Memori masam manis

• Gee Lion • 21:00:00 • 35 Sembang

Aku mengenali dia dengan nama, Muhamad. Anak saudara kepada tuan resort yang aku duduki di salah sebuah kepulauan yang popular dalam Malaysia ini. Pelawaan dia untuk membawa aku mengelilingi pulau tersebut menaiki bot kepunyaan pak ciknya; secara percuma aku gelakkan saja. Manalah aku tahu rupa-rupanya dia serius dan selang beberapa langkah aku meninggalkan dia di belakangku, aku dikejutkan dengan bunyi enjin bot yang menerkam pasiran pantai.

Entahlah apa yang merasuk fikiran aku ketika itu. Mungkin hati ini ingin meneroka lebih dari biasanya, aku terima cadangan dia dan petang itu adalah hari yang sangat indah bagi aku. Bayangkan dalam bot itu, cuma aku dengan dia melawat kawasan-kawasan yang popular di situ. Ramai juga pelancong yang membuat scuba diving melambai-lambai ke arah kami. Aku takkan dapat lupa betapa indahnya panorama di pulau itu.

Balik itu, teruk aku dimarahi oleh senior. Bagilah apa juga alasan, aku tahu aku yang bodoh kerana terlalu mudah percayakan lelaki yang baru dikenali dua hari. Apalah yang aku fikir waktu tu? Dengan alasan tak masuk akal lagi aku bagi.

Hari ini, berbagai perasaan merona setiap kali aku ingat peristiwa lalu ini.


Gembira. Disebabkan keberanian aku; secara percuma saja aku dapat mengelilingi pulau tersebut. Orang lain perlu berbayar sampai berpuluh ringgit tapi tidak aku. Sedih. Sebab aku menyebabkan kumpulan rombongan ketika itu berpangkat abang dan kakak senior memandang serong terhadap aku. Takut. Seperti kata kakak senior tu, "Macam mana kalau dia rogol awak? Bunuh awak? Campak awak kat tengah laut tu? Bukan ada sesiapa pun waktu tu!"

Tapi, sekarang aku bersyukur kerana kebimbangan kakak senior aku hanyalah satu perasaan yang tidak menjadi kenyataan. Pada aku, Muhamad adalah lelaki yang ikhlas. Malam selepas peristiwa bersiar-siar itu berlaku, dia hadiahkah aku dengan banyak cenderamata buat kenang-kenangan. Ditinggalkannya tanpa jejak dekat buaian berdekatan resort.

Pak cik dia cakap pada aku, Muhamad tu lurus bendul orangnya. Aku beruntung sebab berjumpa Muhamad. Kalau orang lain, mungkin kebimbangan kakak senior tu boleh menjadi kenyataan. Sehingga hari aku meninggalkan pulau itu, aku tidak lagi berjumpa dengannya. Mungkin abang senior melaporkan perbuatannya itu pada tuan resort lalu memaksa dia mengundur diri.

Korang tahu, pada aku peristiwa ini adalah memori yang paling janggal dan pelik. Rasanya sangat manis tetapi dalam masa yang sama, masam. Seakan mimpi tapi tidak, ia adalah realiti.

Hurmm.

Sudi berkongsi memori masam manis anda?

  1. muhammad tu kacak tak? hehehehe gurauuu

    ReplyDelete
  2. Wow. Igt cerpen. bebtul jadi dkt akak ke? Bestnyaaaaa. Alhamdulillah akak dpt good experience and tak jadi apa2 masa keluar berdua tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar tempat ramai orang.
      jadi memang masa tu tak rasa takut pun.
      kan. berani tak bertempat. kahhh :P

      Delete
  3. this story remind me of my wechat friend yg sy baru kenal then dia offer belanja pegi pulau. disebabkan tak berani, sy ajak 2 kawan ikut sekali hahaha. i know it was a bit dangerous to go out with stranger but he was kind though. memori yg one of a kind! hmm i wish we could always think the positive pasal strangers tapi keadaan dunia skrg seram. susah sangat nak percaya orang. kesian dgn org yg betul2 ikhlas nak berkawan. tak pasal2 kita fikir yg bkn2 huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even though my action could be misunderstanding and my attitude jenis go saja disregards any circumstances but I also think as a woman, better have some suspicious towards strangers.
      Like you said, dunia zaman sekarang ni kan seram.
      Back then, I was scared but now I might feel regret if I've not done so.
      However, it wouldn't happen again.
      My experience and my decision that time really was one of a kind..

      Tu diaa.. berterabur English. Hadam je la nokss..

