Buli

• Gee Lion • 08:00:00 • 38 Sembang
Kisah yang bakal aku kongsikan di sini agak panjang. Untuk memudahkan pembacaan, aku harap scroll box ni berguna. Korang boleh skip kalau korang nak.

Aku guna kata ganti nama diri aku je lah ya. Nak guna abang,macam kekok pulak. Aku berumur pertengahan 30-an. Dah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata. Kisah yang aku nak confess ni bukan pasal aku, tapi pasal kawan baik aku sejak sekolah lagi. Kita mulakan ya..

Aku ada seorang kawan baik, sangat rapat namanya A. Kitorang jadi rapat sebab mak-mak kitorang rapat. Mak-mak kitorang selalu pergi mengaji sama-sama kat surau kampung petang-petang, pergi belajar menjahit sama-sama ikut program ajk kampung. Rumah kitorang pun tak jauh. Jarak 3 buah rumah je. Kiranya memang kamceng la aku dengan A ni, selalu main sama-sama. Dia lepak rumah aku dan aku lepak rumah dia. A ni anak tunggal. Dia pelajar cemerlang dan harapan sekolah untuk dapat 5 A masa UPSR dulu. Dia ketua pengawas dan olahragawan sekolah. Nampak tak betapa cemerlangnya dia? Aku ni walaupun tak berapa bijak, tapi dapatlah juga sekelas dengan si A sampai darjah 6.

Masa kitorang darjah 6, satu hari tu masa aku nak jemput dia pergi sekolah sama-sama (bukan jemput sangatlah, kalau nak pergi sekolah kena lintas rumah dia dulu. kitorang pergi sekolah sama-sama), A berlari kat aku dengan muka girang. Dia teruja bagitau aku mak dia mengandung dan ada adik. Nanti dia dapat adik. Aku pun tumpang seronoklah. and the rest is history.

Satu hari tu, masa tu hujung minggu, A duduk rumah aku sebab mak ayah dia nak keluar beli barang dapur. Sebab diorang ada motor je, A biasanya tak ikut sebab pergi pekan kan. A lepak la dengan aku kita main sama-sama. Lepas tu ada polis datang rumah, bagitau kat mak ayah aku, mak ayah si A terlibat dalam kemalangan. Ayah A masuk ICU seminggu lepas tu meninggal. Mak A pulak meninggal kat tempat kejadian, sekali dengan baby. Kau bayangkanlah, motor yang kecil tu bertembung dengan trailer balak. Hurm.

A masa mula-mula tu memang terkejut,sedih. Tapi dia jenis budak yang pintar kan. Dia pandai urus emosi dia. Dia tak adalah recover dari kesedihan dia terus, cuma dia pandai kawal je. Seminggu dia cuti lepas ayah dia meninggal, lepas tu dia datang sekolah balik. Atuk dan nenek belah ayah dia yang datang rumah jaga dia sebab kitorang nak UPSR dah. Lepas UPSR kiranya atuk dan nenek dia nak bawak pindah tinggal dengan diorang la. Kat kampung depan je.

Aku pun mulut lepas, aku tanya A, dia tak sedih ke mak ayah dia meninggal. Boleh pulak datang sekolah belajar macam biasa. A senyum tapi mata dia bergenang. Dia kata dia anak tunggal mak ayah dia. Kalau bukan dia yang mesti berjaya dan jadi budak baik, siapa lagi? Mak ayah dia ada dia seorang je. Masa tu aku pun diam, aku tepuk-tepuk bahu dia.

Ada sorang budak dalam kelas ni, aku bagi nama dia B. B ni, dia tau dari mak dia yang mak si A ni meninggal masa tengah mengandung. Kau tau apa si B ejek arwah mak si A? “Mak kau mesti jadi pontianak kan? Mak kau mati masa mengandung” sambil tu dia buat mimik muka macam takut-takut la konon,lepastu dia gelak dengan kawan-kawan dia. Tapi A ni buat pekak je. Aku tanya A, kau tak marah ke B cakap mak kau pontianak, A cakap, dia marah tapi apa dia boleh buat.

