Kisah Nasir #2

Bahagian Akhir dari Siri Kisah Nasir. Disebabkan cerita ini ditulis berdasarkan apa yang aku ingat saja, maka banyak fakta tidak dapat diceritakan dengan lebih terperinci.

Suatu malam, Nasir dibawa berjumpa dengan seorang lelaki yang tinggal berdekatan Kampung Darat Sir, Pahang. Korang pernah dengan rawatan tulang patah? Itulah kepakaran lelaki ini. Pak Teh dikatakan mampu mengubat mana-mana tulang yang patah. Jadi, Nasir pun duduk melunjur kakinya sementara Pak Teh mengurut-ngurut mencari apa yang bermasalah.

Pak Teh tak membaca apa-apa jampi. Secara tiba-tiba saja, dia mengangkat tangannya seolah menerima sesuatu dari entiti yang Nasir tak nampak. Dia juga seakan-seakan berkomunikasi dengan seseorang. Nasir mula tak sedap hati. Dia tak rela sekiranya kena berubat dengan makhluk yang tak diredhai oleh Allah.

Kegusaran hati Nasir lekas dijawab oleh Pak Teh. Pak Teh menjelaskan, kawannya dari alam bunian datang tengokkan kaki Nasir. Sebenarnya, kawan dialah pakar tersebut. Dia hanya pengantaranya saja. Kawannya memberitahu, kaki Nasir boleh diubati cuma rawatan ini akan menyebabkan Nasir mengalami kesakitan luar biasa seketika.

Pak Teh pun meminta Nasir bersiap sedia. Sebaik saja mendapat sendi yang betul, dia merentap bahagian kaki tersebut. Nasir terkedu. Kata Nasir, punyalah sakit sehingga tak terkeluar jeritan dari mulutnya. Tapi dia pasti, mukanya naik biru kerana hal tersebut. Pak Teh sempat memuji Nasir sebab katanya Nasir tenang tak menjerit. Kalau orang lain, dah melolong-lolong.

Pak Teh.. Pak Teh.. Kalaulah Pak Teh tahu...


Di sinilah, titik mula kaki Nasir menjadi tempang sikit. Kalau orang tengok sekejap mungkin tak perasan. Tapi jika dilihat betul-betul, kaki Nasir ada terjungkit sebelah sikit apabila berjalan. Dua hari selepas rawatan tersebut, Nasir dah boleh jalan seperti biasa.

Sakitnya betul seketika saja tapi hasilnya, sehingga ke hari ini kakinya baik. Boleh saja jalan siap berlari lagi seperti orang normal lainnya. Doktor kata, kes Nasir hopeless. Mungkin Nasir kena berkerusi roda sepanjang hayat. Tapi alhamdulillah dengan kuasa Allah, Nasir dapat semula nikmat kakinya.

Susah nak percaya kan? Tapi, percayalah.. Kasihmu lama tersulam.. Di ruang paling dalam... Terlalu jauh tak terselam..

Btw, dalam dunia ni ada macam-macam makhluk selain daripada kita yang kita tak nampak. Dan percayalah juga bahawa alam bunian itu wujud bahkan kata sesetengah orang, teknologi dan gaya mereka jauh lebih maju meninggalkan kita. Aku tak ragu mengatakan kerana kepakaran itulah kaki Nasir boleh sembuh dan tak lain tak bukan, sudah semestinya kerana kuasa Allah. Tanpa izinNya, mustahil Nasir boleh berjalan semula.

Bagaimana aku boleh tahu cerita di atas?

Nasir, di dalam cerita ini adalah abah aku sendiri.

Apakah anda percaya pada makhluk lain dimensi?

Kasih Ibu

Kasih sayang ibu memang gila, kan?

Walau dia tahu yang dia punya komitmen untuk dilangsaikan, tegar saja dia berlenang di rumah bermesra bersama anaknya. Asalkan dia dapat memenuhi nawaitu zaman daranya untuk menyusu, memberi makan, menjaga dan mendidik anak tanpa bantuan sesiapa.

Walau dia tahu yang dia punya orang tua untuk dibalas jasa, tetap saja dia mengutamakan tanggungjawab pada anaknya. Takut seandainya berlaku kurang kelak disoal di alam sana, di manakah kamu ketika anugerah yang Ku beri membutuhkan dirimu? Biarkan diri bergelar derhaka asal anak tidak menjadi mangsa kerana dia yang bersalah pada awalnya.


