Rasa

• Gee Lion • 16:59:00 • 28 Sembang
Bila kau tengok dia dan berharap dia menjadi sebahagian dari kau. Kalau dulu kau bisa lari dari kenyataan sehingga tidak ada seorang pon yang memahami peri keputusan kau buat. Tapi sekarang setiap hari suara dia.. Wajah dia.. Yang kau perlu hadap saban masa.

Kau penat? Terasa ingin lari lagi?

Ceruk dunia mana nak terima kau? Celah dunia mana kau nak menyelit? Lupa kenapa kau berada di sini? Atau kau dah tak peduli pada tangan-tangan yang meminta dan hati-hati yang berharap?


Dia dah nasihat lama dulu, lirikan mata tu bukan untuk direnung. Kerdipan kejora tu bukan untuk diangan. Kau punya hidup untuk diteruskan. Kau punya logik untuk difikirkan.

Dia tak mahu kau kecewa. Kau tahu sakitnya macam mana. Terlalu keraskah hati kau sekarang, sampai sakit pon kau susah nak duga?

Kau nak beritahu apa kau rasa? Macam mana? Kau nak berbisik atau.. kau nak menjerit?

  1. jerit..hihi.biarlah lepas segala yg dirasa .. :)

    ReplyDelete
  2. ayat2 dia semua ada maksud mendalam.. sukar difahami.. :)

    ReplyDelete
  3. ok x tahu nak komen mcm mana.
    ini cerpen atau luahan perasaan ??:)

    ReplyDelete
  4. knp rasa sakit yg dicari pdhl jalan yg baik menanti? ayat2 yg mendalam maksudnya..hny tuan badan yg tau maksud disebaliknya..hehe:)

    ReplyDelete
  5. @Nur Inani bahaya tu menjerit. takut nanti ade yg sakit telinga..

    ReplyDelete
  6. terpaksa baca berulang kali utk memahaminya

    ReplyDelete
  7. bersabarlah.. usah terlalu mengikut rasa hati..

    ReplyDelete
  8. hanya ALLAH tahu apa yang ku pendam rapi.. lebih baik ku kelukan dari berbicara agar hati tidak tersakiti ^_^

    ReplyDelete
  9. adakah ini diaplikasi dalam konteks perhubungan atau benda lain??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Diari rasa..apa yang terpahat dijiwa tak sama dengan yang berkata dihati...apa yang terlihat dimata mungkin cuma hiasan utk mereka, namun jauh disudut hati diari rasa masih lagi berahsia :)

    ReplyDelete
  11. Siapakah dia itu...?akak rasa kedua2 bahasa adik di entri malam dn yg ini tak begitu menusuk jiwa berbanding yg sebelumnya...akak percaya adik boleh buat persembahan yg lebih baik lagi dari ini atau adakah krn nada akak membaca tak sama dgn nada ketika adik menulisnya..?atau adakah krn akak tk dpt memahami maksudnya..?

    ReplyDelete
  12. Bak kata pepatah org putih yg akak melayukan...hehe..kamu boleh lari tp x blh sembunyi...

    Akak nak tau..yg itu suara hati atau emosi....?

    Hadapi sahaja apa yg telah ditakdirkan....anggap ianya satu ujian...Allah menguji krn kasihsygNya.....

    ReplyDelete
  13. @Mime MF tuan badan dah tak tahu rasa sakit kot.. (:

    ReplyDelete
  14. @Khai♥Rin : anies kalau boleh faham anies memang thorbaik!!

    ReplyDelete
  15. @Aku Penghibur Wah.. kemain acik pulak berpujangga petang2 camni.. hehe :p

    ReplyDelete
  16. @Azlan Strider En.Azlan rasa macam mana? Errr.. jawapan saya rahsia.. hehe :p

    ReplyDelete
  17. @Sally Samsaiman Alhamdulillah.. awak sangat memahami.. (:

    ReplyDelete
  18. @Wirda Amir haha.. kak Wir ni ada2 je.. tak boleh mcm tu kak Wir.. kadang2 saya pon jadi penat tulis entri yg maksud mendalam sangat ni.. penat nak memikir. so sesekali saya ringankanlah penulisan entri blog ni.. hahaha (:

    terima kasih kerana pada saya, kritikan/pandangan kak Wir bernas sekali. seganlah.. hihi (:

    ReplyDelete
  19. @Wirda Amir saya tak pasti dia tahu bezakan antara suara hati atau emosi kak Wir. tapi dari pengamatan saya, saya rasa dia tak. kalau tak, dia takkan berperang perasaan sampai macam tu sekali.. (:

    ReplyDelete
  20. @4feet8 sayang, dia masih kat belakang.. (':

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...