhwan yusuff lelaki memang kurang faham bahasa-2 kiasan mcm ni kan en.Ikhwan? hehe :p

    ReplyDelete
  12. @Pha Is takpe.. saya faham kalau ada yang tak faham.. :p

    ReplyDelete
  13. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) lagi dalam? aishh... kena bagi cetek sikit jam lagi.. haha..

    ReplyDelete
  14. @4feet8 sedikit rasa tu je dah boleh bagi banyak perbezaan.. (:

    ReplyDelete
  15. @Wirda Amir page yg mana tu kak? LINK please?

    Nak baca.. hehe (:

    ReplyDelete
  16. owh bicara hati di waktu mlm..
    deep meaning!!

    ReplyDelete
  17. @Sobri Yaacob sapa yg ada pengalaman mungkin dpt rasa entri ni kot.. hehe :p

    ReplyDelete
  18. Dulu pernah merasai.. namun kini semua tu menjadi pengalaman dan pengajaran berguna utk kuteruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  19. @aizamia3 itulah.. pgajaran paling berguna.. (:

    ReplyDelete
  20. Page tu amir bina utk akak,kami manage bersama,sama seperti blog wirda ini...jarang akak menulis di sana,cuma post pic baby je...bak kata amir,dia adalah papa kepada buah cinta kami yg berdozen2 tu..dan dh tentulah akak mamanya....hehe

    ReplyDelete
  21. Hati kau ada kat dia..dah xde kat aku...wuuu :')

    ReplyDelete
  22. ya hati dia kini milik sang lain. bukan pada pengemis cinta sepi ini. :')

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...