Walau dia tahu orang sekeliling memandang rendah padanya kerana statusnya yang tidak bekerja walaupun lulusannya luar negara.

Walau dia tahu orang memandang hina dan sinis padanya yang satu ketika dulu pernah senang, namun sekarang mula dijauhi kerana risau dia menadah tangan minta ditolongi.

Walau dia tahu dia terpaksa mengorbankan segala keinginan untuk memiliki apa yang dihajatkan. Bagaimana mungkin apabila wang tidak lagi menjadi sahabat baiknya?

Pada dia, anak adalah perlaburan saham akhirat. Tidak dilahirkan di dunia ini percuma saja semata untuk memenuhi impian pasangan yang inginkan zuriat. Zuriat bukan semata penyambung warisan namun juga ujian dari Tuhan. Biarkan dia memenuhi dada anaknya dengan agama. Tidak mahu dia anaknya menjadi seperti dia suatu ketika dulu, terkontang kanting dalam mencari hala tuju.

Kasih sayang ibu, memang gilakan?

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola


Simple je segmen pertama MC. Jemput meriahkan ye. Kalau dapat sambutan, Insya Allah Mellya akan sediakan 2 hadiah misteri untuk 2 peserta bertuah! Hint hadiah misteri ni akan diberitahu dari masa ke semasa.

Syarat penyertaan :
  • Follow Blog Mellya [DONE]
  • Like page (Tekan di header) [DONE]
  • Follow Twitter | Instagram [INSTA - DONE]
  • Klik iklan yang ada [DONE]
  • Create entry bertajuk "Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola" [DONE]
    - Sertakan link FB/Twitter/Instagram/ dan lain-lain yang korang nak diterjah [MY INSTA]
Jom support , boleh tambah kenalan juga ^^

Giveaway by Rafyydah


Syarat-syarat :
  1. Mestilah blogger Malaysia.
  2. Umur berapa pun boleh join.
  3. Wajib ada blog.
  4. Giveaway ini secara automatik akan dibatalkan sekiranya peserta kurang daripada 30 orang.
  5. GA ini akan bermula pd 04/10/2016 sehingga 24/10/2016.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25/10/2016.
  7. Hadiah yg bakal dimenangi pemenang is, topup/reload RM50.
HANYA ADA SEORANG PEMENANG SAHAJA

Apa yg korang perlu buat?
  1. Follow blog rafyydah ni. Mesti follow.
    - Okay done.
  2. Follow rafyydah di : instagram @rafyydah
    - Aku tak jumpa username nih di Insta, mungkin cik Rafyydah boleh bagi link terus?
    - Dah jumpa. Done follow.
  3. Buat entry bertajuk "Giveaway by Rafyydah"
    - Okay done.
  4. Tag 3 org rakan blogger anda ( pastikan rakan2 anda tu tau ya)
    - Okay done.
  5. Letak Banner comel di atas tu kat entry korang (jangan lupa link kan ke blog ni!!!)
    - Okay done.
  6. Publish kan entry korang & jangan lupa tinggalkan link entry korang di ruangan komen entri original.
    - Okay done.

Aku ditag oleh Mar dan Shikin untuk join Give Away by Rffydah nih. Jadi, sekarang aku nak tag :
Good luck semua!

Ikan Patin Tempoyak Frozen

Korang semua nampak tak iklan kat blog ni mengenai Ikan Patin Tempoyak Frozen? Iye, ia adalah projek terbaru keluarga aku yang nampaknya mendapat sambutan hangat di Jengka, Pahang. Sekarang abah nampaknya dah bersedia nak melebarkan sayap perniagaannya dan aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan korang kat sini mengenai 'ape ke mendenya Ikan Patin Tempoyak Frozen' ni?


Abah aku mendapatkan ikan-ikan patin ini dari kolam ternakan ayah saudara aku di Kampung Purun, Pahang. Kemudian, disiang siap-siap dan diperap dengan ramuan tempoyak TETAPI..

Ramuan ini bukan jenis biasa-biasa yang korang makan kat kedai tau? Ramuan tempoyak istimewa dan rahsia umi aku ni tiada seorang pun anak-anaknya tahu disebabkan cara penyediaannya yang agak complicated. Macam kakak aku, dia tahu yang asas saja tapi rahsia yang menjadikan kenapa ia begitu sedap di tangan umi aku masih tak dapat dikenalpasti.