Tapi si B ni pun satu, mentang-mentang A tak melawan, dia lagi giat mengejek arwah mak A pontianak. Mak kau pontianak.Mak kau pontianak. Kalau kau tanam paku kat leher mak kau, mak kau boleh jadi manusia balik. Pergilah cari pontianak dalam kampung kita tanam paku kat leher dia.Lebih kurang macam tu lah ayat yang si B dok guna nak ejek arwah mak A. Sampai satu masa, A hilang sabar, dibalunnya si B. Gaduh la diorang. Bertumbuk. B tu pecah bibir jugaklah masa tu. Cikgu datang tarik dua-dua pergi bilik kaunseling dengan aku sekali kena ikut sebab aku ketua kelas masa tu (A yang cadang nama aku, dan aku pun dapat undi banyak.Terharu aku masa tu)

Cikgu disiplin panggil A dulu masuk bilik sekali dengan aku sebagai saksi. Cikgu pun soal siasat. Bila dah puas hati, dia suruh keluar dan panggil si B pulak. Dua-dua ceritakan perkara sebenar dan di sahkan oleh aku. Cikgu kata dua-dua salah. Lepas tu dua-dua kena hukuman. Aku tak ingat pulak apa jenis hukuman yang diorang kena. Tapi lepas tu si B dah tak ada nak mengejek arwah mak si A dah. Tapi aku rasa, ejekan si B tu ada meninggalkan kesan jugak kat dalam diri A.

Pernah satu hari tu, masa tu dia lepak rumah aku lepas kitorang main konda kondi depan rumah aku. Mak aku hidangkan milo panas, roti benggala dengan ubi rebus cicah sambal. Aku ni tengah nak cicah roti benggala aku dengan milo, tapi terbantut dengan soalan si A kat mak aku. Dia tanya mak aku, betulke kalau orang mati masa mengandung jadi pontianak? Mak aku terkedu jugaklah dengan soalan dia. Oh,mak aku tau kes dia bertumbuk kat sekolah tu, aku yang cerita. Dia pun tunduk lepastu cakap, kalau betul, dia tak kisah kalau mak dia pontianak pun asalkan mak dia dapat teman dia hari-hari. Aku masa tu nak marah jugaklah si A sebab aku takut dia sebut-sebut pontianak tu. Tapi dah tua ni, bila aku imbas balik, aku jadi sebak dan sedih bila teringat balik budak umur 12 tahun cakap macam tu.

Mak aku pun terangkanlah benda sebenar kat dia. Pasal pontianak semualah siap dengan ceramah kehidupan di alam barzakh semua. Sejak hari tu, mak aku memang bagi perhatian lebih kat A. Mak aku cakap kat aku, mak aku kesian kat A.Jadi mak aku nak bagi A rasa jugak kasih sayang ibu tu. Yang si A pulak, bila kitorang merayau satu kampung, lalu pokok besar, mesti dia pandang-pandang atas tengok pokok besar. Aku tanyalah, dia cari apa? Dia kata dia cari mak dia. Nak terkencing aku masa tu. Kita budak kampung, nak senja pun boleh merayau lagi. Tengah nak senja tu dia cakap macam tu, meremang aku. Aku ajak dia balik, sampai rumah terus aku bagitau mak aku. Mak aku risau, dia ajak ayah aku jumpa imam kampung mintak air penenang semua. Lepas tak lama tu, kuranglah si A cakap pasal mak ayah dia dan pontianak semua. Tapi kadang-kadang dia bergurau jugak dengan aku.

Kitorang dapat satu sekolah SBP sampai tingkatan 3 sama-sama, lepas tu dia pindah masuk MRSM, aku pulak stay kat SBP tu. Tapi hubungan kami tak pernah putus. Lepas SPM, dia buat A-level lepastu fly sambung kat RCSI Ireland. Korang taulah sekarang dia kerja apa kan? Aku sambung local, tapi kami masih contact walaupun jauh. Sekali sekala hantar surat.

Bila dia dah grad balik malaysia, posting dekat hospital utara tanah air, lagi selalu lah kami berjumpa sebab aku pun kerja dekat dengan kawasan tu jugak. A ni, walaupun dah besar dah kahwin dah ada anak, boleh pulak dia bergurau lagi dengan aku pasal pontianak tu. Sampailah satu hari aku tegur perbuatan dia tu, Aku bagitau khurafat semua tu. Dia pun tergelak, cakap, relaksla Al. Aku gurau je kot. Tapi lepas tu muka dia merah, dia kata, dia terkilan mak ayah dia tak dapat tengok kejayaan dia harini. Dia dah jadi orang bijak pandai, orang baik macam yang mak ayah dia selalu doakan malam-malam bila tiup ubun-ubun dia. Tapi apa gunanya, bila dia tak dapat nak kongsi kejayaan dia dengan mak ayah dia. Aku pun lepas tu ceramah panjang la kat dia.