      Delete
  4. huhu cukup rasa masam manis cerita akak ni, nak share jugalah nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti habaq mai bila NM update naaa.. ^_^

      Delete
  5. Nasib baik ditemukan dgn Muhammad yg lurus bendul
    Tapi setiap yg terjadi itu kan qada' dan qadar Allah.
    Org baik insya-allah dlm perlindungan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi saya ni baiklah ye kak Zakie?
      Hehehe..
      Loyer buruk sekejap ^_^

      Delete
  6. ini cerita betul ea ?? heee

    Okey.. nanti SN kongsikan cerita masam manis SN ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada yg benar melainkan yg benar belaka...
      Silakan.. nanti dah update saya terjah.. ^_^

      Delete
  7. Kalau ikut logik, memang gila ikut lelaki yang kau tak kenal. Tapi syukurlah sebab mungkin betul lelaki tu ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku memang boleh jadi gila Tia.
      My friends, family & everyone here knows about it.
      Kahhh

      Delete
  8. Memori yang agak pendek dalam hiduplah ni ya tapi ianya berkekalan sehingga kini.

    Hmmm... apa ya memori masam manis yang boleh diceritakan di sini? *buatbuatlupa*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pendek tapi masih lagi berhantu.
      Ceritalah kat blog MD, boleh juga saya baca.
      ^_^

      Delete
  9. KENANGAN ADALAH PENGALAMAN YG TERLUPAKAN SAMPAI BILA2 WALAU MANIS R MASAM KAN GEE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah namapun kenangan. Coretan kisah silam yang kekal dalam mukasurat lama buku.

      Delete
  10. Cerpen yang menarik.
    Kesimpulannya : jadikan pengajaran,jangan terlalu mudah mempercayai seseorang yang baru dikenali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulan yg saya dapat pula : Berani buat berani tanggung.
      Kahhhh

      Delete
  11. banyak memori sampaikan takleh pilih nak ceritakan yang mana satu huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ada ceritalah di blog, boleh juga saya nak baca ^_^

      Delete
  12. omg! klo sy tidak la..lurus ke bendul ke asl lelaki..jgn ler dibuat nak oii..but ur story kngn cam best je..sweet laa..haha =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya bukan lelaki tu yg lurus bendul, tapi saya yg lurus bendul. Kan? Hehe. Takkan ada kenangan seperti ini kalau saya tak ambil risiko tersebut. Tapi kena beragak jugak, bukan semua perlawaan itu manis niatnya.

      Delete
  13. cerita yg buat irda trsenyum.membacanya...tajuknya pula seperti latest entry irda..tp xsama....

    sy boleh bayangkan keseronolkan mengelilingi pulau dan apatah lagi tanpa bayaran.wahh bestnya menikmati keindahan alam kan..

    irda percaya ni mesti kenangan dlm hidup yg sentiasa mekar dalam hidup awk kan?

    hmmm..irda ngah fikir ni apa nak tulie tenntang masam manis story lama ya..hahah..banyak lupa dah...

    ReplyDelete
  14. cerita yg buat irda trsenyum.membacanya...tajuknya pula seperti latest entry irda..tp xsama....

    sy boleh bayangkan keseronokan mengelilingi pulau dan apatah lagi tanpa bayaran.wahh bestnya menikmati keindahan alam kan..

    irda percaya ni mesti kenangan dlm hidup yg sentiasa mekar dalam ingatan awk kan?

    hmmm..irda ngah fikir ni apa nak tulis tenntang masam manis story lama ya..hahah..banyak lupa dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan lebih kurang sama tajuk entri kita. Eh eh, apakah maknanya itu? Hihi..

      Memang best. Rasa macam mimpi. Saya taklah ingat selalu memori mengenangkan bebelan maut yg saya dapat selepas kejadian tu tapi yg manis tetap saya simpan dlm hati ni.

      Sharelah naa, dapat juga saya baca nanti ^_^

      Delete
  15. Hurm... macam cerita drama GL
    Kadang-kadang apa yang kita fikir dalam drama tu tak logik sebenarnya memang kisah benarkan???
    Alhamdulillah rupanya dunia ini masih ada strangers yang berhati baik, contoh terdekat si Muhamad tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila saya cerita kat kawan pun, dorang sukar nak percaya cerita ni.
      Siap kata mungkin Muhd tu bukan manusia pun, yelah since dia vanish macam tu je after the event happened.
      Tapi saya pasti dia memang manusia =P
      Strangers yg baik hati..

      Delete
  16. Ingatkan cite Novel tadi hihi....
    Wahhhh..... kalaulah cinta bertaut tu harus sekarang ni jadi bini tokey resort ni. Hari hari pusing pulau hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idoklah tokey,
      Dia pon anak buah je.
      Bukan anak betul.
      Hihi <3

      Delete
  17. hanya org yg x betul je berani buat cm tu takutttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya, saya nih tak betullah kan Anies ^_^

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...