Stanza | Rencana

Selama ini, dia lari dari kenyataan. Dia penuhi berbagai-bagai agenda dalam hidupnya daripada menghadapi kebenaran yang menyakitkan. Sehinggalah suatu hari, Tuhan katakan pada dia; Berhenti. Aku nak tengok kau tanpa ada satu pun dalam tangan.

Perlukah dipaling wajah pada kekesalan andai itu bisa mengubah sejarah? Perlukah dilempar senyuman andai itu bisa memuaskan hati yang mati? Perlukah disorok perasaan andai itu bisa membuat orang lupa pada kedukaan mereka?

Kau dah terikut dengan tabiat buruk kawan kau, Brandt. Yang paling buruk adalah kau yakin yang kau dapat kawal apa jua kesudahan.

- Pengarah Hunley, Mission Impossible : The Rogue Nation


Manusia sering beranggapan mereka perencana terhebat sehingga mereka lupa di atas segala-galanya, Allah adalah Maha Perancang yang Maha Bijaksana. Kesibukan yang dilalui menjadikan seseorang itu seorang atheis, lupa dan malah sehingga tidak merasa kewujudan Allah.

Adakah dia sudah sampai di kesudahan cerita? Orang kata, sebelum bertemu dengan kesudahan yang menggembirakan maka ia bukanlah penamat segalanya. Tapi di dunia ini, segala kebahagiaan bukanlah abadi.

Jadi, di manakah dia sekarang? Adakah ia baru hendak bermula? Atau pun dia sudah berada di klimaks cerita? Atau adakah dia sedang berdepan dengan twist plot yang dia sendiri tidak menyedari tentangnya? Atau sebenarnya, dia sudahpun berada di pengakhiran, cuma sedikit waktu untuk menghargai apa yang tinggal bersamanya kini?

15 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau jalan cerita dibuat penulis skrip dan pengarah sebelum akhir cerita dah tahu apa pengakhirannya, tapi jika robbuljalil yg kita sembah selalu dan mohon pertolongan, qada' dan qadar itu sandaran kita. Kita amat kerdil sebenarnya.. tak tahu apa endingnya.

Zafirah Kama said...

tak paham... T_T

Wani Sukarno said...

Salam singgah petang ,saya faham apa yang dimaksudkan hii

suka suka said...

Tiada suatu pun yang abadi buat semua makhluk Allah.. pengakhiran itu pasti .. bila dan masanya tak siapa dapat pastikan..

Anonymous said...

Betul apapun yg terjadi semuanya sdh tertulis di azali. Kita hya mampu merencana saja Allah swt juga yg menentu segala

Humaira said...

dia pun tak tahu.

Gee Lion said...

dia membaca pesanan ni.
terima kasih kak zakie :')

Gee Lion said...

takpe,
senyum je ^_^

Gee Lion said...

terima kasih cik wani
sama2 ambil iktibar darinya
^_^

Gee Lion said...

apa yg membezakan
samaada ia pengakhiran yg baik
atau sebaliknya
kan kak mar :')

Gee Lion said...

itu yg dia fikir
dia terlewat utk sedar tentang hakikat tu KA

Gee Lion said...

ye
dia tak tahu
dan dia keliru
:')

Qaseh Vee said...

Lalui saja APA yg Ada di depan kita bersama imam Dan amal... Tak perlu fikir byk ...

Gee Lion said...

inshaAllah cik qaseh ^_^

Sha Mohamed said...

Melalui hari demi hari tanpa meninggalkan Allah adalah sangat baik..
Segala perancangan kita hanyalah perancangan..
Namun saat kita terleka berdoalah semoga kita akan dijentik kesedaran.. Kerana penamatnya tak akan kita ketahui..