Aku tergerak nak share kisah ni bila video budak sekolah agama yang pukul kawan sekelas dia sebab ejek nama arwah ayah dia tu viral. Aku macam terimbas kembali, macam nampak balik A cuma latar masa dan tempat je yang berbeza. Bila aku search pasal budak tu, ayah dia baru meninggal. Aku tengok komen salah seorang mak kepada murid kelas tu, dia kata Danish (budak yang memukul tu), budaknya baik. Pengawas sekolah. Bila mengganas macam tu, terus semua cop dia pembuli sedangkan yang mulakan dulu, budak satu lagi tu.

Aku tak kata apa si Danish tu buat betul, tapi aku tak naklah netizen menghentam dia pembuli, pengganas, mak ayah tak ajar semua. Sebab aku dah saksikan sendiri apa yang jadi pada A dan aku sangat memahami situasi budak macam Danish tu. Masyarakat sekarang semua memandang physical contact sebagai membuli, tapi selalu hiraukan verbal bullying. Aku memohon kepada netizen semua, kalau kalian boleh jadi seorang hakim, seorang polis, seorang pengkritik tetap bila ada sesuatu isu, kenapa korang tak boleh jadi seorang pakar psikologi kepada seorang budak. Pandang benda yang berlaku tu sebagai sisi seorang budak yang baru 12 tahun dan masih belajar mengawal emosi dia. Aku bukanlah nak back up kes pukul memukul kat sekolah ni, tapi at least bila dah tau perkara sebenar, janganlah dicaci maki budak tu. Ni bila aku baca komen, semua memaki hamun budak tu, padahal masa tu polis dah keluarkan keterangan berhubung kes tu, puncanya disebabkan apa. Tak taulah diorang yang komen maki-maki tu tak baca berita susulan kan.

Aku harap masyarakat kita boleh didik anak jaga bahasa dia. Jaga tingkah laku dia. Ajar dia jangan guna bahasa tak elok. Ajar dia jangan mengejek nama mak ayah orang lain. Ajar dia jangan memandang rendah orang lain. Sebab pada aku, bila tatasusila dan bahasa dah cantik, tak akan ada masalah lain akan timbul. Ajar anak kita hormatkan hak orang lain. Tak banyak aku mintak, tu je.

Akhir kalam, sedikit kata hikmat, Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum.

– Aldi

Kisah di atas diambil dari facebook IIUM Confessions-BM dan website IIUM Confessions.

Aku sangat tertarik dan bersetuju 100% dengan ayat "Masyarakat sekarang semua memandang physical contact sebagai membuli, tapi selalu hiraukan verbal bullying. Aku memohon kepada netizen semua, kalau kalian boleh jadi seorang hakim, seorang polis, seorang pengkritik tetap bila ada sesuatu isu, kenapa korang tak boleh jadi seorang pakar psikologi kepada seorang budak."

Masih banyak kisah sesuatu buli itu tak tercerita dalam Malaysia ni. Kisah Aldi mungkin hanyalah cebisan darinya. Konsepnya mudah, jangan mudah menghukum. Mencari sebab kepada sesuatu masalah itu mungkin akan membantu kita untuk selesaikan masalah itu dari awal lagi, jangan biarkan ia melarat. Buli; sama juga seperti gangguan seksual ada banyak jenisnya. Jangan kita hanya lihat dari satu perspektif sedangkan gambar sebenar mungkin jauh lebih besar dari apa yang terpapar. Namun walau apa pun jenisnya, kesannya tetap mendatangkan trauma sepanjang hayat kepada mangsa buli.


Jika takde angin, masakan pokok bergoyang.

