Kasih Ibu

• Gee Lion • 08:30:00 • 39 Sembang
Kasih sayang ibu memang gila, kan?

Walau dia tahu yang dia punya komitmen untuk dilangsaikan, tegar saja dia berlenang di rumah bermesra bersama anaknya. Asalkan dia dapat memenuhi nawaitu zaman daranya untuk menyusu, memberi makan, menjaga dan mendidik anak tanpa bantuan sesiapa.

Walau dia tahu yang dia punya orang tua untuk dibalas jasa, tetap saja dia mengutamakan tanggungjawab pada anaknya. Takut seandainya berlaku kurang kelak disoal di alam sana, di manakah kamu ketika anugerah yang Ku beri membutuhkan dirimu? Biarkan diri bergelar derhaka asal anak tidak menjadi mangsa kerana dia yang bersalah pada awalnya.


Walau dia tahu orang sekeliling memandang rendah padanya kerana statusnya yang tidak bekerja walaupun lulusannya luar negara.

Walau dia tahu orang memandang hina dan sinis padanya yang satu ketika dulu pernah senang, namun sekarang mula dijauhi kerana risau dia menadah tangan minta ditolongi.

Walau dia tahu dia terpaksa mengorbankan segala keinginan untuk memiliki apa yang dihajatkan. Bagaimana mungkin apabila wang tidak lagi menjadi sahabat baiknya?

Pada dia, anak adalah perlaburan saham akhirat. Tidak dilahirkan di dunia ini percuma saja semata untuk memenuhi impian pasangan yang inginkan zuriat. Zuriat bukan semata penyambung warisan namun juga ujian dari Tuhan. Biarkan dia memenuhi dada anaknya dengan agama. Tidak mahu dia anaknya menjadi seperti dia suatu ketika dulu, terkontang kanting dalam mencari hala tuju.

Kasih sayang ibu, memang gilakan?

  1. Mudah2an anak2 mengerti dan menghargai apa yang telah ibu mereka beri. Ibu ketepikan keperluan sendiri demi memenuhi keperluan anak yang tak pernah mencukupi...

    ReplyDelete
  2. Baca entri ini mengingatkan siqah pada arwah mak :( I really miss her. Al Fatihah.

    Yes dear. Kasih sayang ibu membawa ke syurga. Tak kisah apa orang nak cakap asalkan anak berada dalam keadaan yang baik dan penuh kasih sayang daripada kita.

    I know very well that you are a great mother to your daughter :) Pray for me too dear :)

    ReplyDelete
  3. IBU SGT SYGKAN ANAKNYA N ANAKNYA PASTI JUGA SAMA...ADA TIMBAL BALIKNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana pula dgn kisah si tanggang?

      Delete
    2. yg buruk dijadikan sempadan.. hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. tepat dah tuh. tapi kalau tengok drama Cinta Masam Manis tuh, perangai ibu depa dah serupa hantu. Huuhu.

      Delete
  5. mmg gila! even blm jadi ibu, tapi as perempuan mmg ada rasa mcm ni. ibu je yg sanggup berkorban utk anak2. kan kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lihatlah ibu kita sendiri, mungkin dari situ kita dapat menyelami kasih sebenar seorang ibu.. :')

      Delete
  6. Memang gila..
    KAdang2 tengok tak masuk akal apa yg ibu saya buat.. Dari mana dia dapat kekuatan tu dgn tubuh kecik dan kurang tidur..

    Love her so much..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, love our mother so much.. tacing pulak rasa tetibe dlm hati nih.. :')

      Delete
  7. Huhuhu,sedih baca.
    Semoga anak mampu menyayangi ibunya segila kasih ibu itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepuk dada, tanya diri kita semua.. Huhu..

      Delete
  8. Replies
    1. Dah lama dah pakai.. SN baru perasan nih.. Hihi ^_^

      Delete
  9. Ibu.. :) Seorang ibu akan berkorban apa sahaja untuk anaknya.. Ingin berikan yang terbaik buat anaknya. Dear.. Doakan Reen agar diberi peluang untuk mempunyai zuriat sendiri dan menjadi ummi terbaik untuk bakal anak2 Reen. Aaaminnn..

    Hihihi tq! 💋

    ReplyDelete
  10. Usah kita sakiti hati ibu..kena hargai insan bernama ibu, kasih ibu bawa ke syurga

    ReplyDelete
  11. Betul tu gee..kasih sayang ibu itu tiada batasan, walau siapapun anaknya

    ReplyDelete
  12. Sayang emak.. Harapan yang terbaik untuk yang melahirkan kita.. semua yang baik dan tiada gangguan oleh saudara2 yang berkaitan .. berakhir dgn kebaikan total..

    ReplyDelete
  13. Kasih ibu tidak bertepi..
    Terus mengasihi walau bagaimana sekalipun anak itu..
    Tidak memilih tidak terbahagi..
    Hanya tahu mengasihi..

    ReplyDelete
  14. mmg gila.Tak ternilai harganya.

    ReplyDelete
  15. kasih ibu yang takde sape mampu tandingi :)

    ReplyDelete
  16. sedih baca...huhhh tarik nafas...kita yg jd ibu pun tau cm ne rasanya

    ReplyDelete
  17. kasihnya ibu membawa ke syurga..

    ReplyDelete
  18. Ibu sanggup laakukan apa sahaja untuk anak....brg keperluan ibu no 2 anak first...haha

    ReplyDelete
  19. kadang tu tertanya...gambar dan cerita sama...menarik

    ReplyDelete
  20. dalam kehidupan sebenar memang ada kan seperti cerita ini

    ReplyDelete
  21. Kali ni objek ibu ni kisah sapa pulak Gee? Gee ke? Hihi...

    ReplyDelete
  22. rindu pulak kat mak.. kasih ibu hingga jannah..

    salam blogwalking

    ReplyDelete
  23. Nice blog…saya singgah sini…nanti singgah saya punya blog lak http://zielazie.blogspot.my

    ReplyDelete
  24. Betul tu sis. Kasih sayang ibu tiada tandingnya. Anak-anak buat ibu jadi tarzan pon ibu tetap sayang kan anak dia. Memang gila lah.

    ReplyDelete
  25. Tag Gee kat sini...

    http://miamorzafirah.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html

    ReplyDelete
  26. Bila kita dah ada anak baru tau perasaan seorang ibu tu. Sukar untuk dimengerti. Kita sendiri akan lebih hargai ibu kita dan sayangi anak kita.

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...