Dalam keluarga kami dah jadi macam satu budaya tiap kali pulang dari kampung akan dibekalkan dengan ikan patin tempoyak frozen umi ni. Bukan kitorang je, saudara mara yang datang pun akan dibekalkan makanan yang sama sampai ada pula yang dah pandai repeat order. Bukan saja mudah disediakan tapi juga seperti aku beritahu sebelum ini; rasanya memang SEDAP, CUKUP PEDASNYA dan CUKUP LEMAKNYA. Orang kata apa, rasanya penuh di dalam mulut. ^_^

Dari situlah abah dapat idea nak komersialkan air tangan umi ni. Tak sangka pula dapat sambutan, bermula dari saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan dan mungkin juga anda, satu hari nanti? Sapa tahu, kan?

Cara penyediaan Patin Tempoyak sejuk beku :
  • Nyahbeku/rendam dalam air selama 3 hingga 5 minit
  • Masukkan 300ml atau 1 1/2 cawan air
  • Masak selama 20 minit di atas api yang sederhana
  • Jangan lupa untuk campurkan garam secukup rasa

Salah satu feedback costumer. Don't worry, bab pedas boleh minta nak banyak ke nak kurang ke atau nak yang sedang-sedang je.
Jadi, apa tunggu lagi? Bagi korang yang merantau jauh tu, atau rindu kat air tangan masakan ibu, atau pun duduk di kawasan-kawasan yang akses sukar kepada ikan patin kegemaran anda, atau tak reti nak masak ikan patin masak tempoyak tapi teringin pula nak makan yang panas-panas, atau teringin nak makan tapi malas nak buat, tunggu apa lagi?

Hubungi 017-9842750 atau 016-6865509 di talian sekarang tau! Jom kita sokong pula ikan patin frozen! ^_^

Duhai Hati #3


Engkau mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang sangat keji, sebagaimana Asiyah berkahwin dengan Firaun tetapi itu tidak sedikit pun mengubahnya & keimanannya kepada Allah.

Engkau mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang sangat soleh sebagaimana Nabi-nabi Allah namun itu tidak mampu menyelamatkanmu dari seksaan & kemurkaan Allah seperti isteri Nabi Lut AS.

Engkau juga mungkin tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki pun sepanjang kehidupanmu sebagaimana Maryam AS, namun Allah telah mengangkat darjatnya melebihi mana-mana wanita di dalam dunia ini & menghuni syurgaNya yang abadi.

Sahabat muslim dan muslimah.. Ketahuilah keutamaanmu. Mengapa terus membiarkan diri terus memikirkan siapa dia yang engkau kahwini atau bakal kahwini hinggakan engkau terlupa untuk bermuhasabah merenung diri ;

"Siapakah aku di hadapan Allah? Adakah Allah sedang meredhaiku?"

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Selalu aku dengar ceramah ini tiap kali aku berasa down dan kali ini aku mendengarkannya lagi dengan harapan hati ini akan menemui sedikit ketenangan.

Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini. Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan. Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan. Walaupun itu boleh jadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya. Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk kadang-kadang dia lebih lena dari kita.


Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk-pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk. Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya. Kata Hamka: "Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.." Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang. Belum tentu!

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah.

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..

Tuan-tuan tengoklah dunia ni. Kadang-kadang tuan-tuan, manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya. Saya nak sebut tuan-tuan; berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat! Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini, Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.


Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata: "Habislah aku kali ni". Tapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini. Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku, Ya Allah... tolonglah aku, aku susah Ya Allah". Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.

[Surah Al-Imran (3):173]
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka :
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"

Kata Allah: "Iman dia tambah." Bukan kita kata: "Pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"

Tidak, tidak!

Kata Quran: "Iman mereka bertambah." Mereka kata: "حسبنا الله ونعم الوكيل" "Cukuplah bagi kami, Allah... Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"

Pengalaman sering mematangkan kita..

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal. Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb.. "إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu, Ya Allah "

Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat.

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas. Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim; Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini. Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini. Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga. Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya: "Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata: "Tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini." Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita.


Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka lalu dikeluarkan dia "Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?" Dia kata: "Tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini." Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar. Satu hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak. Tapi apabila satu hari dia sakit kaki, dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik." Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat. Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita." Yang kita ada ini harapan kita. Tetapi insan... Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada.

Bersyukurlah wahai diri ini...

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut: Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar. Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah nak kata apa? "Sabar je la, nak buat apa?". Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan, syukur di atas nikmat..

اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

Ya Allah... apa saja yang aku alami daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran. Subhanallah...!


Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya.

[Surah Ibrahim (14):34]
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها

Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu. Tuan-tuan, bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa masyaaAllah hidup ini. Apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya. Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan, tempat tuan-tuan dilahirkan, rumah tuan-tuan dilahirkan sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini..

Ma syaa Allah...!

Tak dapat nak diucapkan berapa kali, nak sebut pun tak mampu.

Pesanan Nabi buat umatnya :

[Surah At-Taubah (9):40]
Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia, ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar yakni Nabi dan Abu Bakar. Ketika mereka berada di dalam gua. Ketika dia berkata kepada sahabatnya: "لا تحزن إن الله معنا" Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."

Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009



Dan di sini aku, masih mencari kekuatan diri menghadam apa yang telah berlaku.

Memori masam manis


Aku mengenali dia dengan nama, Muhamad. Anak saudara kepada tuan resort yang aku duduki di salah sebuah kepulauan yang popular dalam Malaysia ini. Pelawaan dia untuk membawa aku mengelilingi pulau tersebut menaiki bot kepunyaan pak ciknya; secara percuma aku gelakkan saja. Manalah aku tahu rupa-rupanya dia serius dan selang beberapa langkah aku meninggalkan dia di belakangku, aku dikejutkan dengan bunyi enjin bot yang menerkam pasiran pantai.

Entahlah apa yang merasuk fikiran aku ketika itu. Mungkin hati ini ingin meneroka lebih dari biasanya, aku terima cadangan dia dan petang itu adalah hari yang sangat indah bagi aku. Bayangkan dalam bot itu, cuma aku dengan dia melawat kawasan-kawasan yang popular di situ. Ramai juga pelancong yang membuat scuba diving melambai-lambai ke arah kami. Aku takkan dapat lupa betapa indahnya panorama di pulau itu.

Balik itu, teruk aku dimarahi oleh senior. Bagilah apa juga alasan, aku tahu aku yang bodoh kerana terlalu mudah percayakan lelaki yang baru dikenali dua hari. Apalah yang aku fikir waktu tu? Dengan alasan tak masuk akal lagi aku bagi.

Hari ini, berbagai perasaan merona setiap kali aku ingat peristiwa lalu ini.


Gembira. Disebabkan keberanian aku; secara percuma saja aku dapat mengelilingi pulau tersebut. Orang lain perlu berbayar sampai berpuluh ringgit tapi tidak aku. Sedih. Sebab aku menyebabkan kumpulan rombongan ketika itu berpangkat abang dan kakak senior memandang serong terhadap aku. Takut. Seperti kata kakak senior tu, "Macam mana kalau dia rogol awak? Bunuh awak? Campak awak kat tengah laut tu? Bukan ada sesiapa pun waktu tu!"

Tapi, sekarang aku bersyukur kerana kebimbangan kakak senior aku hanyalah satu perasaan yang tidak menjadi kenyataan. Pada aku, Muhamad adalah lelaki yang ikhlas. Malam selepas peristiwa bersiar-siar itu berlaku, dia hadiahkah aku dengan banyak cenderamata buat kenang-kenangan. Ditinggalkannya tanpa jejak dekat buaian berdekatan resort.

Pak cik dia cakap pada aku, Muhamad tu lurus bendul orangnya. Aku beruntung sebab berjumpa Muhamad. Kalau orang lain, mungkin kebimbangan kakak senior tu boleh menjadi kenyataan. Sehingga hari aku meninggalkan pulau itu, aku tidak lagi berjumpa dengannya. Mungkin abang senior melaporkan perbuatannya itu pada tuan resort lalu memaksa dia mengundur diri.

Korang tahu, pada aku peristiwa ini adalah memori yang paling janggal dan pelik. Rasanya sangat manis tetapi dalam masa yang sama, masam. Seakan mimpi tapi tidak, ia adalah realiti.

Hurmm.

Sudi berkongsi memori masam manis anda?

Mini Player MP3

Beginilah rupanya mini player MP3

Ciri-ciri Mini Player MP3 :
  • Ringan
  • Cepat loading
  • Tiada masalah buffer
  • Tiada tampilan video (menjimatkan kuota)
  • Ada button untuk pause
  • Fix untuk sidebar
  • Comel

LANGKAH 1 :
Untuk memuatnaik lagu sendiri, sila SIGN UP di kiwi6. Button Upload Files akan tersedia sebaik anda selesai dan log in ke dalam akaun anda.


