Kejora

• Gee Lion • 00:01:00 • 39 Sembang
Pertemuan pada malam itu mengubah segalanya. Niatnya hanya ingin memberikan detik-detik terakhir terindah dalam hidup seorang asing yang dia jumpa di hutan hati itu. Namun kala dicelikkan mata, baru dia sedar.. Bahawa dunia lebih berwarna warni dari sebelumnya. Suara hati dia berbisik, sedang selama ini hanya suara fikiran songsangnya yang kedengaran.

Hanya sekali dalam satu abad, hujan bintang itu turun mengenai bumi. Pada malam yang indah pada purnama yang membangkitkan ghairah pandangan yang memandang. Jatuhnya pada malam yang kesembilan genap sembilan bulan, kala bulan itu ditutupi dek awan nan kegersangan.


Cuma sekali dalam satu dekad, pokok itu menerbitkan bau yang mengasyikkan. Sesiapa menghidunya tidak akan jatuh tidak juga akan hidup. Halusinasi ditusuk duri sembilu meracuni seiring dengan bau yang mewangi. Dia yang ditakuti, bahkan digeruni juga terpaksa tunduk cuak pada sang pokok yang merajai. Pokok yang terbit dalam tempoh dasawarsa, hanya untuk tatapan wangsa terpersona.

Dia takkan sesekali berpijak di situ lagi. Permintaan terakhir dari jasad seorang insani melumpuhkan langkahnya. Saban hari, hidupnya hanya merenung jeriji besi. Tidak keluar mencuri masa tidak juga keluar mencari mangsa. Hatinya dinoda, dia terseksa, jiwa dan raga.

  1. bestnyaa kalau boleh jadi poetry :(
    nak gakkkkk

    ReplyDelete
  2. Puitis.....tpi rietta pling suka picta tu...bgaikan bnar hujan sedang turun...

    ReplyDelete
  3. entri yang menarik ..aru berkali-kali baru fahammm ^_^ maksudnya mendalam

    ReplyDelete
  4. @Akeyla Azmi sesiapa pon boleh qila.. hahaha.. (:

    ReplyDelete
  5. @HeNRieTTa JoSe banyak cari kat weheartit.com

    semua picta comel2 tau.. (:

    ReplyDelete
  6. @❤Kamsiah❤ terima kasih sudi ke mari. besok2 datang lagi.. hihi ^^

    ReplyDelete
  7. Tiga tahun dulu,akak ada create satu fb yg tiada identiti,masa tu akak blom kenal dunia blog..di situ akak menulis apa yg akak ingin tulis...ada seribu lebih rkn fb je,kebanyakannya lelalki..bbrapa org rkn wanita yg setia...ampir 400 org yg inbox akak,di setiap post,beratus komen dan hampir ratusan like...di situlah akak berkenalan dgn amir dn raja....sejak akak kenal kedua2nya..hati akak berbunga rian,sejak tu akak dh tkde idea utk menulis.....sampai sekarang...agaknya kalau akak kecewa tentu akak blh menulis semula....amir bawa akak ke dunia blog sbb dia nak akak menulis di blog yg dia bina utk akak...tp akak tk blh buat dah...hahahaha.....

    ReplyDelete
  8. Tersirat maksud dia .. Pandainyaa buat ni

    ReplyDelete
  9. hana pown ada jiwa macam awak. minat pada ayat yang puitis. kadang dengan hanya sepotong ayat sahaja menggambarkan hati yang sarat dengan rasa. :')

    ReplyDelete
  10. gee stiap kali kamu menulis entry sbgini..saya baca bkali2 cuba memahami..walaupun x paham.. i thing in not very good baca2 bahasa sastera.. but boleh la paham sikit:P

    tapi u have talent.. teruskan.. keep growing..u have uniq talent :)

    ReplyDelete
  11. boleh jadi cerpen macam ni.. menarik.. :D

    ReplyDelete
  12. @Wirda Amir Kak Wir, adakah itu bermaksud yg.. saya mungkin tak boleh menulis jika hati saya berbunga riang?

    ahahaha..

    sape Amir & Raja? apa khabar dorang sekarang? Wah, persis drama (:
    Facebook tu masih wujud lagi tak?

    saya tak de FB dah sekarang, saya rasa lebih nikmat bila menulis dlm blog. Dan, saya pon lari dari seseorg kat sana..

