Nama

• Gee Lion • 08:00:00 • 34 Sembang
Aku sedang duduk bersama anakku di bawah pokok itu ketika satu nama yang tidak asing berkumandang di telinga. Nama itu mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang tidak pernah bergelar sahabat namun tidak pernah akan aku lupakan. Tak aku sangka, budak lelaki yang bermain di tepiku rupanya mempunyai nama yang sama dengan dia. Panggilan nama itu seakan menampar seketika ingatanku yang tidak semena-mena sebenarnya sedang teringat padanya.


Angin berbisik dan berlalu seperti mana perginya masa silamku. Awan berarak mendung seakan mengerti perasaanku yang suram. Meskipun riuh ombak membadai gigi pantai tetap saja seakan sunyi tatkala memori itu mendakap fikiran.

Keadaan hari ini tentu akan jauh lebih berbeza seandainya aku katakan YA kepada dia, suatu ketika dulu.

Dulu.

  1. Woww...adakah nama itu mengingatkan kepada secret admire?

    Terus julia teringat kepada seseorang yang julia sangat sukai zaman sekolah...bukan sahabat dan juga bukan kawan...tapi ku tenung dari jauh...mcm cinta monyet hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. agak-agaknya?
      Biarlah rahsia.. >,<

      Gedik tul nak rahsia2 kan.. Hihihi..

      Delete
  2. Replies
    1. semestinya..
      dalam ingatan utk disimpan..

      Delete
  3. Ahah, siapalah tu agaknya ya ^_^ Mesti namanya pernah terpahat di hati suatu ketika dulu. Kalau difikir-fikirkan masa lalu, memang banyak perkara yang tak mungkin berlaku kalau kita memilih jalan ini, bukan jalan yang itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi better lah dengan jalan yang begini. Tiada yg dikesali..
      Iye, hampir terpahat tapi tak jadi.
      Berpantun pula di pagi hariiii.. Hiiii..

      Delete
  4. Its deep Gee. Very deep. Sebab kadang, aku pernah terganggu dengan kisah silam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti akan ada yg terganggu.
      Konsepnya, jangan biarkan ia menganggu hingga menjejaskan diri kita sekarang.
      We cannot change the past but we can learnt something from it.. ^_^

      Delete
  5. wah untung kalau ada nama sama....tapi lelaki tu siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki ini yang selalu mencintaaaaamu. Selalu, tanpa ragu.
      Lelaki ini yang selalu memujaaaaa. Hanya diiiirimu.
      Yang bertakhta dalam sanubariku...

      Sanubariku.... Hooooooooo....

      Sila sambung Arz... Mwahahaha >,<

      Delete
  6. Pasti ada hikmahnya Tuhan tidak benarkan kesemua memori kita menjadi kenyataan hari ini. Kerana ada perkara, lebih indah dikenang sebagai masa lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju 100% Noor Maizan.
      Sebab itulah saya terkenang..

      Delete
  7. Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Terima kasih KM!
      >,<

      Delete

  8. Walaupun tak tahu apa yg berlaku..
    moga si Hati tu akan terus bertabah kak gee... InshaaAllah yg baik2 sahaja muncul. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. kak Gee dah lama terima & redha.. :)

      Delete
  9. Perjalanan cerita, persis kisah seorang aku. Mungkin cerita yang agak beza. Hikmah atas semua yang terjadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan kita menyulam kesudahan cerita yg serupa.
      Terima dan redha. Walaupun tak semua tapi separuh jiwa pun bisa.

      Delete
  10. Dulu.ok habis dh cerita!Just let it go.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mungkin kerana sayang,
      Hanya kadang kala daku terkenang.. :)

      Delete
  11. Kadang2 hanya dengan satu nama, boleh buat jiwa dan ketenangan kita berkocak,..

    ReplyDelete
  12. Wahhhhh ...terkenang pakwe lama ek hihi....
    Barang yg lama jangan dikenang Gee....kalau dikenang terbayang bayang kang hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan.. bukan pakwe.. Tidak sama sekali. Haha..
      Itulah pasal.
      Tereksiden terkenang pulak..
      Hehehe.. >,<

      Delete
  13. Tak bergelar sahabat namun memberi impak dalam hidup..
    Itulah kenangan..

    ReplyDelete
  14. alamak, nak komen lebih pun xtau apa nama tu dah buat dengan kak Gee sampai sekarang tak dapat lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak pernah buat apa-apa pun.
      kak gee pon sama.. (:

      Delete
  15. suka penulisan gee...ya gee.irda seperti boleh menjiwainya....ada sesuatu yg buat kita hampir sama..setiap kali ada nama...setiap kali itu kenangan mengimbau...dn kadang2 istighfar panjang..aduhai hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya apabila kita pernah berada dlm bot yang sama maka kita dapat rasa gelombangnya bagaimana.. Itulah yg berlaku pada kita berdua, kan Irda?

      Terima kasih kerana menyukai penulisan kami tapi kami akui, kala musibah dan tekanan datang melanda diri, kami dah tak mampu nak menulis dgn baik tak seperti sebelum ini (kalau Irda perasan, entri bergenre seperti di atas lebih banyak pada awal-awal blog ni dibuka tapi sekarang dah jarang..)

      Entahlah apa yg hilang dari jiwa ini...

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...