Isu | Politaik

• Gee Lion • 09:30:00 • 30 Sembang
Aku bukan nak berpolitik. In fact, I don’t even like it. Apa itu politik sebenarnya? Sejak aku memasuki dunia U, aku tengok segelintir pelajar memang gila bab-bab macam ni, sampai sanggup ponteng kelas untuk join aktiviti yang dianjurkan.

Especially bila tiba pilihan raya kampus, memang gila. Sampai ada kolej yang kena kepung dan tak pasal-pasal aku terkepung sekali. T_T

Tapi ini bukan nak cerita pasal politaik tu.

Aku bukan peminat tegar kerajaan, bukan juga pembangkang. Sampai sekarang pon aku masih memikir nak pangkah apa pada pilihan raya 2018 nanti. Tapi pada golongan tua aku dikira sebagai tidak patriotik pada bangsaku, tidak mengenal asal usulku. Katanya generasi muda tidak sayangkan apa yang digelar mereka sebagai perjuangan zaman berzaman.

Betul ke?


Sebenarnya aku masih keliru. Adakah bila kita tidak menyokong pemimpin bermakna kita juga menolak parti yang dipimpinnya? Atau adakah kita boleh menyatakan ketidaksokongan kita pada pemimpin tetapi dalam masa yang sama mencintai parti yang dipimpinnya. Boleh kah begitu?

Jadi, bagaimana kita ingin membuatkan pemimpin tersebut sedar dan mengundur diri secara suka rela? Tidakkah nanti dia berasa syok sendiri menyatakan bahawa ramai orang menyokong dia sedangkan orang menyayangi parti pimpinannya. Bukannya dia. Tapi kalau tak sokong parti tu nanti, orang kata tak sayang bangsa.

Aku keliru. Adakah sekarang orang taksub pada pemimpin lebih daripada parti?

Apa kata anda?

  1. Kita 'dalam bot yang sama'lah ni, Gee. Saya pun tak tahulah nak pangkah apa nanti, walaupun lama lagi next pilihanraya. Kalau terus tak pergi pangkah, sayang pulak. Bukan tiap-tiap hari boleh cat jari dengan dakwat ^_^

    Betul tu, politik sekarang amatlah menjelekkan. Tak tahulah apa yang lebih jelek, pemimpinnya atau parti-parti yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. confused sangat.
      harap bila sampai masanya, kita dapat buat keputusan yg betul.
      utk negara kita..
      aiceh..

      Delete
  2. i prefer parti drpd pemimpin tp sometimes pemimpin buat onar buatkan nma parti jd buruk..sep!firt time 2018 nnti x tau la cmne..oh my.tgk atas pemimpin..klo nmpk bleh jga rakyat so on la...semoga yg terbaik akn menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah
      itu yg mengelirukan kita sebenarnya.
      bukan tak sayang parti tapi the leader makes everything seems impossible..

      Delete
  3. Sejarah mengajar kita bagaimana sesuatu bangsa/agama terjejas dek kerana politik. Zaman Ar-Rasyidin, Muawiyah, Abbasiyah kita pun nampak apa jadi. Itulah politik. Yg bersandar agama pun boleh tergelincir apa lagi kalau yg buta agama. Cuma yg sedihnya selalu dikaitkan agama demi meraih sokongan. Yg benar dikatakan tak benar, yg tak benar dikatakan benar. Rakyat yg keliru akibatnya banyak yg jadi 'lalang'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kebenaran yg sebenarnya?
      bukankah agama & politik itu tak dapat dipisahkan?
      bukankah politik juga diperlukan utk menyebarkan agama?
      saya tak mahu jadi lalang, jadi mungkin akan mencari jawapan demi jawapan sebelum betul2 menyerah diri utk pangkah nanti.. :')

      Delete
    2. mmg btul politik dgn agama mmg tak dpt dipisahkan..

      Bila niat dah salah kemas didada amanah yang dibawa hilang entah kemana. Sedih.

      Delete
    3. dak ikhwan
      sesetengah dorg ni bertanding sebab nak jalan pintas utk kuasa je
      orang yg macam ni la yg berbahaya
      dah nampak macam makin ramai

      nak mengenal berlian dalam selautan kaca macam ni
      memang susah..
      itu yg hati jadi berbelah bahagi..

      Delete
  4. artikel yang menarik...banyak perkara mengenai politik di Malaysia ni yang perlu dilihat,dikaji dengan teliti dan terperinci =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena jadi penganalisis politik lagu ni.

      Delete
  5. Pada aku, pilih calon yang diyakini boleh buat kerja, bukannya sekadar ada parti yg kuat di belakangnya.
    Sama juga dengan pilihanraya kampus atau pilihanraya umum.
    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. then, this guy aku yakin tak boleh buat kerja.
      tapi semua orang bodoh pergi pilih dia jadi leader.
      eh.

      Delete
  6. jujur, saya pun mcm kak gee tak tau nak pangkah yg mana PRU 2018.. Entahlah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa banyak persen confused people mewakili komuniti kita hari ini? jeng jeng jeng..

      Delete
    2. ehhhh.. solusinya pangkah semua lah.. hihihhihihihi..

      Delete
    3. jangan...!
      undi rosak sat gi
      haha
      baik xyah ngundi!
      ^_^

      Delete
  7. Politik itu adalah satu keperluan bagi sesetengah orang.
    Kita boleh pangkah ikut suka kita dan mana kita rasakan betul. Bukankah undi itu rahsia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul undi itu rahsia
      yg menjadi kekeliruan di sini adalah siapa yang kita nak undi.

      Delete
    2. betul ke rahsia... klau xmcm mana sekampung tahu kita ni berpolitikkan parti yg man?? hihihihihih..

      Delete
    3. tak rahsia la
      depa boleh tahu tauuu
      jeng jeng jeng..

      Delete
  8. Sejujurnya saya juga tak tahu nak pangkah siapa. In fact saya tidak pernah mendaftar sebagai pengundi. Pemimpin pandai, dia boleh upah pengundi hantu. Bagi saya sama je. Entahlah, tak ada rasa nak memangkah sesiapapun. Nampak tak yang saya benci gila dengan politaik ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I found some quptes which change my whole opinion about election and votes & I want to share it with you ;
      "We ourselves feel that what we are doing is just a drop in the ocean. But the ocean would be less because of that missing drop."

      And there are more;

      "Whatever you do may seem insignificant to you, but it is most important that you do it."

      That's why saya daftar undi hari tu walaupun dah lewat beberapa tahun. Mwahaha..

      Delete
  9. kitasama...tidak berpihak pd mana2
    ..parti..asalkan negara ni aman sudah cukup..malas nak fikir2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sekarang dah nak sampai masa buat pilihan
      ini yang buntu ni
      lagi dua tahun kena buat keputusan
      hihi

      Delete
  10. we're in same boat Gee. me oso tak tau nak pangkah. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe tia, masih belum terlewat utk membuat pilihan yg tepat..

      Delete
  11. Samalah dengan Sha.. Jenuh fikir nak pilih yang mana...
    Sampai sekarang masih lagi berfikir..

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...