Pendidikan bermula dari rumah, kan? Jika ingin menangani kes-kes buli dengan berkesan, ibu bapa terlebih dahulu perlu memainkan peranan untuk menjadi pakar psikologi kepada anak-anak. Seperti kata confessor di atas, "Ajar dia jangan guna bahasa tak elok. Ajar dia jangan mengejek nama mak ayah orang lain. Ajar dia jangan memandang rendah orang lain. Ajar anak kita hormatkan hak orang lain."

Dengan cara itu, inshaAllah anak akan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. InshaAllah dalam masa yang sama, kita dapat menangani guru yang gemar menjadi pakar rotan pada anak murid yang nakal. Guru sendiri pon banyak lagi kerja nak buat daripada merotan anak orang.

Maaf jika ada yang tidak bersetuju.

Sekian.

  1. Betul tu.. Verbal buli lagi bahaya dan meninggalkan kesan yang mendalam sebenarnya..
    Hanya orang yang melalui je yang faham..
    Kalau jenis kuat takpe.. Jenis memendam memang bahaya..
    sebab once dia meletup macam2 perkara boleh jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. main ejek2 sape tak bengang..
      cuma kes macam ni orang selalu ambil mudah.
      apa-apa hal mesti nak tengok perkara yg nampak ganas, baru nak define as bully, sedangkan bab mulut tu pun sama je.. membuli juga namanya tu..

      Delete
    2. Yup.. manusia lebih memandang buli fizikal.. Padahal buli secara kata2 sebenarnya lagi bahaya.. ianya boleh menyebabkan kematian.. dah banyak terjadi tapi masih ramai yang buat tak endah.. yang kita boleh lakukan didk anak kita dan mereka yang terdekat dengan kita supaya jaga tutur.. mungkin usaha kita nampak kecil tapi impaknya besar sebenarnya..

      Delete
    3. could not agree more with you Sha.
      sebenarnya, saya ada je beberapa anak buah yg suka ejek satu sama lain. ejek saya pon penah. mak ayah dorang a.k.a kakak abang saya tengok saja. saya pon tak tahulah kenapa dorang tak tegur. mungkin nanti, bila anak saya dah besar saya akan faham. saya cuma harap saya takkan buat macam kakak abang saya buat. salah tu; nanti dah besar, dah biasa buat lagi susah nak tegur kan. T_T

      Delete
  2. Sangat terkesan dgn isu begini.
    Kakak sgt bersetuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg baik jadikan teladan,
      yg buruk jadikan sempadan..
      ye dop...

      Delete
  3. PENDIDIKAN TERBAIK TERHADAP ANAK2 MMG BERMULA DI RUMAH JIKA ANAK ITU BERADA DLM PERSEKITARAN KELUARGA YG CELARU N XBHGIA AKAN SEBABKAN DIRINYA JADI ANAK YG MENYUSAHKAN SESIAPA SAJA YG DKT DGNNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimanakah nasib anak yang lahirnya dalam keluarga yg porak-peranda? tak dapat saya bayangkan. tapi kadang-kadang anak itu menjadi lebih baik berbanding anak yg lahir dari keluarga orang kaya.. hidup sangat pelik kan, kak PI?

      Delete
  4. Replies
    1. ini baru yg kita tahu..
      yg kita tak tahu..
      haruuuu..

      Delete
  5. Assalamualaikum Gee,

    Hal buli ni mmg sepatutnya Ibubapa dan Guru kena masuk campur.. Bukan terus menghukum. Dengar dulu luahan si pembuli, mesti sebab masalah dalaman. Kalau tak dia tak akan membuli seolah2 melepaskan geram.

    Pendidikan dari rumah pun penting. Ibubapa kena ambil tahu sikap sebenar anak mereka. Sesekali dengar cerita mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam LZ,

      Tapi selalu susah orang nak percaya cakap orang yg terlibat dengan kes-kes ganas ni. Macam dah takde second chance dah.

