Stanza | Gurun

• Gee Lion • 14:35:00 • 26 Sembang
Gurun tahu dirinya tanah yang luas, tempat dihamburkan kesengsaraan. Diguna nama dalam puisi dalam cerpen lambang jiwa manusia yang ketandusan. Gurun redha, gurun sedia. Sedia dianggap tanah yg penuh kekecewaan. Kadang gurun lari bersembunyi di balik ufuk terbentang, di manakah hujan? Dimanakah keredupan agar dapat saja aku menghilangkan kekeringan, kegersangan yang sering dianggap penderitaan…


Hujan hampirilah aku, hujanilah aku.. Basahilah aku dengan sejuta nikmat kesejukan dan beribu rendang keredupan. Mengapa engkau memilih untuk turun membasahi ladang dan taman yang sediakala sudah bah dan penuh dengan hidupan? Yang di dalam taman itu terhampar penuh seribu satu senyuman dan hilai tawa kebahagiaan. Kau biarkan aku terus menjadi gurun. Terus aku menjadi murung?

Kicau burung hering di atas gurun, bisikkan satu pesanan madah pada si gurun.

Bersyukurlah engkau menjadi gurun, sekurang-kurangnya tiadalah penuh manusia yg sering kufur nikmat menyumpah di atas perutmu. Aku telah jauh terbang di langit nan luas, terdengar rungutan dan makian dari manusia dan hidupan yang tidak mengerti makna kesyukuran.

Mengherdik hujan yg turun di tengah laman dan melenjunkan baju di sidaian, mencomotkan indah kenderaan. Gurun, bukankah lebih enak engkau redha dan terus bangga menjadi gurun? Kelak datangnya musim teduh, hujan akan turun menyegarkanmu.

Di waktu itu, sungai kontang menjadi lautan, hidupan akan tumbuh melata taman. Aku dengar orang bijak bermadah ;

"Waktu dan masa menyembuhkan segala kekecewaan dan mencipta satu sejarah yg mendewasakan."

Aku mengerti sudah akan maksudmu wahai si hering.

Kredit : Sejambak Mawar.

  1. Gurun yg gersang sesekali disirami hujan kesyukurannya berpanjangan bertahun. Sebab itulah dinamakan gurun. Kalau sudah selalu disirami hujan bukan gurun lagi namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. gurun kini berbangga menjadi gurun..

      Delete
  2. Mendalam sungguh, kadang hati risau menjadi gurun, kadang gurun merupakan yg paling tabah; sabar..

    Semoga bukan menjadi antara manusia yg Si Hering perkatakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. ambik iktibar ape yg hering sampaikan.

      Delete
  3. GURUN GERSANG DGN KEISTIMEWAANNNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap makhluk ciptaan Allah ada hikmahnya ^_^

      Delete
  4. Serious.. rindu nak baca penulisan kak Gee yg mcm gini.. penuh mendalam maksudnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak dapat ilham
      ini pon dah lama ada dlm simpanan kak gee, hasil ilham orang lain.
      empunya asal tulisan ada kat bawah post. ^_^

      Delete
  5. cantik perkongsiannya, singgah malam dari www.anajingga.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca.
      terima kasih sudi komen.
      terima kasih sudi singgah.
      ^_^

      Delete
  6. MasyaAllah penuh makna dalam bahasanya.. Salam kenal ya ,,terima kasih sud singgah kat blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik wani
      ini copy paste saja
      saya sukakan bahasa yg digunakan
      that's why saya kongsikan di sini ^_^

      terima kasih sudi singgah di blog ini juga ^_^

      Delete
  7. Singgah pagi.
    Penulisan yang sangat menarik.
    Tak pernah terfikir pun perumpamaan tentang gurun.
    Sangat terkesan.

    ReplyDelete
  8. Setiap satu kejadian ada hikmahnya. Walaupun gurun kelihatan kontang, ia lebih baik daripada sikap manusia yang dilimpahi nikmat tapi jarang bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg gurun bimbangkan
      utk menjadi tidak bersyukur
      sedangkan menjadi hujan
      belum tentu baik utknya

      Delete
  9. Selamilah erti syukur gurun.

    ReplyDelete
  10. penulisan yg cukup baik
    ..indah sekali perumpamaan ini

    ReplyDelete
  11. Oh berpuitis sekali blogmu ini wahai si bunga dandelion ;3

    Mahukah diriku ini membuat blog review berkenaan blogmu ini, wahai si dandelion? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ni balance tau.
      ada puitis ada serius.
      ada masa-masa dia lah.. hehe..

      wahh, masih mahukah dirimu membuat review setelah setahun berlalu? sungguh tuan hamba ini insan yg mengotakan janji..
      kalau begitu kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan..
      aiceh..

      Delete
    2. http://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2016/09/janjiku-tetap-dikota-blog-review.html

      XD

      Delete
  12. Replies
    1. Kan, Sha? Semoga kita sama-sama beriktibar darinya.

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...