LANGKAH 2 :
Upload lagu yang berada dalam simpanan anda. Sebaik selesai muatnaik, copy URL Direct Hotlink lagu tersebut.


LANGKAH 3 :
Costumized mini player anda dengan berkunjung ke SINI.

Ada banyak versi MP3 Player. Untuk tutorial kali ini, saya Pilih MINI player. Korang boleh pilih mana yang korang suka ^_^

Di sebelah kanan, sila pilih Generator dan di bahagian Category, pilih General.
Paste URL direct hotlink lagu tadi.
Setkan AUTOPLAY kepada 1 sekiranya anda mahu lagu automatik main.

Di bahagian Category, sila tukar kepada Colors.
Sebaik selesai diwarnai dengan citarasa anda, sila copy HTML code dibawahnya dan pastekan di mana-mana bahagian dalam blog anda yang anda suka.

SELESAI!

INFO :
  • Sesetengah blogger tidak menggemari lagu yang diautosetkan.
  • Letakkan MINI Player ini di bahagian yang mudah dicari supaya senang dipause oleh blogger yang datang berkunjung. In caselah, diorang tengah dengar lagu diorang pasang sendiri kat laptop kan.

Duhai Hati #2



حي على الصلاة
Hayya alas Salah
Rush to prayer
Marilah mendirikan solat

حي على الفلاح
Hayya alal Falah
Rush to success
Marilah menuju kejayaan

September | Active Commentators











Terima kasih kepada awak-awak-awak yang berada dalam entri ini dan awak-awak-awak yang sedang membaca entri ini sekarang. Selagi ada orang macam awak-awak-awak semua maka bertambah meriahlah blog saya yang selalu ditinggalkan ini. Nama awak-awak-awak semua dah pun saya update dalam bloglist kat bawah. Memang saya perlukan bloglist baru sebab baru nak aktif berblog semula kan. ^_^

Tak janji akan lebih istiqamah update blog tapi membalas jejak tu, inshaAllah akan selalu buat.

Seperti kata Maria Firdz dalam salah satu entri blognya : Terima kasih atas komen dan sokongan semua... Terima kasih juga buat pembaca setia walaupun tak tinggalkan komen.. tetap saya hargai...

Entry ini untuk menghargai pengomen dan pengunjung setia blog ini..


Jom kita terjah mereka!

September | Best Commentators

Fuh fuh fuhhhhhh.. Tiup-tiup sawang sikit kat blog ni.

Ada sesape rindukan hamba yang menghilang tiba-tiba ni? Maafkan hamba, lepas balik dari kampung hari tu; hamba diserang demam + batuk + selesema yang agak teruk. Ketar lutut rasa nak berdiri. Kalau hamba seorang je takpe, ini dengan anak hamba pon kena.. Adui, tak cukup tidur hamba dibuatnya.

Sesiapa ade anak tu confirm faham cabarannya bila anak demam panas. Nasib baik Asha demam panas sehari je. Dari jam 6 pagi sampai 12 tengahari, dia menangis tak berhenti. Stressnya..

Akhirnya dengan teknik tepid sponge dapat juga hamba turunkan panas badannya. Tapi selesema dia tak hilang, jadi hamba fokus 100% ke atas kesihatannya ^_^ Alhamdulillah, nasib baik bukan virus ke hape-hape yang melanda dunia ni sekarang. Hamba pun dah sembuh, yuhuuuuu serunuknya duput burbulug sumulu..!

Sebelum hamba merepek lebih jauh, hamba nak berkongsi beberapa komen yang hamba rasa bagus untuk dikongsikan bersama korang semua.

Setuju dan rasa bersalah dengan kes sebelum ni. Betul, kadang-kadang terlalu marah sampai lupa nak alert SEBAB kenapa jadinya pembulian tersebut. Aku pernah dibuli (tanpa sebab), but well.... tak semua kes buli tu terjadi tanpa sebab kan?

Adik aku pun pernah kena buli sebab dia OKU, orang pijak2 lagi tangan dia yang OKU tu. Cuma dulu bukan zaman viral :)

Bagaimanapun, ibubapa memainkan peranan untuk mendidik anak supaya menjadi lebih baik demi mengelak perkara sebegini terjadi. Itu kalau yang masih ada ibubapa, hmmm yang sebatang kara? (jauh benar memikir pepagi ni)

Ada terbaca kisah budak tu. Kena siasat punca masalah, jangan main hukum membuta-tuli. Manusia zaman sekarang ni memang seronok alahai kalau join sekaki menghentam tanpa usul periksa. Kena cermin dulu diri tu sebelum nak menghukum orang lain.