      Delete
  6. Dari Abdullah bin Amr ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda: "Termasuk Al-Kaba`ir (dosa-dosa besar), yakni bila seseorang mencela kedua orang tuanya." Mereka para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, mungkinkah seseorang mencela kedua orang tuanya?" Beliau (saw) menjawab: "Ya, bila ia mencaci bapa seseorang, maka orang itu pun akan mencaci bapanya. Dan bila ia mencaci ibu seseorang, lalu orang itu pun akan mencaci ibunya." [1824] (Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya, bila kita mengejek mak ayah orang bermakna kita mengejek mak ayah kita sendiri? terima kasih utk perkongsian ni cik misstree.. ^_^

      Delete
  7. Yes, peranan ibubapa. Aku berpendapat yang ibubapa la yang perlu mendidik anak2 sendiri untuk tidak menjadi pelesit (sorry kalau kasar bunyinya), dan jangan nak mengamuk atau terasa pulak kalau ada orang luar yang menegur perangai anak2 tu macam pelesit kalau diri sendiri dok buat derk je dalam bab menegur dan melentur rebung2 sendiri. Hehu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah macam kes rotan tu lah, salahkan guru merotan tak sedar anak tu bukan main ligat kat sekolah.. huhu.. cikgu yg menjadi mangsa.. taklah semua tapi rata-ratanya begitulah..

      Delete
  8. suka baca iium confessions. ada macam2topik yang boleh dibaca.

    topik buli ni rasa macam tak akan pernah hilang. dulu, kini dan... akan datang mungkin?


    maybe ada lompongnya. rongaknya yang kita tak sedar, semua ada peranan dan akal masing-masing.


    cuma tinggal pilih. tak mahu membuli atau membuli. tak mahu dibuli atau biar dibuli. erk. macam complicated pulak.


    Baca kisah dalam kotak scroll tu sedih giler. erk. memandangkan dah nak tengah malam ni... seram pun ada jugak baca. hahaha.

    btw nice entry *thumbs up*

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari paling kelakar sampai paling sedih. tapi sekarang ni, rasa macam ada yg suka confess benda mengarut-ngarut. hari tu, admin page tu terlepas cerita yg tak sepatutnya bawah umur 18 baca. nasib baik dia perasan & remove post. dah up baru check agaknya.. haru sungguh..

      memang buli ni akan selalu wujud. sebab tu mekanisme menanganinya kena lebih uptodate, kena ditingkatkan masa ke masa. kena ada cara nak kawal, jangan biar ia melarat. hari ini, kes dia begini begitu.. esok lusa, lagi advance agaknya.. haru lagiii..

      jaga-jaga, kot-kotlah cik ponti bertenggek kat sebelah. mwahaha..

      ^_^

      Delete
  9. Seronok betul aku baca kisah Aldi tu. Memang pesen masyarakat kita ni. Menuduh tanpa soal siasat punca. Apapun, ringkasan yang aku boleh bagi. Semuanya memang bermula dari rumah. Kena ajar anak untuk jaga mulut. Jangan nak biadap ejek nama mak bapa orang lain. Aku dulu pun masa sekolah memang pernah juga jumpa budak-budak yang suka main nama mak bapa ni. Kalau nama bapa dia macam ganjil sikit, memang jadi bahan budak lain lah. So, kena tanamkan dalam diri sendiri bila ada anak. Ajar anak untuk jaga mulut. Sama macam mak bapa aku ajar benda yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah Aldi tu kira happy endinglah utk kawan dia, kan? walaupun hidup kena buli, alhamdulillah nasib dia berubah. mesti sapa yg ejek dia dulu rasa malu. rasanyalah. hehe..

      kadang-kadang tu aku terfikir jugak, macam mana dgn budak-budak yg memang lahir dlm keluarga yg porak peranda. yg mak bapak tak endah kat anak-anak. yg mak bapak pulak kaya tapi sampai takde masa dgn anak-anak. bagaimanalah agaknya pembentukan moral utk budak-budak macam ni.. jadi, inilah masanya utk kita pula mendengar suara bebudak macam ni.. hurmm..

      Delete
  10. nasib baik A memilih jalan yang betul... ada arah dan pedoman

    ReplyDelete
  11. setuju. verbal bullying sebenarnya lagi teruk berbanding benda lain. sebab sakit tu boleh hilang kesan dia. mulut orang akan terkesan di hati sampai bila-bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. lidah tu lebih tajam dari mata pedang.. tak gitu cik amy?

