Senyuman

• Gee Lion • 21:29:00 • 16 Sembang
Ramai bertanya, apa rahsia kegembiraannya? Tiap masa dia tersenyum sendirian, walau keseorangan. Walau dia yakin pada ketika itu tiada siapa yang melihatnya melainkan yang Maha Esa. Tapi masih, orang dapat melihat senyuman itu mekar di bibirnya. Menguntum bak bunga seri pagi mewarnai hari.

Tapi tak siapa tahu, itulah kepuraan yang pakar dilakukan oleh sang manusia bernama dia. Dia tahu dia perlu menguatkan hatinya, maka senyuman itulah penawar segalanya. Ion positif perlu ditarik, bukan dibuang oleh keresahan. Maka dia senyum, walaupun hatinya perit.


Meski banyak andaian bahkan usikan diterima, dia tetap tersenyum. Jawapan itu terbalut kemas, tergenggam erat di lubuk hati. Khuatir jika dikongsi, maka orang akan tahu bahawa senyuman itu berbaur palsu. Senyuman itu direka agar orang bisa melihat peri gembira dirinya. Ion positif itu sedang dicas, dicas oleh keriangan orang lain yang melihat dia seakan bahagia!

  1. Tetap senyum walaupun dalam hati cukup terluka..sya merasainya sekarang..wuuu :')

    ReplyDelete
  2. senyum itu penawar segala luka..

    p/s: love u blog template style..
    ni lagu tajuk apa ya?

    ReplyDelete
  3. senyuman utk menutup sedih mahupun gusar dalam hati...emmm

    ReplyDelete
  4. @Sobri Yaacob

    Oleh itu senyumlah sokmo.. Heee..

    Saya tak pasang lagu kat blog nih.. Errr. Btw, maybe En.Sobri cakap tentang lagu kat BlogList saya kot : dandelionly.blogpost.com
    Lagu tu lagu dari band Indonesia, Papinka; Masih Mencintainya.

    ReplyDelete
  5. @Mimie

    Senyuman memang dpt menutup sedih dlm hati. Sebab sedar tak sedar senyuman dpt menarik ion2 positif sekeliling kita.. Macam yg sy cakap kat atas tu.. ^^

    ReplyDelete
  6. Walaupun tersenyum...senyuman itu pasti pahit.....

    ReplyDelete
  7. yayyy jumpa akhirnya.. hehe..

    org kata senyum tu pengubat duka kan.. betul la kalau kita senyum rasa sedih tu akan hilang sikit2.. :)

    ReplyDelete
  8. oic..tq bagi tahu..ingatke lagu dari blog ni..rupanya dri bloglist..sedap lagu tu..first time dgar :)

    ReplyDelete
  9. ika juga tersenyum walaupun terluka, tapi tunang ika selalu cakap dia nampak kepura-puraan itu :')

    mungkin belum cukup bagus lagi dalam menyembunyikan kekecewaan...tp tersenyum walaupun sedang terluka itu tetap sakit...

    macam mana nak follow blog gee ye?? ika tak jumpa kotak follow...pastu ika pun tak pasti dah pernah follow atau tak sebelum ni sebab tak dapat tengok kat kotak follow...huk...

    ReplyDelete
  10. @Wirda Amir pahit mcm hempedu tapi orang tengok manis mcm madu.. (:

    ReplyDelete
  11. @Sobri Yaacob dengar-2 lah selalu.. memang sedap esp. bila ada kena mengena dlm hidup org yg mendengarnyer.. ade kena mgena ke? hihi.. (:

    ReplyDelete
  12. @Affy Afiqah hanya org yg memahami tahu samada senyuman tu betul2 atau pura2. bertuah ika dpt tunang yg memahami tau.. (:

    sakit tapi kalau boleh membuatkan org lain gembira, apa salahnyer kan.. sedihnyer pd kitalah.. -.-

    nak follow? saya pakai google plus. kalau ika takde profile google plus which mean actually ika blum update kpd profile jenis ni (semua blogger ade profile ni), jadi mmg ika tak dpt nak follow blog saya. kalau nak follow pakai profile old blogger, button dia saya dah sedia kat atas nun..

    maaf sebab nampak mcm agak complicated. hehe.. terima kasih sudi singgah & folo cni.. (:

    ReplyDelete
  13. Tersimpan kemas disudut hati.. yang terpamer cuma kebahagiaan..

    ReplyDelete
  14. @Nurul Hidayah hanya tabah menerima, hati siapa tahu..

    (:

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...