Ragu

• Gee Lion • 08:00:00 • 45 Sembang
Setiap hari dia menantikan hidup akan berjalan seperti dia harapkan. Agar Tuhan mendengar permohonannya. Tanpa putus asa, harapan itu selalu menemaninya. Menjadi sahabat baiknya di waktu tiada siapa pun sudi memahami perasaannya. Harapan itulah yang menjadi suara hikmah berbisik di hatinya; bahawa dia mampu melaluinya. Dia boleh mengharunginya.

Semangatnya belum pernah hilang, seperti mana penuhnya dakwat hitam melakari kisah hidupnya. Tapi, berbaloikah harapan itu disandarkan jika tangan sendiri liat disingsing menongkah takdir?


Mungkin harapan itu sengaja diwujudkan kerana dia mula meragui kesungguhan dirinya sendiri. Kesungguhan untuk meninggalkan bekas-bekas dakwat yang sudah mulai kering tanpa mampu diubah dan dipinda. Kesungguhan untuk mengangkat pena menulis kisah baru hidupnya. Kesungguhan melihat kertas berukir dakwat itu terbang melayang membawa seribu satu abjad bersamanya.

Keraguan itu langsung menjadi dakwat mengisi pena untuk dicatit bersama helaian kertas baru. Ketika itu, akankah ragu bakal menggantikan harapan sebagai teman paling setia?

  1. Keraguan.. setiap kita memilikinya.. Namun apa yang telah tercatat tak kan mampu dipadam..
    Hanya yang mampu kita cuba memperbaiki bagi meneruskan catatan yang baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin itu yg dia ragui. Ragu yang dia mampu memperbaikinya.

      Delete
    2. Keraguan tidak harus dibiarkan bersarang kerana ia akan mengejar umpama bayang-bayang..

      Delete
    3. InshaAllah Sha, dia sedang berusaha membuang ragu dari jiwa.. (':

      Delete
  2. Hidupnya setiap insan tak dapat lari dari rasa ragu
    Tapi tidak salah utk cuba mengelaknya semampu boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya itulah yang dia mampu buat sekarang.

      Delete
  3. ISI LEMBARAN KEHIDUPAN DGN CATATAN YG MERIANGKAN..HIDUPKAN SEBENTAR SAJA...

    ReplyDelete
  4. jangan dilayan perasaan ragu2 kerana itu kerja syaitan yg mahu menyesatkan manusia...ikutkan kata hati..kerana hati tak pernah membohongi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kak Kamsiah.
      nanti akan diingatkan pada dia >,<

      Delete
  5. Tapi, berbaloikah harapan itu disandarkan jika tangan sendiri liat disingsing menongkah takdir?

    Terus terpanah di dada...ya Allah (sebak) benar belaka...

    ReplyDelete
  6. Kita kenalah percaya kepada kebolehan diri sendiri In Sha Allah pasti boleh menghalau rasa ragu tu.
    Contohnya cer tengok Nick Vujicic tu dilahirkan cacat tanpa kaki dan tangan tapi boleh pulak dia berenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah boleh.. biasalah kadang berperang dengan perasaan, membutakan penilaian :')

      Delete
  7. Wh penulisan yang penuh tersirat dan tersurat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idok la tersirat sangat.. tersurat ye.. hehe >,<

      Delete
  8. Kenapa aku tak boleh nak hadam ini Gee? 😢

    ReplyDelete
  9. ragu itu perlu dibuang jauh. Padam segala dakwat keraguan, berpasak dengan lembaran yang baru. dekad dan azam.

    *Eh tetibanya rasa kena dengan hidup sy yg sekarang. hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang penulisan itu juga suatu refleksi >,<

      Delete
    2. betul2 sangat2 tu kak gee.. bayangan untuk diri.. T_T

      Delete
  10. Sebab itu aku kurang berminat dengan harapan.
    Sebab selalunya berakhir tidak seperti yang diharapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan itu yg selalu menguatkan impian.
      Takde harapan, takde impian.
      Mungkin di sini, perkataan 'jangkaan' lebih sesuai digunakan.

      Delete
  11. nak nangis rsa tskk..tskk.tskk.

    ReplyDelete
  12. nice words. love to read it!tetibe rse mcm touching. hee
    follow sini #156 follow back and keep in touch yo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bebanyak misDiarios.
      inshaAllah will always keep in touch.
      ^_^
      ps : jangan tetacing.. hik3.

      Delete
  13. Seronok membacanya. Untungnya kalau kreatif menulis begini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mummy.
      alhamdulillah >,<

      Delete
  14. jangan ragu-ragu...tetapi adakalanya perlu ada keraguan juga faham tak ? :p

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. tak faham... T_T

      iye, saya memang minat menulis & blogging.
      kalau tak menulis, buat saya rasa macam something wrong somewhere.
      tapi tak semestinya hasil penulisan saya published kat blog.
      some of it saya simpan, tunggu masa dan tempat yg sesuai utk dikeluarkan.
      ^_^

      Delete
  16. Sedihhhnye
    Mendlmmm dn knor ngakkk gerti ...samasekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emangnya nggak apa-apa dong.
      Senyum sajork.. ^_^

      Delete
  17. Replies
    1. Jika terkesan di sanubari, barangkali ada kena mengena dalam hidup saudari.. :')

      Delete
  18. Keraguan memang tidak akan pernag pergi,...tapi jangan biarkan keraguan itu menguasai diri :)

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Iye, berkata dan melihat memang mudah tapi diri yg menanggung.. sentiasa berperang dgn perasaan sendiri buat jiwa ini sangat letih sebenarnya..

      Delete
  20. Keraguan ITU adakalanya membantu ...

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...