Gee pernah baca tak dulu kisahnya bagaimana seorang budak 12 tahun kot kalau tak silap, membunuh anak perempuan guru tuisyennya? Samalah juga puncanya. Anak guru tuisyen tu kerja mengejek saiz badan budak lelaki ni. Lama-lama mana boleh tahan kalau hari-hari kena ejekkan. Satu hari dia hilang sabar, terus 'terbunuh' budak perempuan tu sebab tak dapat mengawal emosi.

Kalau tak silap budak tu kena hukum juga walaupun di bawah umur. Kasihan alahai, gelap terus masa depannya. Bukan nak menyokong si budak lelaki ni tapi puncanya tu yang buat saya rasa kalaulah didikan yang diterima baik (si budak perempuan yang mati dibunuh tu), tentu pengakhirannya tak sebegini.

Akhirnya satu hilang nyawa, satu lagi hilang masa depan!

Yup.. manusia lebih memandang buli fizikal.. Padahal buli secara kata2 sebenarnya lagi bahaya.. ianya boleh menyebabkan kematian.. dah banyak terjadi tapi masih ramai yang buat tak endah.. yang kita boleh lakukan didk anak kita dan mereka yang terdekat dengan kita supaya jaga tutur.. mungkin usaha kita nampak kecil tapi impaknya besar sebenarnya..

Sejarah mengajar kita bagaimana sesuatu bangsa/agama terjejas dek kerana politik. Zaman Ar-Rasyidin, Muawiyah, Abbasiyah kita pun nampak apa jadi. Itulah politik. Yg bersandar agama pun boleh tergelincir apa lagi kalau yg buta agama. Cuma yg sedihnya selalu dikaitkan agama demi meraih sokongan. Yg benar dikatakan tak benar, yg tak benar dikatakan benar. Rakyat yg keliru akibatnya banyak yg jadi 'lalang'..

Kebanyakan komen yang mantop datangnya dari entri yang unsurnya berat, tak sampai hati aku nak tinggalkan macam tu je. Tapi tak bermakna aku akan berhenti menulis 'stanza'. Itu yang paling aku suka dan sebab itulah aku masih terpacak kat blog ni ^_^. Cuma, idea nak menulis tu.. Hurm.. T_T Pandangan serta tenaga masa yang korang sumbangkan untuk singgah di blog ini amat-amat aku hargai. Tanpa korang semua, tak meriahlah blog aku ni. Sekarang, izinkan hamba melawat kawasan hangpa semua naaa.. Tata.

Selamat berhujung minggu bersama insan tersayang!


Next Entry : September | Active Commentators

Wanted Ohsem Bloglist Blog KakLong


Syarat yang ohsem

  • Berbahasa Melayu : Memang aku berbahasa Melayu, bukan cina apatah lagi tamil.
  • Semua genre ada : Macam-macam genre ada dalam ni.
  • Ori dan unik : Ini para pembaca lah kena bagi feedback ^_^
  • Selalu update : Aku update sehari sekali je itupun rasa tak menang tangan nak balas komen korang semua. ^_^
  • Selalu BW : Yang ni memang hari-hari aku buat melainkan ada kekangan masa.
  • Word verification : Tak letak pun sebab aku pun pernah terkena. Banyak masa terbuang sebab nak lepas komen kat blog-blog tu. Kesian kuota aku. Huhu..

Hai semua, inilah kali pertama aku join segmen yang macam ni sejak berblog semula. Nampak peramah blogger Kak Long ni, jadi pada korang yang rasa nak join, sila klik banner di atas ye!

Kisah Nasir

Membaca entri PI membuatkan aku teringat pada sebuah kisah yang dialami oleh seorang pemuda ketika usianya 25 tahun. Sebenarnya, aku ada merakam cerita ni dari mulut ayah aku sendiri tapi entah macam mana rakaman tu hilang. Jadi aku tulis apa yang aku ingat sajalah ye.

Kisahnya berlaku di antara Jengka 14 dan Bukit Lada. Ketika itu syarikat menggunakan tenaga orang muda untuk menarah bukit-bukit demi mendapatkan hasil pembalakan. Nasir (bukan nama sebenar) adalah salah seorang darinya.

