Kasih sayang ibu memang gila, kan?
Walau dia tahu yang dia punya komitmen untuk dilangsaikan, tegar saja dia berlenang di rumah bermesra bersama anaknya. Asalkan dia dapat memenuhi nawaitu zaman daranya untuk menyusu, memberi makan, menjaga dan mendidik anak tanpa bantuan sesiapa.
Walau dia tahu yang dia punya orang tua untuk dibalas jasa, tetap saja dia mengutamakan tanggungjawab pada anaknya. Takut seandainya berlaku kurang kelak disoal di alam sana, di manakah kamu ketika anugerah yang Ku beri membutuhkan dirimu? Biarkan diri bergelar derhaka asal anak tidak menjadi mangsa kerana dia yang bersalah pada awalnya.
Walau dia tahu orang sekeliling memandang rendah padanya kerana statusnya yang tidak bekerja walaupun lulusannya luar negara.
Walau dia tahu orang memandang hina dan sinis padanya yang satu ketika dulu pernah senang, namun sekarang mula dijauhi kerana risau dia menadah tangan minta ditolongi.
Walau dia tahu dia terpaksa mengorbankan segala keinginan untuk memiliki apa yang dihajatkan. Bagaimana mungkin apabila wang tidak lagi menjadi sahabat baiknya?
Pada dia, anak adalah perlaburan saham akhirat. Tidak dilahirkan di dunia ini percuma saja semata untuk memenuhi impian pasangan yang inginkan zuriat. Zuriat bukan semata penyambung warisan namun juga ujian dari Tuhan. Biarkan dia memenuhi dada anaknya dengan agama. Tidak mahu dia anaknya menjadi seperti dia suatu ketika dulu, terkontang kanting dalam mencari hala tuju.
Kasih sayang ibu, memang gilakan?
39 comments:
Mudah2an anak2 mengerti dan menghargai apa yang telah ibu mereka beri. Ibu ketepikan keperluan sendiri demi memenuhi keperluan anak yang tak pernah mencukupi...
Baca entri ini mengingatkan siqah pada arwah mak :( I really miss her. Al Fatihah.
Yes dear. Kasih sayang ibu membawa ke syurga. Tak kisah apa orang nak cakap asalkan anak berada dalam keadaan yang baik dan penuh kasih sayang daripada kita.
I know very well that you are a great mother to your daughter :) Pray for me too dear :)
teringat dekat mak aku. T_T
IBU SGT SYGKAN ANAKNYA N ANAKNYA PASTI JUGA SAMA...ADA TIMBAL BALIKNYA.
Kasih sayang ibu tiada taranya.
mmg gila! even blm jadi ibu, tapi as perempuan mmg ada rasa mcm ni. ibu je yg sanggup berkorban utk anak2. kan kan? :D
Memang gila..
KAdang2 tengok tak masuk akal apa yg ibu saya buat.. Dari mana dia dapat kekuatan tu dgn tubuh kecik dan kurang tidur..
Love her so much..
Huhuhu,sedih baca.
Semoga anak mampu menyayangi ibunya segila kasih ibu itu.
header baru lagi... yeay !
InshaAllah.. ^_^
Dah lama dah pakai.. SN baru perasan nih.. Hihi ^_^
Tepuk dada, tanya diri kita semua.. Huhu..
Yes, love our mother so much.. tacing pulak rasa tetibe dlm hati nih.. :')
lihatlah ibu kita sendiri, mungkin dari situ kita dapat menyelami kasih sebenar seorang ibu.. :')
tepat dah tuh. tapi kalau tengok drama Cinta Masam Manis tuh, perangai ibu depa dah serupa hantu. Huuhu.
Bagaimana pula dgn kisah si tanggang?
Ibu.. :) Seorang ibu akan berkorban apa sahaja untuk anaknya.. Ingin berikan yang terbaik buat anaknya. Dear.. Doakan Reen agar diberi peluang untuk mempunyai zuriat sendiri dan menjadi ummi terbaik untuk bakal anak2 Reen. Aaaminnn..
Hihihi tq! 💋
Usah kita sakiti hati ibu..kena hargai insan bernama ibu, kasih ibu bawa ke syurga
Betul tu gee..kasih sayang ibu itu tiada batasan, walau siapapun anaknya
kasih ibu sampai ke syurga =)
Sayang emak.. Harapan yang terbaik untuk yang melahirkan kita.. semua yang baik dan tiada gangguan oleh saudara2 yang berkaitan .. berakhir dgn kebaikan total..
Kasih ibu tidak bertepi..
Terus mengasihi walau bagaimana sekalipun anak itu..
Tidak memilih tidak terbahagi..
Hanya tahu mengasihi..
mmg gila.Tak ternilai harganya.
kasih ibu yang takde sape mampu tandingi :)
sedih baca...huhhh tarik nafas...kita yg jd ibu pun tau cm ne rasanya
kasihnya ibu membawa ke syurga..
mak memang hebat
insyaAllah...
yg buruk dijadikan sempadan.. hehehe
Ibu sanggup laakukan apa sahaja untuk anak....brg keperluan ibu no 2 anak first...haha
kadang tu tertanya...gambar dan cerita sama...menarik
dalam kehidupan sebenar memang ada kan seperti cerita ini
Kali ni objek ibu ni kisah sapa pulak Gee? Gee ke? Hihi...
rindu pulak kat mak.. kasih ibu hingga jannah..
salam blogwalking
Nice blog…saya singgah sini…nanti singgah saya punya blog lak http://zielazie.blogspot.my
Betul tu sis. Kasih sayang ibu tiada tandingnya. Anak-anak buat ibu jadi tarzan pon ibu tetap sayang kan anak dia. Memang gila lah.
Hahahaha.. ups !
Tag Gee kat sini...
http://miamorzafirah.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
Bila kita dah ada anak baru tau perasaan seorang ibu tu. Sukar untuk dimengerti. Kita sendiri akan lebih hargai ibu kita dan sayangi anak kita.
Post a Comment