      Delete
  12. alahai sedihnya baca kisah Si A ni Gee....Untung kita dapat merasai kasih sayang ibu bapa sampai ke besar.
    Gitulah kan lumrah dunia, bila Allah bagi kelebihan, Allah tarik sikit kenikmatan....biar manusia tau yang kita ni tidak sempurna....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan sesudah kesusahan, ada kesenangan. begitu jugalah kisah si A ni.. ^_^

      Delete
  13. Ada terbaca kisah budak tu. Kena siasat punca masalah, jangan main hukum membuta-tuli. Manusia zaman sekarang ni memang seronok alahai kalau join sekaki menghentam tanpa usul periksa. Kena cermin dulu diri tu sebelum nak menghukum orang lain.

    Gee pernah baca tak dulu kisahnya bagaimana seorang budak 12 tahun kot kalau tak silap, membunuh anak perempuan guru tuisyennya? Samalah juga puncanya. Anak guru tuisyen tu kerja mengejek saiz badan budak lelaki ni. Lama-lama mana boleh tahan kalau hari-hari kena ejekkan. Satu hari dia hilang sabar, terus 'terbunuh' budak perempuan tu sebab tak dapat mengawal emosi.

    Kalau tak silap budak tu kena hukum juga walaupun di bawah umur. Kasihan alahai, gelap terus masa depannya. Bukan nak menyokong si budak lelaki ni tapi puncanya tu yang buat saya rasa kalaulah didikan yang diterima baik (si budak perempuan yang mati dibunuh tu), tentu pengakhirannya tak sebegini.

    Akhirnya satu hilang nyawa, satu lagi hilang masa depan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah baca Mummy. Takpe nanti saya cari cerita tu, kat tenet ni.. macam-macam boleh dapat... hehehe.. Itu yg saya stuju dgn Aldi ni, kalau dididik dari awal inshaAllah kita boleh cegah dulu benda-benda macam ni dari berlaku.

      Sebab dok biar melarat tulah, kes yg mummy cerita ni boleh berlaku. Kesian budak-budak tu. Sebenarnya, budak perempuan tu pun mangsa didikan ibubapanya.. Hurmm..

      Delete
  14. Betul tu.. Pendidikan awal bermula dari rumah...

    ReplyDelete
  15. Sedih kisah ni.. Tapi kuat betul hati si A.. Baru 12 tahun kot..

    *saya sokong kak Gee. Ibu bapa mmg mainkan peranan besar. Boleh pulak agar anak2 mengejek org lain.

    ReplyDelete
  16. Nasiblah Si Aldi n kluarga dia yg bg support kan.. Kalau tak memang makan dalamlah si A ni. Kalau bab rotan tu tak taulah nak komen apa. Dulu pernah dengan rotan buat mcm biasa jelah. kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ikhwan dah ade anak, ingat tau kisah kat atas ni. Hihi. Kena didik anak menghormati orang dari kecil.

      Kak Gee pon penah kena rotan. Tapi takdelah sampai berdendam ke apa kan. Dah salah sendiri, kenapa nak salahkan cikgu pula. Lagipun abah kak Gee kalau ngadu pun, silap hari bulan kita yg kena balik. Ahaks.

      Delete
  17. Setuju dan rasa bersalah dengan kes sebelum ni. Betul, kadang-kadang terlalu marah sampai lupa nak alert SEBAB kenapa jadinya pembulian tersebut. Aku pernah dibuli (tanpa sebab), but well.... tak semua kes buli tu terjadi tanpa sebab kan?

    Adik aku pun pernah kena buli sebab dia OKU, orang pijak2 lagi tangan dia yang OKU tu. Cuma dulu bukan zaman viral :)

    Bagaimanapun, ibubapa memainkan peranan untuk mendidik anak supaya menjadi lebih baik demi mengelak perkara sebegini terjadi. Itu kalau yang masih ada ibubapa, hmmm yang sebatang kara? (jauh benar memikir pepagi ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang-orang yg dibuli ni mungkin dikurnia Allah kelebihan dari segi yg lain. Allah itu Maha adil. Hopefully, adik kau dan kau sendiri tak terkesan dengan peristiwa tersebut walaupun.. memang agak brutal jugalah cerita kau ni.. Huhu..

      Itu yg aku terfikir tu. Macam mana agaknya dengan anak-anak yang lahir dlm keluarga yang porak peranda atau yg tiada ibubapa. Tapi boleh jadi, anak-anak seperti ini yang akan jadi lebih 'orang', ye dak? Macam cerita kat atas ^_^

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...