Kata Nasir pada hari tersebut, memang terasa agak sedikit pelik. Biasalah kata orang, apabila musibah ingin mengenai kita pasti kita diberi petanda terlebih dahulu. Gelas pecah ke, jantung rasa berdebar-debar ke. Nasir sedang cuba menumbangkan satu pokok apabila secara tiba-tiba keadaan di sekellingnya terasa gelap. Rupanya, ada satu pokok balak yg maha besar menimpa Nasir.

Nasir pengsan. Tak sedarkan diri.

Dia kemudiannya tersedar, setelah tiga bulan koma di atas katil sebuah hospital.


Nasir mengalami kecederaan kaki yang teruk. Dia juga kehilangan darah yang banyak. Dengan perkembangan teknologi perubatan sekitar tahun 70-an, doktor hanya memasang plat besi pada kaki Nasir dan menebuk bahagian rusuk kiri Nasir untuk mengeluarkan darah beku yang terkumpul. Disebabkan kumpulan darah Nasir adalah dari jenis rare, pihak hospital mengalami kesukaran mendapatkan tabung darah sejenisnya.

Kemasukkan bergelen untuk menggantikan darahnya yang banyak hilang memberi banyak kesan kepada perubahan mood Nasir. Yelah, kita tak tahu darah dari orang manakan? Sejauh mana kaitan darah dengan sifat seseorang pun aku tak pasti. Cuma kata Nasir, dirinya berubah sejak kejadian itu. Dahulu, dia ni pemalu orangnya. Cakap pun jenis sopan. Pendiam. Tetapi, selepas kejadian tersebut dirinya berubah jadi panas baran. Pemarah. Bila dah tua ni dia slow sikit. Kalau tak, masa muda dulu.. dengar bunyi motor Nasir pun aku dah mencunghat lari masuk bilik. Mwahahaha.


Nasir menghabiskan masa berbulan-bulan lamanya di hospital. Sempatlah dia bermain kenyit-kenyit mata dengan nurse kat situ. Kebetulan, Nasir pun agak kacak orangnya. Kata Nasir, lihat dari gaya memang nampak nurse yang comel seperti Hang Li Po tu serius dengannya. Tapi Nasir jual mahal.. Eleh, bajet aku percaya.......

Suatu hari, kakak Nasir atau mesra dipanggil sebagai Kak Besar berhasrat membawa Nasir berjumpa perawat alternatif. Seperti dijangka, doktor menentang habis-habisan keputusan tersebut. Nasir dan Kak Besar diberi amaran oleh doktor berkenaan kaki Nasir yang memang serius cedera teruk sehingga peluang untuk menyembuhkannya pun agak tipis.

Disebabkan itu sebelum Nasir meninggalkan hospital, berbagai-bagai borang kena tandatangan. Mungkin doktor tidak mahu dipersalahkan seandainya berlaku apa-apa ke atas Nasir selepas itu kerana keluar wad awal tanpa kebenaran dan tidak mengendahkan nasihat doktor. Nasir sempat tambah, masa nak keluar tu memang nampak air muka nurse tersebut agak kecewa. Eleh lagi...

Panjang bebenor kisahnya. Kita sambung lagi di lain hari ^_^


Duhai Hati #1

Aku mendapat inspirasi untuk buat entri ni daripada blog Mastura Nasarudin. Saja nak letak gambar dan kata-kata yang tepat dengan jiwa aku sekarang. ^_^


Hari ini sampai hari Isnin aku tak dapat nak blogwalking ke blog korang sebab aku balik kampung. Adik ipar kahwin. Jangan rindu-rindu sama me u olls. Cauuu!

Apa pula gambar atau kata-kata yang mengenai tepat ke hati korang?

Nama

Aku sedang duduk bersama anakku di bawah pokok itu ketika satu nama yang tidak asing berkumandang di telinga. Nama itu mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang tidak pernah bergelar sahabat namun tidak pernah akan aku lupakan. Tak aku sangka, budak lelaki yang bermain di tepiku rupanya mempunyai nama yang sama dengan dia. Panggilan nama itu seakan menampar seketika ingatanku yang tidak semena-mena sebenarnya sedang teringat padanya.


Angin berbisik dan berlalu seperti mana perginya masa silamku. Awan berarak mendung seakan mengerti perasaanku yang suram. Meskipun riuh ombak membadai gigi pantai tetap saja seakan sunyi tatkala memori itu mendakap fikiran.

