Atasi Masalah Blog Tak Update di Bloglist

• Gee Lion • 08:00:00 • 29 Sembang
Aku masih gagal menyelesaikan ralat blog yang lambat berupdate dalam news feed walaupun.. aku dah updated! Oh mai mai.. Update jam 8 pagi tapi 8 malam baru naik kat news feed. Haru!

Screenshot jam 5:53 pm 150916. Sedangkan hamba dah update jam 8.30 am hari yang sama.

Untuk yang mengalami masalah seperti aku, aku syorkan beberapa langkah yang pernah aku cuba dan berjaya. Korang boleh apply salah satu cara atau buat semua ^_^

1. Tambah feeds/posts/default di belakang URL blog setiap kali munculnya mesej di bawah. Tapi kena minta kerjasama blogger lainlah yang memang dah ada link korang dalam bloglist mereka. Minta mereka remove dan install link korang semula guna method ni.


Contoh : http://diaridandelion.blogspot.com/feeds/posts/default

2. Daftar blog korang di Feed Burner dan dapatkan feed URL korang sendiri.


3. Kemudian, pergi ke bahagian Setting > Other > Site Feed. Update bahagian tersebut dengan feed URL korang yang baru.


4. Pergi bahagian Template > Edit HTML dan paste kod berikut di bawah <head>



5. Cara di atas ni adalah cara lama yg pernah aku cuba dan berjaya. Tapi masalah yang aku hadapi sekarang tetap tak settle walaupun aku guna cara yang sama. MENGAPAKAHHHHH!!??? Arghhh.. Jadi, aku pun buat sedikit eksperimen mengikut tutorial oleh Nick Nashram dengan menukar blogspot.my ini kembali kepada blogspot.com.

Seriyesli, aku tak tahu sejauh mana effect bila blogspot menukar URL blogspot.com kita kepada blogspot.my. Tapi aku decide nak reverse URL tu balik. Kalau korang berani, cubalah. Ikut cara di bawah :
  • Pergi ke Template - Edit HTML.
  • Tekan CTRL + F dan search <head>
  • Dah jumpa, add script yang bawah ni di atas / sebelum <head>


Dan hasilnya, alhamdulillah.. Akhirnya.

Kalau korang berjaya menangani masalah korang dengan salah satu cara di atas, korang kenalah observe dulu selama mana keberkesanannya. Kalau balik semula penyakit tu, cara yang terakhir; silalah tukar template blog anda. Iye, tukar.. Huhuhu.. itu yang aku tak nak. Sebab aku suka minima template disebabkan kodnya yang simple. Tapi, kalau dah terpaksa kenalah buat juga kan.

UPDATE :
Tetap masalah yang sama berulang. Aku perasan masa update bloglist, ramai blogger lain pun ada masalah serupa. Penat gak nak buat cara no.1 pada semua link yang bermasalah. Jadi, ini mungkin masalah blogspot tu sendiri. Disebabkan geram sangat, aku delete feed burner aku dan leave blank Post Feed Redirect URL di bahagian Setting. Setakat ni, masih okay.

Sekian.

  1. Kakak pun ada masalah ini sebenarnya tapi kakak ignore aje.
    Malas nak olah takut lain jadinya sebab kakak ni bab IT memang tak ada ilmu banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. link kakak okay je naik dalam bloglist saya ^_^

      Delete
  2. kak Gee kak Gee!! rindu dengan kak Gee. lama dah tak dengar cerita. sobs. sorry dah lama xdatang sini. kita pun sekali dua je update blog sekarang.

    oh, macam tu rupanya nak kasi sentiasa up ikut time. kita pun selalu kena macam tu. stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Amy! mana awak pergi, lamanya hilang?? nak celen kak gee ke? hehehe! taklah kena ikut time, tapi kalau dah sampai berjam2 tunggu naik kat feeds tapi tak naik2, tak ke cuak jadinya. huhuhu!

      Amy! What happened to you??