    Amir yg bina blog akak sekarang?

    ReplyDelete
  13. @asha hana cara tu lebih menenangkan drpd beritahu orang cara straight kan? (:

    ReplyDelete
  14. @Sobri Yaacob pada waktu saya memilih utk tulis sebegini, saya pon ada expectation & saya faham kalau ada orang yg tak faham (:

    inshaAllah, selagi ada ilham & hidayah, saya menulis. kalau tak, saya hiatus je la. (:

    terima kasih ye en.Sobri.. ^^ hiiii..

    ReplyDelete
  15. Akak dh jwb pertanyaan adk di atas,kalau komen akak tk lekat..nnti bgtau akak ye,akak tulis lain....line x ok kat sini...

    Akak tertinggal satu perenggan,akak jwb di sini..akak juga lari dr seseorg di fb akak sebelum fb wirda dimana akak bertemu amir dn raja tu....dia seorg pensyarah yg bertugas di sebuah universiti yg terkenal di selatan tanah air..sampai sekarang akak masih lari dr dia,amir dn raja tau pasal pensyarah ni....kisah akak,pensyarah tu,amir dn raja bl jd sebuah novel tau bkn drama sj tp drama bersiri 100 episod...hehehe

    ReplyDelete
  16. very talented!! nice. ingatkan betul2 kalau ada hujan bintang tadi... asyik betul!! hahah (:

    ReplyDelete
  17. sedap je baca..walaupun tak dpt nak digest mksdnya tp mantap ayat2 awak! hehe:D

    ReplyDelete
  18. @Izzati Amira haha, saya cilok picha tu dari weheartit.com :)

    ReplyDelete
  19. @Gee Lion

    he..he.. x pe..tapi masih ramai yg paham dari x pham.. ya sbab banyak blogger suka tulis entry jenis poem ini..daripada mula2 x paham..tapi lpas baca komen yg dbrikan mulah paham dgn stiap peom atau luahan hati yg ditulis :) blajar jugak2 la sikit..

    ReplyDelete
  20. Wah jiwang memalam ni Gee baca entri ni...sebab okje dtg mlm hehe...tp sepatah pun okje tak faham...

    ReplyDelete
  21. @Sobri Yaacob ye betul tuh! di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! ada kena mengena an? hahah :p

    rasanyer ramai blogger kat malaysia puitis2 orangnyer kot.. (:

    ReplyDelete
  22. @hainom OKje takpe kak okje. kak okje baca je. faham tak faham belakang punya cerita.. hehe.. :p

    ReplyDelete
  23. Mmg puitis ni..sgt kena dgn gambar..sgt best okkk.....i like..so so much... ^_^

    ReplyDelete
  24. cik gee ssuai jdi pnulis novel..hehe

    ReplyDelete
  25. @Puteri Syazwani haha.. malas nak taip citer pepanjang! :p

    ReplyDelete
  26. Bestnya....thanks kerana sudi lawat blog...insyallah akan saya balas...semoga hubungan kita erat.

    ReplyDelete
  27. @Muhammad Khairuddin Lim InshaAllah en.Khairuddin.. Terima kasih sudi ke sini.. esok2 datang lagi.. :p

    ReplyDelete
  28. Replies
    1. alhamdulillah cik Nur,
      masih dikurnai ilham oleh Allah utk menulis.. (:

      Delete
  29. alahaii suka baca ayat2 puitis gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trimas cik Nad.
      Alhamdulillah masih dikurniakan ilham dari Allah utk menulis ^_^

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...