Keadaan hari ini tentu akan jauh lebih berbeza seandainya aku katakan YA kepada dia, suatu ketika dulu.

Dulu.

Ragu

Setiap hari dia menantikan hidup akan berjalan seperti dia harapkan. Agar Tuhan mendengar permohonannya. Tanpa putus asa, harapan itu selalu menemaninya. Menjadi sahabat baiknya di waktu tiada siapa pun sudi memahami perasaannya. Harapan itulah yang menjadi suara hikmah berbisik di hatinya; bahawa dia mampu melaluinya. Dia boleh mengharunginya.

Semangatnya belum pernah hilang, seperti mana penuhnya dakwat hitam melakari kisah hidupnya. Tapi, berbaloikah harapan itu disandarkan jika tangan sendiri liat disingsing menongkah takdir?


Mungkin harapan itu sengaja diwujudkan kerana dia mula meragui kesungguhan dirinya sendiri. Kesungguhan untuk meninggalkan bekas-bekas dakwat yang sudah mulai kering tanpa mampu diubah dan dipinda. Kesungguhan untuk mengangkat pena menulis kisah baru hidupnya. Kesungguhan melihat kertas berukir dakwat itu terbang melayang membawa seribu satu abjad bersamanya.

Keraguan itu langsung menjadi dakwat mengisi pena untuk dicatit bersama helaian kertas baru. Ketika itu, akankah ragu bakal menggantikan harapan sebagai teman paling setia?

Atasi Masalah Blog Tak Update di Bloglist

Aku masih gagal menyelesaikan ralat blog yang lambat berupdate dalam news feed walaupun.. aku dah updated! Oh mai mai.. Update jam 8 pagi tapi 8 malam baru naik kat news feed. Haru!

Screenshot jam 5:53 pm 150916. Sedangkan hamba dah update jam 8.30 am hari yang sama.

Untuk yang mengalami masalah seperti aku, aku syorkan beberapa langkah yang pernah aku cuba dan berjaya. Korang boleh apply salah satu cara atau buat semua ^_^

1. Tambah feeds/posts/default di belakang URL blog setiap kali munculnya mesej di bawah. Tapi kena minta kerjasama blogger lainlah yang memang dah ada link korang dalam bloglist mereka. Minta mereka remove dan install link korang semula guna method ni.


Contoh : http://diaridandelion.blogspot.com/feeds/posts/default

2. Daftar blog korang di Feed Burner dan dapatkan feed URL korang sendiri.


3. Kemudian, pergi ke bahagian Setting > Other > Site Feed. Update bahagian tersebut dengan feed URL korang yang baru.


4. Pergi bahagian Template > Edit HTML dan paste kod berikut di bawah <head>



5. Cara di atas ni adalah cara lama yg pernah aku cuba dan berjaya. Tapi masalah yang aku hadapi sekarang tetap tak settle walaupun aku guna cara yang sama. MENGAPAKAHHHHH!!??? Arghhh.. Jadi, aku pun buat sedikit eksperimen mengikut tutorial oleh Nick Nashram dengan menukar blogspot.my ini kembali kepada blogspot.com.

Seriyesli, aku tak tahu sejauh mana effect bila blogspot menukar URL blogspot.com kita kepada blogspot.my. Tapi aku decide nak reverse URL tu balik. Kalau korang berani, cubalah. Ikut cara di bawah :
  • Pergi ke Template - Edit HTML.
  • Tekan CTRL + F dan search <head>
  • Dah jumpa, add script yang bawah ni di atas / sebelum <head>


Dan hasilnya, alhamdulillah.. Akhirnya.

Kalau korang berjaya menangani masalah korang dengan salah satu cara di atas, korang kenalah observe dulu selama mana keberkesanannya. Kalau balik semula penyakit tu, cara yang terakhir; silalah tukar template blog anda. Iye, tukar.. Huhuhu.. itu yang aku tak nak. Sebab aku suka minima template disebabkan kodnya yang simple. Tapi, kalau dah terpaksa kenalah buat juga kan.

UPDATE :
Tetap masalah yang sama berulang. Aku perasan masa update bloglist, ramai blogger lain pun ada masalah serupa. Penat gak nak buat cara no.1 pada semua link yang bermasalah. Jadi, ini mungkin masalah blogspot tu sendiri. Disebabkan geram sangat, aku delete feed burner aku dan leave blank Post Feed Redirect URL di bahagian Setting. Setakat ni, masih okay.

Sekian.