      Delete
  3. Macam hakak kan Gee akak blogwalking, hakak klik jer URL blogger yg datang komen. Tak pernah pun pakai bloglist. Sebab tulah tak perasan kot...

    Apa pun moga semuanya kembali ok yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips yg berguna jugak tu akak.. inshaAllah, sekarang nampak dah okay ^_^

      Delete
  4. yeay.Amik url blogspot.com tu.haha

    ReplyDelete
  5. Hi Gee Lion :D Siqah singgah sini dan follow :) Thank you ye datang komen dan follow siqah. Keep on blogging and keep in touch ya :D

    btw, pandainya awak tahu edit HTML. siqah sampai sekarang failed. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cik Siqah. Terima kasih sudi datang singgah cni.. InshaAllah, selagi kuota dikandung broadband, selama tu la boleh berblog.. kalau tak, bai bai la jawabnye.. huhu..

      guna simple code bolehlah.. yg rumit2 tu, memang taklah.. pusing kepala.. haha ^_^

      Delete
  6. Arghh! Saya tak faham satu apa pun walaupun ada tutorial. Aduhai...

    Nasib baiklah takda masalah yang serupa, kalau tidak nak nangis guling-guling aje bawah meja. Itu ajelah yang saya expert!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah menangis sampai guling-guling mummy.. bunghuk bebenor gayanya.. hehehe.. :P

      Delete
  7. Oooo camtu ke..? Nanti nak try la, trima kasih atas perkongsian awak.. =)

    ReplyDelete
  8. inilah masalah yang julia hadapi hari ni...worst today...sebelum ni blog.com ada masalah macam ni juga...kena refresh banyak kali...tu pun sangat lembab nak muncul news feed...betul tu last sekali pasrah...hari ni saje dh update 2 entry...x nampak bayang news feed update...

    Sabar je lah...Blogspot mungkin ada masalah dalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni pon blogspot.com buat hal lagi. mane2 link yg saya install dengan feeds/posts/default kat hujungnya; bila tekan link tu keluar tulisan entah hapa-hapa.. sabau je laaa.. takpe cik julia, probs saya pon nampaknya dah settle entah macam mana.. mungkin probs cik julia pon lama2 okaylah tu..

      Delete
  9. Ya ampun... Mrs. A memang kurang cerdik bab coding-coding nih! Pernah jugaklah acah-acah terror tukar-tukar coding ikut tutorial tapi hasilnya langsung tidak boleh digunapakai. Ah! biarlah serahkan aje pada yang pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x yakin bleh main coding, jangannnn cuba... pernah saya sampai hilang body post. hak3.. acah2 nak tukar sangatkan, sudahnya ke laut.. hihi.. ^_^

      Delete
  10. Ramai yang alami masalah ni sbnrnya.. Tapi ramai juga yang buat tak tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya banyak masa free.. Itu yg terboleh nak ambil tahu.. Hihihi..

      Delete
  11. Tak rajin lah awak.. hehehe..
    Tapi pada Sha blogspot tu kot yang problem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, in the end memang itu juga lah puncanya.
      Malas dah nak godek.
      Lantaklah.
      Huhu.

      Delete
  12. Wow.. pandai Kak Gee main2 dgn coding ni... Nice tutorial kak Gee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ikhwan.. Simple je sebenarnya. Google je, berlambak tutorial keluar.. Hihi.

      Delete
  13. Aku tak perasan andai aku mengalami masalah yang sama sebab kerja aku hapdet blog, kalau ada masa terluang baru blogwalking (maklumlah aku ni busy dengan stress tak habis2 padahal tak kerja pun) ..

    Tapi kan... blogspot memang ada masalah sikit kebelakangan ni... geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah.. Apparently memang blogspot pon yang bermasalah.. Ces, buang kuota aku je pergi adjust sana sini... T_T

      Aku rasa link kau takde masalah sebab masa aku update bloglist takde naik masalah macam kat atas. So, bolehlah kau lega sekarang. Hihi. ^_^

      Delete
  14. Saya perasan juga masalah ni, tapi buat derk je. Tak larat nak godek2 :)

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...